10 Entri Paling Popular Ogos 2013

Post hari ini adalah berdasarkan sumbangan status FB pada kumpulan denaihati semalam,

Jom kita buat entri “top 10 entri Ogos 2013” dan share entri tersebut kat sini, bolehlah aku bagi backlinks nanti kat entri blog DH.

Memang sesuai benar moto daripada blogger terkenal  ” Hidup untuk memberi” Yeah untuk itu aku ingin juga turut serta untuk menyahut seruan Denaihati supaya rakan – rakan blogger menyenaraikan entri yang paling popular diblog masing – masing dan dengan senang hatinya “I Follow”  Dengan pendapat peribadi saya sekurang – kurang nya dapat memberitahu pelawat yang sentiasa datang apa yang popular di onlajer pada sekitar bulan ogos bersempena sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan itu aje.

 1-Doa dan Marhaban Hari Raya

Yeah lama sunguh aku simpan salinan Nazam dan doa sewaktu hari raya dan untuk pengetahuan dizaman blogspot aku dulu pun pernah aku buat cuma zaman itu hanya berapa  puluh sahaja pelawat yang menziarahi blogspot onlajer, Wah sunguh kecewa. Dan sekali lagi aku updated dengan entri yang baru bersama hasil salinan tulisan tangan ibu mertuaku ,

2-Selamat Hari Raya Dan Jadual Perjalanan Aidilfitri 2013

Yeah aku mengaku  seminggu aku nak raya aku sentiasa menyemak laman plus bagi mencari jadual perjalanan,.Walhal banyak cerita lagi yang aku boleh updated seperti Kuih Raya paling sedap,Baju Melayu paling murah ataupun check list Hari Raya, Pergh blank betul time itu nak tulis apa ya.

3-Proton Suprima S Dilancarkan.

Haha yang ini aku memang ambil peluang untuk upkan trafik dan program iklan klik,klik dan klik dan hasil nya sunguh menakjubkan sekali jika lebih bijak mengambil peluang dengan disokong oleh teknik SEO Merah jambu, -Woha.

4-Buat Duit Dengan Jobdirumah

Daripada 17.5Juta pelayar internet diseluruh negara tak sampai pun 1peratus yang singah kemari namun bergitu kata kunci buat duit dari jobdirumah memang sangat – sangat disukai oleh masyarakat kita yang terbukti mereka memang nak buat duit dari internet.

5-Aku yang dulu bukan yang sekarang

Haha time bulan puasa itu hari time balik kerja mesti ada keluar lagu ini, aku dengar aku suka lebih – lebih lagi tempat tinggal aku memang dapat menonton siaran Indonisia apa lagi satu entri untuk Lagu Aku yang dulu bukan yang sekarang.

6-Resepi Spaghetti Raya

Yeah resepi paling malas aku , Bukan apa sebenarnya resepi ini ilham dari masakan hujung – hujung minggu untuk keluarga nak dijadikan cerita aku baru sahaja sampai dari kampung dan badan masih rasa penat – penat malas dan tiba – tiba ibu saudara aku sampai apa lagi sebagai keturunan jawa yang tidak senang jika tetamu datang tanpoa dijamu maka terjadilah resepi masakan serbegini.

7-Doa Ringkas Tawaf

Alhamdulilah catatan ini juga dari tulisan tangan yang aku  buat pada awal mengunakan wordpress ini jadi mungkin musim haji akan tiba lagi, catatan ini telah menjadi popular pada bulan ini.

8-Kos Sebenar Pendawaian Elektrik : Point Dirumah

Yeah baru sahaja 5 hari catatan ini dibuat ia terbukti telah menjadi salah satu catatan yang popular, dan apa yang aku ingin sampaikan disini memang setiap satu mesti ada harganya dan Kenapa harga berbeza -beza mungkin disebabkan oleh kos bahan mentah yang diperolehi oleh sesebuah kontraktor itu memang tidak akan sama, sebagai contoh Ali beli wayer segulung RM45 manakala Ah Chong membeli wayer dengan harga RM50 kenapa mahal kerana ALI bayar cash  Ah Chong bayar term., Dari contoh ini juga kita boleh menafsirkan kenapa sesuatu service ada yang murah dan ada yang mahal.

9-Senarai Kelengkapan Haji

Alhamdulilah lagi satu entri berkaitan Haji dan Umrah, Saya sengaja buat entri ini khas untuk bakal jemaah haji apa yang patut mereka bawa dan jika nak difikirkan jemaah haji memang tidak perlu membawa banyak sangat pakaian atau peralatan peribadi kerana disana memang banyak barang yang boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah jika kena dengan gayanya.

10-Sambal Goreng

Wah entri ini pun aku dah lama hasilkan mungkin disebabkan hari raya memang orang jawa suka buat sambal goreng tetiba sahaja entri ini sentiasa mendapat perhatian. Tapi dientri ini aku memang ada menulis bahan yang paling aku tidak galakan untuk dicampur iaitu organ dalaman yang sama sekali tidak seperti dahulu.

Carian popular google

Dah siap sudah 10 Enrtri Paling popular ogos 2013 onlajer, dan aku dapati kenbanyakan entri yang dicari oleh google adalah berkaitan hari raya dari pada yang terpenting iaitu Doa,Perjalanan ,masakan dan setelah habis berhari raya mulalah cuba mencari entri yang menjurus kepada duit,Kereta terbaru dipasaran,Lagu yang popular dan paling akhir sekali mereka akan pergi ke Entry yang bermusim seperti Bab Haji.

 

 

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

31 Comments

  1. AUC
    Twitter:
    September 3, 2013
  2. sensasi2020
    Twitter:
    September 3, 2013
  3. Hafizul
    Twitter:
    September 3, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      September 4, 2013
  4. Ummi Hanie September 3, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      September 4, 2013
  5. Mohd Shubhi
    Twitter:
    September 3, 2013
  6. encikarman
    Twitter:
    September 3, 2013
  7. puteri kasih September 3, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      September 4, 2013
  8. Strider September 3, 2013
  9. Denaihati September 3, 2013
  10. hafizmd
    Twitter:
    September 3, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      September 4, 2013
  11. Khairul Zamri
    Twitter:
    September 3, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      September 4, 2013
  12. kakiblog September 3, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      September 4, 2013
  13. AKMA.my
    Twitter:
    September 4, 2013
  14. AkmaOmar
    Twitter:
    September 4, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      September 4, 2013
  15. Irwan Alessa
    Twitter:
    September 7, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge