3 Pekara yang anda harus tahu tentang kipas angin berdiri

Rakan – rakan saya baru sahaja pulang dari Telok kalong,kemaman Terengganu. Macam biasalah kalau balik dari sana pastinya ole – olenya adalah keropok lekor,keropok kering dan juga sos pencicah masam ,manis pedas.

Memang menjadi kegemaran kita semua lah, sebab itu kalua ada je yang keluar kawasan khususnya pantai timur ,jajan seperti ini tidak akan dilupakan. Almaklumlah lebih separuh dari team saya pernah buat projek disana lebih 9 bulan. For sure setakat kemaman dan kawasan sekitarnya kami boleh susun kedai makan dari sarapan ,tengah hari hingga malam.

Mana sedap,mana lemau,mana mahal,mana murah Insha allah ok, janji kedai sana tak tutup atau petanya dah berubah hihihi.

Ok untuk pengetahuan anda , kalau dah dekat sana kami lebih suka duduk homestay dari pada hotel disebabkan kami mahu luas dan biasanya homestay adalah astro Njoi,wifi untuk saya membalas emel dan memuat turun apa yang perlu untuk bahan kerja  yang perlu dilaksana. Dan yang paling penting kami ada mesin basuh dan juga dapur.

Walaupun sepanjang projek kami tak sempat nak masak, tetapi ada juga kami pernah acah – acah panas kan satar hihihi. Dan apabila kami punyai mesin basuh sendiri , mudahlah kami memabasuh nya tanpa perlu mengunakan khidmat kedai DOBI.

Okeh untuk pengetahuan anda, tak semua syarikat kontraktor yang kaya boleh sewa full aksesori homestay dan hotel. Sub cond kami ada yang terpaksa menyewa rumah kampung.

Dan masalahnya rumah kampung tersebut tidak punyai aksesori rumah yang mencukupi seperti yang paling penting KIpas angin.

Walaupun mereka bercerita dengan saya ,tetapi apa yang saya mampu lakukan disebabkan rumah lama manalah ada pendawaian point kipas pada siling rumah tersebut.

Dari saya apa yang boleh mereka lakukan adalah membeli berberapa buah kipas angin berdiri bagi tujuan menyejukan badan atau suasana ruang bilik anda.

3 Pekara yang anda harus tahu tentang kipas angin berdiri

Contoh ruanagn yang mengunakan kipas angin berdiri (imej google)

3 Pekara yang anda harus tahu tentang kipas angin berdiri

1- Kenapa kita harus membeli kipas angina berdiri bukan kipas angin duduk?

Disebabkan kebanyakan pendawaian yang dilakukan khusus bagi rumah lama ataupun pada rumah bawah mereka harus mematuhi peraturan supaya punca kuasa adalah diparas 1.5meter.

Apabila socket outlet pada paras 1.5meter, memanglah kita kena cari extension apabila nak letak kipas dekat lantai.

2- Kalau wire dah pendek , takde extension wire letak sahaja lah di meja.

Apabila anda membeli kipas angin duduk , tetapi anda mahu angin cukup kuat menghala ke muka , maka nya kipas angina duduk tidak akan cukup kuat untuk menghembus kemuka anda. Lebih – lebih lagi jika anda berkongsi. Lainlah anda beli kipas angina duduk jenis industri.

3-Mahal lah kalau beli yang berdiri, lagipun nanti kalau kita dah pasang kipas siling dah tak guna kipas ini?

Haha yang ini kawan tak dapat nak  bantu , tapi serius kawan pernah jumpa  yang bawah RM100. Dekat pasaraya econsave kalua pantai timur mungkin ada dekat kedai manja. Tapia pa pun kipas ini memang buatan china. So far oklah , belum ada tanda menunjukan nak kondem .

Kalau dah tak nak pakai pun dah boleh bagi dekat adik – adik atau sedara yang duduk kampung.

Sedekah dekat yang memerlukanya, Kalau ada homestay yang nak budget murah , Boleh sangat kalau nak guna yang ini.

Takde masa nak pergi pasaraya? Boleh sahaja survey dari sini , anda boleh pilih dari pelbagai jenama dan harga , kalau rajin sikit dah boleh dapat yang ada Hadiah.

Yang bestnya tentang kipas angin berdiri ini biasanya lah angina memang kuat, dah terbukti ia tahan lebih lama dari kipas angina duduk. (statement ini anda boleh abaikan jika anda dari kategori ganas dan pemalas).

Walaupun bergitu kipas angina memang perlukan penjagaan ringkas seperti anda perlu membersihkan bilah kipas supaya ia dapat berfungsi dengan baik.

Contoh Kipas Angin Bediri yang biasa diguna oleh rakyat satu Malaysia.

Boleh sahaja survey dari kedai kipas angin berdiri SEKARANG!

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG