Panduan senarai harga Joven Water Pump

Bro tekanan air paip dekat rumah aku masih rendah la. Pada hal aku dah buat dah kaedah yang kau ajar kan dulu supaya air paip jadi kuat memancut. Tapi kalau petang jer jadi slow macam mana ya nak atasi..

Fuh.. susah juga nak jawab ni. Tapi apa pun nak tanya juga . Bilik air ada berapa?. Ada tiga. Tiga – tiga sekali guna ke ? Ya.

Kalau gini lah kaedah nya , memang lah 3/4″ paip air nak dikong sikan kepada 1/2″ paip air mana nak support. Maca ni kau kena lah pasang water pump.

Keluarkan sedikit budget , pangil kontraktor untuk bagi sebut harga, Anda setuju, selesai masalah keluarga. Nak mandi sunat dan mandi wajib pun akan terasa lebih puas hihi.

Tapi kalau kita ni jenis nak jimat sikit boleh juga buat opsyen ini.

Minta kontraktor buat sebut harga .

Harga Pump.
Harga pendawai elektrik.
Harga kerja – kerja pemasangan merangkumi sedikit kerja buat paip.

Lepas itu anda survey lah harga dekat kedai di sekitar kawasan anda atau pun terus sahaja menyemak dari laman jualan terkenal ini Joven Water Pump.

Fungsi utama pump ini adalah, apabila tekanan air berkurangan pump akan mula beroperasi, dan jika tekanan cukup kuat pump ini tidak akan beroperasi. Dari situ anda juga mendapat faedah penjimatan tenaga elektrik.

BacA  juga : – Dua cara untuk mengatasi tekanan air paip rendah

Cari in house kontraktor yang selalu buat kerja – kerja maintenace dekat Kawasan perumahan anda. Lagi baik kalau kontraktor itu jiran anda , kalau ada masalah terus boleh pangil mereka untuk baiki sampai jadi.

Dan biasanya kontraktor persendirian ini akan charge anda dari RM150 – RM200. mengikut sedap hati mereka. Tips saya time mereka buat kerja tolong lah apa yang patut supaya mereka sendiri tak sampai hati nak charge anda mahal – mahal.

Walaupun bergitu jangan pula anda mengambil kesempatan dengan meminta harga yang terlalu rendah.

Okeh untuk anda yang nak survey harga Joven Water pum boleh sahaja layari laman jualan joven ini sekarang!

Share this:

Kedai harga patut untuk lampu hiasan dinding

Kedai harga patut untuk lampu hiasan dinding, hihihi macam agak susah kalau main sembarang redah je…

lampu hiasan murah

Salah satu contoh lammpu hiasan pada dinding rumah

Tahu tak anda, Walaupun kita mampu membeli rumah yang berharga puluhan dan ratusan ribu, tetapi anda masih lagi mahu membeli isi atau kelengkapan rumah dengan harga yang terbaik.

Jarang sekali saya jumpa orang akan terus conform beli tanpa survey harga atau paling tidak pun meminta diskaun.

Rata – rata mesti minta diskaun atau kalau rajin mesti akan survey dari satu kedai ke satu kedai.

Serius saya juga bergitu, jarang sekali saya akan terus conform beli untuk sesuatu produk elektrik.

Lebih – lebih lagi kalau anda lihat harga dan produk elektrik itu seperti tidak sepadan. Barang macam biasa – biasa tapi jual seperti nak cekik darah kita.

Dari itu saya lebih suka survey lihat dan jika saya lihat juru jual itu mesra , saya akan cuba bertanya berapa boleh kurang.

Selepas saya tahu kurangnya berapa, saya akan cakap nanti saya bincang dulu, nanti conform saya datang beli loh…

Dan selepas itu pandai – pandai lah kita copy paste ayat yang sama untuk setiap kedai lampu hiasan yang kita pergi..

Amacam ok tak…

Nak lagi teknik dapatkan lampu hiasan dengan lebih murah dari biasa?

Sebenarnya anda boleh dapatkan sekurangnya 30% lebih murah dari harga asal, dengan syarat anda tidak kesah dengan model yang agak lama.

Itu pun jika anda bijak berkata – kata dengan pemilik kedai .

Jika tidak anda lupakan sahaja, dan apa yang anda boleh buat hanyalah dengan survey online atau pergi ke sesetengah kawasan Johor bahru yang menjual alatan terpakai dari Singapura itu sahaja.

senarai harga lampu dinding

Antara senarai lampu dan harga yang berada dipasaran

Okey sekarang jika benar anda mahu survey lampu hiasan dinding anda boleh survey dari sini ….

—> Kedai Lampu Hiasan Online <—

Pengalaman pertama menaiki feri untuk ke Batam

Okeh belum sempat berehat – rehat dihujung minggu dirumah saya dan  isteri berpeluang merasai pengalaman menaiki feri ke tanah seberang. Kali ini kami tidak pergi jauh hanya di sekitar kepulauan riau , iaitu Batam.

Feri penumpang milik syarikat Singapura di pelabuhan Batam

Untuk kesana kami bersepakat untuk menaiki dari Stulang laut, walaupun ramai yang berkata melalui pelabuhan pasir gudang lebih dekat dan murah.

Tetapi oleh kerana partner rombongan saya berkeras hendak melalui Berjaya Waterfront atau dulunya dikenali sebagai The Zon.

Bermula se awal jam 7.15pagi hingga lewat petang jam 6.30 anda boleh menaiki feri ke batam dengan jarak  masa setiap keberangkatan 2jam untuk sesebuah feri berlayar. Manakala untuk balik ke stulang dari batam, mereka bermula seawal jam 6.30 pagi dan perjalanan akhirnya pada jam 5.45 petang waktu Indonisia.

Senarai harga tiket dan jadual waktu perjalanan

Perjalanan sehala memakan masa selama 2 jam ,Namun bergitu orang – orang yang dah biasa menaiki feri kesana berkata dahulu mereka hanya mengambil masa sejam setengah untuk sampai. Munkin disebabkan campur tangan antara Singapura  mereka tidak membenarkan feri melebihi had laju bagi mengelakan hakisan pantai di sepanjang perairan mereka.

Antara kemudahan feri selain bilik air dan penjualan minuman dan makanan ringan. Ada juga perkhidmtan petukaran wang Ringgit ke rupiah , Hanya rate dia agak mahal sedikit dari tempat petukaran wang di sekitar bandaraya Johor Bahru.

Semasa artikel ini ditulis  RPH10000 bersamaan dengan RM3.

Tips saya untuk anda berjimat , bawa sendiri makanan dan minuman ringan anda bagi tujuan alas perut.

Dan untuk hiburan feri stulang ini hanya menyediakan skrin pada dinding hadapan setiap bahagian , untuk hiburan maksimum dan keselesaan saya syorkan anda ambil tempat duduk di hadapan sekali disetiap bahagian.

Okeh la , macam naik bas jer hihihi

Kerusi yang disediakan adalah bersifat “siapa cepat dia dapat “ Namun bergitu usah khuatir mereka hanya mengeluarkan tiket mengikut jumlah tempat duduk yang disediakan.

Apabila naik ke feri anda perlu melihat di mana letaknya safety vest yang paling hampir dengan anda  bagi langkah berjaga – jaga.

Urusan kastam dan imigresen

HOT OFFER

Poket Wifi untuk akses internet  luar negara  – SEWA SINI  (Opsyen terkini bagi tujuan perhubungan).

Urusan kastam dan imigresen di Stulang  Laut  adalah seperti yang biasa kita lalui , sama sahaja seperti kita mahu keluar Negara.

Ada pemeriksaan Bag melalui scanner, pemeriksaan badan dan apa jua langkah keselamatan yang biasa kita lakukan semasa ingin menaiki kapal terbang.

Bezanya hanya anda perlu membawa bag laugage anda sendiri ke feri , tiada perkhidmatan istimewa. Beg besar anda akan anda letakkan sendiri ditempat yang disediakan oleh pihak pengurusan feri.

Anda masuk dan keluar anda perlu membawa nya sendiri. Hanya munkin apabila feri sudah sampai kedestinasi para pekerja akan tolong memungah dari kapal ke jeti bagi memudahkan anda. Itu sahaja.

HOT OFFER

IKLAN: Senarai Homestay Murah

Beli mesin basuh semi auto murah sebagai alat sokongan ketiadaan air

Musim panas sedap nya kalau duduk dekat rumah ialah , Buka aircond dan minum air jagung power buatan sendiri pasti meyenangkan.

Sambil tu tunggu layan lah cerita terkini hiburan sensasi, pergh memang dunia lah jawab nya hihi.

Biasanya kalau kita rilex – rilex dekat rumah satu kerja yang kita sambilkan pastinya membasuh baju. Kumpul – kumpul semua baju yang dah kotor ,pastu terus sahaja humban dekat mesin basuh, Buka paip,bubuh sabuh terus tekan start. Sampai masa siap.

Cuma setakat ini belum jumpa lagi yang terus siap lipat, kalau ada munkin kalau mampu akan ramai yang beli.Itu semua bergantung lah kepada teknologi yang akan datang.

Cuma satu sahaja kelemahan mesin basuh automatik, Air paip kena stabil. Nak cepat kena tekanan air dia kuat supaya masa untuk menunggu air penuh akan lebih cepat.

Dengan itu masa untuk arus elektrik standby akan berkurangan, Dengan berkurangan masa standby, maka kuranglah juga pengunaan elektrik . Di situlah anda akan dapat berjimat.

Masalah bekalan air tiada juga , menjadi satu isu untuk anda penguna mesin basuh auto, jika sumber air dari tangki munkin tiada masalah, tetapi jika dari syarikat air pasti ia akan menjejaskan aktiviti membasuh pakaian anda.

Lagipun biasanya untuk sistem paip air mesin basuh kebanyakan penguna mengunakan bekalan direct dari meter, disebabkan bekalan air dari tangki tidak mempunyai cukup tekanan.

Oleh itu , saya nak cadangkan jika anda ada ruang lebih dan budget lebih apa kata anda tambah lagi satu mesin basuh semi auto yang ternyata lebih menjimatkan dari segi pengunaan air dan elektrik.

Penjimatan elektrik , disebabkan mesin basuh semi auto ini adalah untuk backup ataupun sekadar cucian yang sikit – sikit jadi untuk pengunaan 6kg pun rasda dah memadai.

Untuk 6kg mesin basuh , saya angap motor elektrik tidak melebihi 1000watt dan setiap kali basuhan pun dalam 15minit + 5 minit untuk spin , anda hanya mengunakan sekitar 20minit. jadi ia lebih berbaloi berbanding mesin basuh auto yang akan terus set masa dari 50 hingga 60 minit.

Biasanya untuk pengisian air, 6KG mesin basuh akan mengunakan sebanyak 55liter, dan tahu tak anda anda boleh melakukan tiga jenis basuhan berbeza.

Basuhan Pertama :- Pakaian Solat
Basuhan Kedua :- Baju anak – anak
Basuhan ketiga :- Pakaian yang terkena najis seperti air kencing atau kain buruk.

Dah mesin basuh seperti ini, anda boleh mengisi air nya terus dengan hanya mengunakan baldi, jika ruangan anda tidak menyediakan paip khas mesin basuh.

HAnya kelemahanya anda perlu lah membilas pakaian anda sendiri dan anda perlu mengalih – alih dari ruangan wash ke ruangan pengiring secara manual.

Apa pun mesin basuh auto ini sekurang – kurang nya akan dapat bertahan 3tahun dengan kadar beban yang tinggi. Kalau setakat hanya untuk backup semasa ketiadaan air atau basuhan kain – kain buruk saya rasa ia boleh mencapai sehingga 7tahun, kalau lebih dari itu memang extra bonus untuk anda sebagai pemiliknya.

Jom survey mesin basuh murah dari kedai online poular ini = Mesin Basuh bawah RM300

Beli mesin basuh semi auto murah sebagai alat sokongan ketiadaan air

Sementara stock masih ada – Cepat

Share this:

Tonton Resident Evil: Vendetta Dengan HeadPhone JBL

Antara siri Resident Evil, Filem yang dihasilkan melalui teknik CGI adalah yang menjadi pilihanan saya.

Setakat ini ada empat buah filem yang telah dihasilkan melalui teknik CGI ini.

Antaranya adalah :-

  • Biohazard 4D-Executer.
  • Degeneration.
  • Damnation.
  • Vendetta.

Kecuali biohazard, kesemuanya saya sudah tonton . Dan boleh dikatakan berpuas hati jugalah tentang mutu grafik dan bunyai – bunyian nya.

Dengan jalan cerita yang seakan tersambung dengan siri  permainan videonya. Jadi untuk mereka  yang  pernah main ,permainan video resident evil  ini pasti sudah boleh memahami jalan ceritanya tanpa perlu  berfikir lama, lagipun menonton filem saya angap seperti merehatkan minda dari berfikir perkara – pekara berat.

Jadi untuk siri Vandeta ini , ia digambarkan berlaku pada selepas siri permainan yang keenam dan sebelum siri permainan yang ke tujuh.

Dengan watak utamnya Leon s kenedy , Chris Redfield dan Rebeca chamber sebagai  hero dalam filem cgi ini.

Dalam siri ini sekumpulan askar yang diketuai chris telah pergi kesebuah rumah agam di mexico bagi menjejaki sekumpulan saintis yang hilang.

Disana mereka telah diserang hendap oleh sekumpulan zombie yang ternyata adalah dari kalangan saintis yang hilang.

Zombie – zombie tersebut telah dikawal oleh dsekumpulan penjenayah yang diketuai oleh Glen aries.

Tujuan utama gleen adalah untuk membuat kajian tentang zombie yang boleh dikawal supaya beliau boleh membalas dendam kepada kerajaan amerika yang telah menyerang majlis perkahwinan beliau dengan sebuah peluru pemandu yang mengorbankan ahli keluarga dan juga isteri beliau.

Di mexico kumpulan askar chriss telah tumpas dan  chriss Berjaya diselamatkan oleh sekumpulan askar yang datang untuk menyelamatkan beliau.

Di sebuah makmal yang lain pula doctor Rebeca Berjaya menghasilkan vaccine yang dapat mengatasi , virus yang disebar melalui udara.

Sebelum beliau sempat mengedarkan vaccine tersebut makmal beliau telah diserang oleh pengikut Glen aries.

Pada waktu yang tepat Rebeca sempat menghasilkan vaccine sebelum beliau sendiri bertukar menjadi zombie.

Chris datang pada waktunya dan menyelematkan Rebeca dari diserang oleh sekumpulan saintis makmal yang telah bertukar menjadi zombie.

Chris mencadangkan supaya mereka bergabung dengan leon . Semasa berbincang dengan  Leon mereka juga telah diserang oleh orang kanan Gleen dan mereka Berjaya menculik Rebeca.

Chris dan leon bergabung tenaga untuk menyelamat kan Rebeca dan melepaskan vaccine yang telah diberi oleh Rebeca supaya Meraka yang terjangkit akan pulih seperti biasa.

Dan sudah semestinya dalam filem seperti ini ketua boss jahat akan akan melakukan mutasi apabila mereka hampir kalah.

Memang tiada beza dengan siri permainan video yang kita mainkan.

Hanya bezanya kita tidak perlulah mengawal joystick dan sudah pasti hero akan menang.

Keseluruhanya agak berpuas hati dengan jalan cerita yang telah disusun.

Dari saya untuk anda yang ingin menonton filem seperti ini mengunakan PC atau laptop , saya sarankan anda mengunakan headphone supaya anda dapat merasakan kesan bunyi yang paling maksima.

Dan sudah semestinya apabila kita ini jenis yang suka layan movie lewat malam, kita tidak lah akan mengangu gugat ketenteraman kedamaian orang disekitar kita.

Salah satu Headphone yang saya rekomen adalah dari keluaran JBL.

Harga tidaklah terlalu mahal, ok ok sahaja.

JBL T450

Apa yang saya tahu tentang Headphone ini biasala la kalau harga bawah RM100 kena cari filem atau video yang kualitinya agak baik sikit baru soundnya clear.

Tetapi yang ini Bass dan trebale memang agak power, Bunyi dari luar pun memang tak dengar jadi memang lah tertumpu dekat video yang kita tonton.

Dan juga kemunkinan saiz nya yang agak kecil menjadikan ia rasa ketat sikit disebabkan kita ini baka kepala besar, Bukanyanya besar kepala ya.

Tapi yang penting semuanya atas telinga kita sendiri ada kata terbaik da nada yang kata ok , ok sahaja tapi yang penting , kalau nak tahu kena try sendiri atau boleh terus survey :- JBL T450 Headphone

Beli Elba smart cooker untuk kemudahan tambahan dapur anda.

Salah satu tugas saya sebagai seorang penyelia disalah sebuah syarikat kejuruteraan di selatan tanah air adalah untuk memastikan kerja yang diamanahkan oleh majikan saya ,berjalan didalam keadaan yang sempurna dan tiada apa – apa masalah.

Oleh sebab yang demikian , ada masanya saya perlu stay back sehingga satu jangka masa yang agak lama, atau sehingga kerja yang dijalankan itu siap.

Ini disebabkan didalam sektor service kami perlu menyiapkan kerja terbabit dalam satu jangka masa yang ditetapkan , supaya ia tidak akan menganggu jadual yang telah dirancang..

Jadi untuk itu , apa yang patut kita lakukan ialah bersiap sedialah apa – apa jua keperluaan yang patut kita adakan untuk keluarga kita, supaya apabila berlaku sedikit kecemasan , mereka akan tahu apa yang mereka boleh lakukan.

Saya ulangi sedikit kecemasan , bukan nya betul – betul kecemasan yang memerlukan anda segera memberi bantuan.

Antara sedikit kecemasan yang saya maksudkan adalah seperti kehabisan Gas memasak.

Tiada gas susah lah Puan isteri nak memasak lauk kegemaran suami.

Memang betul puan isteri boleh sahaja , memangil Gas delivery untuk menghantar gas, tetapi adakah anda yakin dengan faktor keselamatan nya.
.
Dan untuk mengangkat tong gas juga munkin ada sedikit masalah disebabkan beban yang patut isteri anda hadapi.

Situasi seberginilah yang saya katakan sedikit kecemasan yang akan berlaku dirumah kita tanpa diduga.

Jadi untuk mengatasi situasi sebergini , kita sebagai suami kenalah berkompromi balik kerja terus tapaukan makanan untuk isteri. Ataupun kita hadiahkan isteri kita sebuah elektrik cooker seperti Elba smart cooker.

okeh ada yang dah terlihat multicooker ini dekat rancangan iklan berbayar tak?

For sure memang saya suka sangat penerangan yang telah diberikan oleh pengacara ini.

Multi cooker elba ini bukan sahaja mudah dikawal tetapi boleh melakukan pelbagai jenis masakan.

Mengoreng,menumis,mengulai dan juga mengukus , semuanya ok sahaja.

Dengan fungsi kawalan pemanasan yang bergitu mudah, Anda hanya perlu laraskan volume dari minima kepada maksima. Anda sudah boleh memasak makanan kegemaran anda.

Fungsinya Volume seakan fungsi tombol gas masak. Anda mahu lebih cepat panas anda hanya perlu laraskan kepada suhu yang lebih tinggi.

Tidak perlu menekan pelbagai jenis button yang munkin akan merumitkan kita. Jenis seperti ini orang tua kita mampu mengunakanya tanpa ragu – ragu.

Fungsi memasak yang ditunjukan pada rancangan tersebut juga menunjukan betapa mudahnya ia mengoreng, menumis dan mengukus. Malah untuk mengulai kari ayam juga tiada masalah.

Saya difahamkan untuk kapasiti 5 liter anda boleh memasak sekali gus seekor ayam. Mudah kan.

Dan saya percaya anda tentu kreatif.

Bawa sahaja multi cooker kemana sahaja. Bawa ia ke homestay seperti di Tanah tinggi Cameron pasti ianya dapat menjimatkan perbelanjaan anda untuk memasak juadah makanan disana.

Buat steam bot , pasti best beli bahan masak sama – sama dengan keluarga campur sikit sayuran segar cameron pasti ada umph..

Lagi kalau kita hadiahkan kepada emak kita dekat kampung, lagi lah mereka suka. Anda beli, anda demo masak depan mereka dan anda tunjukan hasilnya..Pergh ibu dan ayah dekat kampung pasti suka , jimat gas memasak.

Lagipun kalau nak dikira 1600W tak banyak pun guna elektrik, dekat kampung pun berdua. Lampu dan kipas pun mereka guna setempat je. Kalu dekat dapur mereka on lampu dapur, kalau dekat ruang tamu mereka off dapur on ruang tamu, pasti lebih menjimatkan. Betul tak?

Okeh dibawah ini saya letakan detail produk tersebut

Capacity: 5.0L
Power : 1,600W
Removable Non-stick Inner Pot
Transparent Glass Cover
Comes with Steam Tray
6-in-1 Cooking Function: Steamboat, Stir Fry, Frying, Steaming, Slow Cooking and Warming
Detail:

Beli multi cooker Elba dari laman web terkenal

Rated Power (W) 1,600W
Voltage (V) 220-240
Capacity (L) : 5.0L
Removable Non-stick Inner Pot : Yes
Control Panel : Sliding Control
Adjustable Timer : –
Adjustable Temperature Control : Yes
Keep Warm Function : Yes
Accessories : Steam Tray with Handle
Main Color : Stainless Steel

Untuk maklumat lanjut layari : – Elba Multi Cooker

Panduan membeli dan maintenace Hitachi Demolition Hammer

Demolition hammer adalah sebuah mesin untuk memecahkan simen atau konkrit. Tidak kira anda berada dalam bidang civil atau elektrik, Pasti ada masa dan keadaan tertentu yang memerlukan anda mengunakan Demolition hammer ini.

Antara situasi yang biasa diguna oleh kontraktor elektrik adalah seperti mahu melakukan pemasangan jenis conseal ataupun kita nak membuat alur atau parit pada permukaan dinding atau lantai konkrit . Tujuan alur atau parit itu supaya kita boleh menanam paip kedalam dinding tersebut.

Hitachi Demolition Hammer

Jika dahulu alatan kuasa ini , boleh dikatakan sangat mahal , hanya kontraktor yang banyak duit sahaja yang mampu membelinya. Tetapi sekarang tidak lagi kontraktor kecil lah yang patut memilikinya supaya anda dapat melaksanakan tugasan dengan lebih cepat tanpa perlu menambah man power. Jika tidak anda perlu mengupah pekerja dengan membekalkan mereka tukul dan pahat besi.

Dipasaran Demolition hamer terbahagi kepada dua saiz, kecil atau besar.

Manakala Jenama yang ada dipasaran memang pelbagai jenama dan model, ada jenama Milwaukee,Bosch,makita,dongcheng mahupun Hitachi.

Dari saya dua jenama yang saya gemari adalah sama ada Bosch ataupun Hitachi.

Namun bergitu untuk saiz yang kecil dalam angaran 5kg , saya lebih suka mengunakan jenama Hitachi yang dikatakan tahan lasak.

used Hitachi Demolition Hammer

Hitachi demolition hammer terpakai

Dan untuk saiz 5KG ini jenama hitachi ini memang banyak dikeluarkan dipasaran negara kita. Oleh itu untuk spare part dalaman masih mudah didapati di Negara kita.

Apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan kebersihan pada bahagian penyambungan antara mata pahat dan mesin ini sendiri. Bebas dari kotoran atau pasir yang melekat selepas mengunakanya. Kebersihan pada bahagian penyambungan mata ini penting ,takut – takut jika anda memasukan mata tanpa memeriksa kebersihan nya , Dikhuatiri selepas anda mengunakanya anda tidak mampu menangalkan mata dari mesin disebabkan kotoranya sudah menjadikan muncung mesin menjadi sempit.

Dan bagi memastikan kekuatan hentakan mesin ini mencapai tahap maksima , Minyak greese perlu diisi jika sudah berkurangan. Perlu diingat greese yang diguna hanyalah untuk demolition hammer bukan nya sebarangan greese.

greese for  Demolition Hammer

greese for Demolition Hammer

Selain itu demolition hammer juga perlu dibersihkan bagi tujuan penyimpanan selepas digunakan .

Okeh disini saya sertakan laman web bagi tujuan survey harga dan fungsinya. Hitachi Demolition Hammer

Beli jug elektrik kaca dengan harga terbaik

Beli water Elektrik Glass Kettle dengan harga terbaik

Sekarang ini bergitu banyak dan bentuk sesuatu produk elektrik dikeluarkan.

Walaupun fungsinya sama , tetapi dengan ada kelainan dari segi bentuk dan rupa pastinya akan menambah nilai pada sesuatu produk tersebut.

Antaranya adalah seperti berevolusinya produk elektrik kattle untuk memasak air.

Dari stainlees steel elektrik kattle kepada hanya sekadar heater basic yang kita perlu rendamkan ia pada kole besi. Sehinggalah kepada Jug elektrik cordless yang kita perlu letak kan pada tapak nya untuk memasak air.

Untuk produk seperti elektrik jug , anda akan mendapati perbezaan harga yang ketara. Munkin anda boleh mendapatlkanya dari harga RM16.99 dari tawaran pasaraya terdekat anda.

Tetapi percayalah produk seperti ini bukanlah untuk kegunaan sepenuh masa, ataupun bahasa indahnya heavy duty, kerana elemen pemanas nya akan mencapai kesatu tahap ketahanannya.
Tetapi jika sekada sesekali anda masih lagi boleh memikirkan untuk membelinya.

Sudah diketahui umum , Jug elektrik ini adalah salah satu alat yang paling simple tetapi ia adalah salah satu alat yuang paling berguna untuk mereka yang tidak punyai water dispencer panas ataupun elektrik thermopot.

Dengan kepantasannya mencapai ketahap mendidih , ia sama sekali memudahkan apabila adanya tetamu yang datang tanpa diduga.

Biasakan kalau ada tetamu , kalau boleh kita sedaya upaya untuk menjamu mereka dengan secepat yang munkin, barulah kita selesa nak bercerita dan mengeratkan lagi silaturohim.

Dan untuk anda yang tiada water heater, nak mandi sejuk ,pak bilal tengah azan Insha allah jug elektrik juga boleh dijadikan alat bantuan untuk memanas kan air. Tak bergitu.

Jadi bergitu banyak fungsi yang boleh kita lakukan dengan sebuah jug elektrik yang murah. Walaupun setiap rumah punyai dapur gas untuk memasak , Jug elektrik ini juga mampu menjimatkan pengunaan gas. Gas masak pun sudah RM30 setong kan..?

Ini belum lagi bercerita tentang penguna yang terdiri dari orang bujang dan penuntut yang tinggal di asrama atau bilik sewa. Mereka pasti lebih kreatif diatas pengunaan jug elektrik ini.

Okeh dibawah ini saya adalah terjumpa sebuah jug elektrik yang diperbuat daripada kaca.

Saya lihat memang menarik , waktu memasak jug elektrik ini akan menghidupkan lampu berwarna biru. Anda saksikan lah sendiri pada video  yang telah saya rakam ini

Jangan lupa subscribers youtube saya DISINI 

Memang menarik, dan apabila air mula mendidih, anda akan dapat melihat nya secara langsung.
Jadinya kita akan lebih yakin dengan operasi memasaknya.

Dan saya sudah menjumpai dimana ia ada terjual melalui laman sesawang popular ini.

Detail produk seperti dibawah ini:-

1) 1.7L Capacity 1850-2200W

2) Removable Washable Filter

3) Blue Indicator Light

4) Striking Blue LED Lighting ring

5) Secure Clik-on Lid/POP Button Lid

6) Cord Storage

7)3-Level Temperature Protection

8)Secure Clik-on Lid/POP Button Lid GS/CE/ROHS

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh semak pada dua halaman dibawah ini:-

Panduan pemasangan dan semak harga harga water heater terkini

Seperti sudah menjadi kebiasaan setiap tahun Negara kita pasti akan dilanda musim tengkujuh yang agak keterlaluan.

Bencana banjir atau sejuk melampau akan melanda pada tempat – tempat yang jarang berlaku cuaca bergini.

Malah kebanyakan tempat juga boleh mengalami banjir jika berlakunya hujan secara berterusan.

Suasana bergini akan mendatangkan dua suasana. Sama ada gembira atau duka.

Gembira jika banjir setakat paras – paras lutut dan arusnya tidak deras. Ramailah yang keluar bermain air. Tetapi apa pula hal nya jika air sudah melepasi tahap bahaya.

Dari itu lah kita seharusnya mengawasi anak – anak dan jiran tetanga supaya tidak berlaku perkara – pekara yang tidak di ingini.

Dan sekarang ini cuaca kita juga dipengaruhi oleh tempiasan monsun dari setiap penjuru arah. Jika tidak salah tahun 2016 tempiasan suhu sejuk juga melanda dinegara kita . oleh itu kita tidak dapat menjangka apa yang patut kita adakan .

Sama ada penghawa dingin atau pun pemanas air.

Semuanya berguna jika sudah sampai waktu perubahan cuaca yang melanda.

Panduan pemasangan dan semak harga harga water heater terkini

Okeh disini saya ingin menerangkan kaedah asas pemasangan water heater yang patut anda tahu supaya anda sendiri boleh menerangkan apa yang anda mahu kepada kontraktor ataupun pembekal alatan elektrik ini.

Munkin apa yang saya terangkan bergitu ringkas atau hanya asas, tetapi berkemunkinan dengan artikel ini anda mampu menokok tambah apa yang patut kontraktor lakukan.

Ingat pemasangan alat adalah mengikut kemahuan kita, bukan kemahuan kontraktor, mereka hanya boleh mencadang.

Okeh sila lihat dahulu rajah pemasangan paip dan pendawain elektrik ini.

Gambarajah cadangan pemasangan paip dan litar Water Heater

Jika anda lihat sumber kemasukan air ada dua, Satu arah dari syarikat air. Dan satu arah lagi dari tangki simpanan air.

Setiap pemasangan paip ada disertakan dengan Valve dan juga Check Valve sebelum bertemu ke TEE dan terus ke paip masuk water heater. Alasan saya fungsinya hanya untuk memastikan tekanan air kuat pada water heater.

Dan apabila berlaku ganguan bekalan ,Air tangki masih mampu digunakan. Fungsi check adalah supaya air tidak akan berpatah balik kepada punca bekalan.

Tetapi ia adalah sekadar option. Anda boleh sahaja memasang valve tanpa check valve. Hanya valve tangki perlu ditutup apabila tidak digunakanya.

Untuk pendawaian , perlu di ingat supaya mengambil punca kuasa dari papan suis utama , supaya ia tidak menjejaskan sumber kuasa yang lain.

Dan suis heater perlu digunakan supaya litar kuasa dapa ditutup dengan sempurna.

Water heater Switch

Ini adalah sekadar penerangan asas yang patut anda tahu , sebelum anda memasang water heater pada kediaman rumah anda.

Untuk yang punyai budget lebih boleh sahaja mengunakan punca kuasa solar.

Oh yang sebelum anda memilih Water heater terbaik, Sila pilih water heater yang dilengkapi dengan ELCB dan juga sebolehnya body, paip air tidak diperbuat dari logam untuk langkah – langkah keselamatan.

Disini saya sertakan juga pauatan untuk anda menyemak Harga terkini Water Heater terbaik untuk anda pilih.

Water Heater terbaik