Alternatiff Ubat Nyamuk Perangkap Nyamuk Elektrik

0
73

Dari pengalaman saya .. Masuk sahaja musim panas atau musim kemarau .. kawasan taman – taman perumahan pasti ada satu masalah bersama…

Masalah bersama yang saya katakan adalah masalah nyamuk… Waktu panas berginilah kebiasaanya nyamuk akan menyerang disebabkan waktu panas kebanyakan longkang akan menghasilkan lopak – lopak air yang akan membiak jentik – jentik.

Berbeza di waktu hujan apa bila air longkang akan sentiasa mengalir deras dan sekaligus menghanyutkan jentik – jentik atau telur yang berkemungkinan akan membesar menjadi aedes..

Malah info semasa dikawasan saya juga , sudah ada dua, tiga kes demam denggi yang telah direkodkan sehingga ada yang masuk kewad.

Hasilnya apabila berlaku seperti ini, kawasan tempat tinggal kita akan disembur dengan asap yang saya rasa ia bercampur dengan minyak.

Dari saya… saya sendiri tidak akan selesa dengan bau asap dan lantai rumah perlu di mop supaya kesan minyak pada lantai akan hilang.

Waktu berginilah baru akan tertubuh atau teraktif kembali jawatan kuasa rukun tetanga untuk bergotong royong. Rasanya bagus juga waktu inilah kita sama – sama dapat beramah mesra sesama jiran tetanga.

Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah ..

Membersihkan persekitaran kawasan disekitar rumah anda.. Logiknya nyamuk memang suka tempat – tempat yang gelap seperti stor tempat letaknya barangan untuk di jual ke peraih besi buruk.

Mengunakan kelambu.. tetapi untuk musim panas perlu lah bilik itu di pasang aircond… Kalau guna kipas angin sepertinya angin tak lepas kedalam kelambu.

Memasang ubat nyamuk… Standard orang kita.. Memang mujarab tetapi masalahnya bukan setakat nyamuk yang tak tahan dengan baunya.. manusia seperti kita ada yang juga sesak dengan bau.. nya..

Saya rekomen yang ini pembunuh Nyamuk elektrik… Pasang pada socket outlet dan “on”… Nyamuk akan bermain pada lampu dan seterusnya akan terkena renjatan elektrik pada gelungan wayer dilampu.

alat perangkap nyamuk terbaik dipasaran

Antara lokasi yang boleh dipasang alat perangkap nyamuk

Kebaikanya tiada bau, tiada kimia dan pasti nya ia direka untuk jimat elektrik. Lebih – lebih lagi jika dirumah anda ada anak – anak kecil dan orang tua alat eletrik perangkap nyamuk ini tidak mengeluarkan bau..Hanya cahaya lampu led sahaja yang menjadi umpan untuk memerangkap nyamuk  masuk  kedalam nya.

Hanya satu sahaja kelemahanya.. pada waktu siang alat ini tidak bergitu efektif kecuali suasana pesekitaranya gelap.

Untuk anda yang berkenan untuk mendapatkanya boleh lah survey di halaman EZ buy Mosquito Killer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here