Alat Kimpal Pilihan Kontraktor Kecil

Alat Kimpalan Pilihan Kontraktor Kecil

Pengalaman saya pada tahun 90an, alat kimpalan atau “welding set”  yang perlu ada adalah berukuran, lebih kurang Lebar 240 x Tinggi 270 x Tebal 280m.

Alat Kimpal ini berwarna biru dan disukai ramai.Pada waktu itu ini adalah alat kimpal yang paling kecil dan paling ringan. Dengan sistem penyejukan berasaskan minyak, berat nya sekitar 28kg.

Tidak dapat saya bayangkan dahulu kami setakat tingkat tiga bangunan , orang – orang lama masih rilex lagi. Ya saya akui alat Kimpalan waktu itu agak berat ,belum lagi dicampur dengan berat “kabel welding”  dan benda kerja yang lain, Kami angap alat Kimpalan ini adalah yang paling ringan dan moden pada waktu itu.

Anda ada pengalaman dengan alat Kimpal ini?

(Google Image)

Spesifikasi untuk model ini –

OC 130

 Main Power Supply Voltage AC 220 – 240V Single Phase
 Operating Frequency 50 – 60Hz
 Rated Input Current 15A
 Open Circuit Voltage 55V
 Welding Current 90A, 110A, 130A
 Weight 28kgs
 Dimension (WxDxH) 240 x 270 x 280mm

Kelemahan untuk alat kimpal ini, apabila anda mengunakan plug 13A ,3pin kebiasaanya dawai fuse mudah putus,”fuse blow”. Anda akan terpaksa kerap meukar fuse disebabkan rating fuse hanya 13A.

Anda perlu mengubah suai fuse pada kepala plug bagi mengelakan berlakunya “blow fuse”. Tetapi apabila anda melakukan pengubah suaian  seperti menambah wire pada fuse keselamatan anda mungkin akan terjejas.

Untuk masa kini alat kimpal seperti diatas  sepertinya sudah tidak praktikal lagi untuk kerja – kerja luar. Mungkin untuk di bengkel yang punyai kemudahan socket 15A , Alat kimpal ini masih boleh digunakan.

Harga terkini Welding set

Sekarang kebanyakan kontraktor telah beralih kepada Alat Kimpal Inverter.

Alat kimpal ini biasanya didatangkan dengan kabel kimpal sepanjang 5mtr, 3mtr untuk pemegang rod kimpal, 2mtr untuk pemegang bumi.

Alat kimpal ini kebiasaanya dapat digunakan dengan welding rod bersaiz 2.6 dan 3.2.

Dengan purata setiap satu dibawah 10kg, welding set buatan china ini mampu meringkan beban pekerja untuk membawanya di tempat yang tinggi.

Untuk  yang berharga dibawah seribu mesin kimpal ini memang sesuai untuk kerja – kerja biasa.  Untuk kerja – kerja yang berat saya syorkan anda bertanya dengan juru jual yang berhampiran dengan anda.

Suka saya ingatkan apabila anda membeli alat kimpal seperti ini, anda harus bertanyakan tentang jaminan,. Jaminan semestinya dalam setahun. Alat ganti juga harus mudah diperolehi.

Dan jika boleh dapatkan dengan harga seminima yang munkin. Untuk anda yang ingin survey Harga terkini Welding set anda boleh layari halaman – Hero Welding Machine..

Terkini welding set keluaran JASIC. Datang bersama dengan portable Bag. Mudah untuk dibawa kemana – mana.

Boleh juga survey dari sini – Inverter welding Set

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge