5 Lokasi Pilihan Menonton Wayang Di Sekitar Johor Bahru

Lokasi Pilihan Menonton Wayang

Menonton Wayang adalah salah satu aktiviti saya bersama keluarga. Jom lihat Lokasi Pilihan Menonton Wayang.

Ada cerita yang menarik, kadar adegan dewasa yang terkawal dan yang terpenting ada tiket untuk dibeli.

Pengalaman tiada tiket untuk “Transformers: Age of Extinction” selepas beratur panjang juga pernah berlaku.

Kenapa tak beli tiket secara online?

Saya akan beli tiket secara online jika sudah pasti cerita ini sesuai untuk seisi keluarga dan kena pada masa nya.

Gambar Hiasan je, Manalah tahu satu hari nanti dapat menonton disini

Jika dikawasan Pasir Gudang anda boleh memilih berberapa lokasi pangung wayang.

Paling dekat dan murah sudah tentunya yang terletak dikompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Jujur sekali pun aku tak pernah masuk. Jadi tak dapatlah aku nak bayangkan keadaanya disana.

Okeh dah ada yang menonton di Pawagam pasir gudang … Boleh baca review beliau –  Pengalaman saya menonton Boiboiboy – pawagam pusat bandar Pasir Gudang

boiboiboy the movie poster

TGV Jusco Tebrau , Rasa aku macam paling best. Ada 3D Imax, Ada seat sofa , “Popcorn” dia pun kategori sedap. Dan apabila menonton lewat malam, aku dah tahu mana port nak letak kereta .

Maksudnya apabila cerita habis, keluar pintu terus turun tangga esculator. Sampai bawah ngam – – ngam tempat bayar tiket “parking” dan tempat aku letak kereta.

Beratur juga nak beli tiket spiderman ni

Satu je la yang tak best, iaitu tiket wayang dia aku kategorikan MAHAL!. walaupun tanpa GST.

Tawaran terbaik untuk tiket TGV.

Tiket murah TGV untuk RM10. Sementara tawaran belum Tamat.

Tahu tak korang, sekarang ini dari Pasir Gudang nak ke Bandar Raya, Hanya memakan masa lebih kurang 20minit.

Sejak ada Lebuhraya EDL rajin juga aku pergi”Cathay Cineplex City Square JB.

Rasa kalau nak dibezakan dengan TGV, Aku bagi ranking kedua.

Kalau kau beli set combo “popcorn” yang boleh bagi sampai empat cup air . Kau boleh postpone lagi dua. Baki air kau boleh ambil lepas cerita habis.

Satu sahaja yang aku tak suka. Gila mahal betul parking kereta dekat sini waktu hari siang.

Walaupun parking mahal ini bukan jaminan kau nak senang – senang dapat park. Nasib kaulah kadang dapat tempat dekat dengan pintu masuk , kadang agak jauh.

Parking murah biasanya selepas pukul 6. Tapi orang kita jaranglah mahu datang menonton waktu bergini. Waktu tu kan dah dekat maghrib jadi seeloknya lepas isyak lah.

MBO KSL , First time menonton dan datang disini.

Tonton cerita seperti ini conform tak boleh bawa budak – budak….

Beli tiket online Fast 7 RM12 , Tak salah saya Movie day hari rabu. Saya rasa kompleks KSL ni agak class. Korang nak tahu kena pergi sendiri la. Komplek ini juga baru pertama saya kunjungi.

Cermin Mata 3D seorang satu yang baru, Lepas tonton boleh bawa balik tak perlu pulang. Dan apabila anda masuk kedalam pangung sebelum bilik tayangan dilorong itu juga ada menjual makanan ringan.

Superstar Cinema Today Mall “Ulu Tiram”

Hahaha yang ini aku selalu pergi, kalau nak lihat dari segi luaranya macam mall ini kurang pengunjung nya.

Tapi apabila adanya filem – filem yang popular, penuh lah tempat letak kereta.

Paling best kita boleh letak kereta paling hampir dengan pintu esculator pangung wayang.

Harga tiket pun saya rasa amat berpatutan, cuma makanan ringan yang tersedia seperti popcorn tidak lah bergitu sedap.
namun anda juga boleh membeli makanan ringan yang ada dikedai yang berhampiran dipangung wayang ini.

Kali terakhir menonton disini ialah  The Avengers: Age of Ultron. hehehe

Sekarang oleh kerana Today Seri Alam Masai pun dah ada Superstar Cinema, Dah tak jejak lagi dah ulu tiram. Ayatnya kasilah orang sana guna hihihi.

5 Lokasi Pilihan Menonton Wayang Di Sekitar Johor Bahru

Antara filem yang aku rasa kecewa.. Siap tertidur dalam pangung..  memang membunuh kenangan kartun Ninja turtle zaman 90an…

Nota Jari –  Kini Superstar Cinema Today Mall Seri Alam Masai juga telah dibuka pada Febuary 2016 yang menempatkan 4 bilik tayangan …

Baca juga – Survey DVD movie original di kedai online popular

Dari sumber Wikipedia..

Cinemas in Johor

  • Number of cinemas: 30
  • Largest cinema: Golden Screen Cinemas Paradigm Mall (16 screens and 2,107 seats)
  • Largest cinema operator: MBO Cinemas – 6 outlets (39 screens and 5,837 seats)
  • Total number of screens: 208
  • Total number of seats: 29,084
CinemaTotal hallsSeatsLocationOperatorRemarks
KSL City81,378Johor BahruMBO CinemasLocated on Level 2.
Square One81,189Batu PahatMBO CinemasLocated on Level 2.
Heritage Mall71,043Kota TinggiMBO CinemasLocated on Level 2.
Kluang Mall6963KluangMBO CinemasLocated on Level 2. Largest cinema in Kluang.
AEON Mall Bandar Dato Onn5663Johor BahruMBO CinemasLocated on Level 2.
U Mall5601Johor BahruMBO CinemasLocated on Level 1.
City Square142,776Johor BahrummCineplexesLocated on Level 5. Previously occupied by Cathay Cineplex.
1 Segamat Shopping Centre81,708SegamatmmCineplexesLocated on Level 1. Previously occupied by Lotus Five Star.
IOI Mall Kulai6921KulaijayammCineplexesLocated on Level 1. Previously occupied by Lotus Five Star.
AEON Mall Tebrau City101,731Johor BahruTGV CinemasLocated on Level 2. Features 1 Beanieplex and 1 IMAX Hall. 2nd largest cinema in Johor. Features the 3rd IMAX hall in Malaysia.
AEON Mall Bukit Indah91,614Johor BahruTGV CinemasLocated on Level 2.
AEON Mall Kulaijaya51,203KulaijayaTGV CinemasLocated on Level 2.
Toppen Shopping Centre111,716Johor BahruTGV CinemasLargest cineplex opening on 13 November 2019, next to IKEA Johor. Features Family Friendly Hall, Flexound, Infinity, Deluxe+ & Prestige
Tasek Central Mall91,600Johor BahruTGV CinemasOpening in 2020.
Today’s Mall Ulu Tiram6994Johor BahruSuperstar CinemaLocated on Level 1.
Today’s Market Seri Alam4525Pasir GudangSuperstar Cinema
U Sentral Segamat6722SegamatSuperstar CinemaLocated on ground level.
Kluang Parade5660KluangBlockbuster Cineplexes
Perling Mall3582Johor BahruBlockbuster CineplexesLocated on Level 1.
Skudai Parade41,045Johor BahruLotus Five StarLocated on Level 6.
Tasek Central Mall3649Johor BahruLotus Five StarLocated on Level 4.
Paradigm Mall162,107Johor BahruGolden Screen CinemasLargest cinema in Johor. With in 4DX, GSC MAXX, Dolby Atmos and Premiere Halls
The Mall, Mid Valley Southkey18TBAJohor BahruGolden Screen CinemasOpening November 2019.
Sunway Big Box12TBAIskandar PuteriGolden Screen CinemasOpening soon.
R&F Mall8745Johor BahruEmperor CinemasFirst Emperor Cinemas in Malaysia (Outside of Hong Kong and Mainland China).
Beletime Danga BayTBATBAJohor BahruWomei CineplexOpening soon. First Womei Cineplex outside of China.
Batu Pahat Mall71,045Batu PahatParagon Cinemas
New Lido Cinemas2400KluangIswariaSingle building cinema.
Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang2260Pasir GudangSuara ScreenLocated on Level 2
Broadway1244Johor BahruKPI Cinemas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge