Anda Perlu Tamak Untuk Berjaya

Ok dah lama rasanya aku kesahkan cerita seorang tauke cina yang mahu pekerjanya tamak dalam soal perniagaan.

Jika ada diantara pembaca blog ini yang pernah bekerja dengan tauke cina di pertengahan 90an kebawah, Anda akan jumpa contoh seperti “seorang sifu kungfu yang punyai 7jurus, tetapi hanya menurunkan ilmunya 5 hingga ke 6 jurus sahaja.

Perlunya tamak

Jurus terakhir akan terus disimpan sampai pencen, mentaliti mereka apabila anak didik mereka lebih berilmu mereka akan kebelakang.

Tetapi itu dahulu, masuk sahaja era Milineum, Tauke – tauke ini sangat mengalakan pembelajaran dan penambahan ilmu , untuk setiap pekerjanya.

Dari apperentice hingga ke level yang tertinggi mereka dilatih untuk tahu segalanya, Jika boleh setiap pekerja itu adalah seorang peniaga. (bisnesman atau bisnes woman).

Mereka sekarang sudah sedar mereka perlu mengasah bakat baru, Dipancing dengan Imbuhan dan faedah pekerja – pekerja ini akan setia untuk bersama – sama membangunkan empayer perniagaan mereka.

Jadi apa pandangan anda tentang cerita saya ini?

Anda boleh komen yang positif dan negatif tentang apa yang saya ceritakan diatas.

Tetapi ini memang lah keadaan sebenarnya , Bagaimana mereka berjaya dalam perniagaan mereka. Walaupun di campur dengan unsur – unsur lain yang saya tidak boleh nyatakan disini.

Jadi adakah kita perlu tamak dalam perniagaan?

Dari saya ya , Jika anda dalam aliran kontraktor anda memang patut Tamak untuk mengambil sebanyak mana job yang anda boleh dapat.

Kebiasaanya ada kerja yang perlu mengambil masa yang panjang dan ada kerja yang hanya dilakukan dalam masa sehari, dua.

Anda terima job sehari dua, stop atau kurangkan man power untuk projek panjang bagi menyiapkan kerja yang boleh disiapkan dengan masa yang sehari dua dahulu. Disini sahaja anda sudah mendapat lebih income.

Tetapi masalahnya sikap kita , tidak suka cabaran , berkeras untuk siap satu kerja baru ambil satu kerja.

Ilmu perniagaan memang bergitu banyak boleh didapati, Paliang mudah anda google atau bertanya dengan orang – orang lama . Sebaiknya jika anda berkerja dengan majikan cina anda boleh bertanya pengalaman mereka. Kebiasaanya mereka tidak lokek ilmu.

Jadi sekarang anda memang minat berniagakan, Paliang mudah anda boleh buka stall ditepi jalan . Mulakan perniagaan kecil – kecilan dari menjual air balang terus berniaga makanan. Dan apabila anda mula ingin mulakan perniagaan yang lebih besar anda boleh mula dengan masuk dalam dunia tender kerajaan.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

9 Comments

  1. Hero Borneo April 23, 2015
  2. blogger lelaki
    Twitter:
    April 23, 2015
  3. Ani Haryani April 24, 2015
  4. Ikhwan Fahmi
    Twitter:
    April 24, 2015
  5. zik April 25, 2015
  6. jaymiee
    Twitter:
    April 26, 2015
  7. titan
    Twitter:
    April 26, 2015
  8. muliani April 27, 2015
  9. Hafizul
    Twitter:
    April 29, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge