Apa Yang Aku Dapat Pada Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum, Alhamdulilah selamat pergi dan selamat kembali aku sekeluarga ,dan harap anda begitu juga.

Yeah , tidak seperti dulu – dulu cuti tahun baru aku semacam dah stop untuk pergi makan angin, Cuti peryaan aku tanam azam untuk mengembirakn orang tua dengan muncul dikampung halaman. Makan angin kita adjust pada hari berkerja atau pertengahan minggu seperti bermula pada hari selasa atau yang bersesuaian.

Tiga hari berada dikampung Parit Lajer Darat,banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama keluarga seperti menanguk udang, bersihkan kebun, pergi  kenduri walimatul dan doa selamat dan yang paling tinggi nilainya ialah memandang wajah kedua orang tua aka ibu dan bapa.

Apabila sudah bersama keluarga,paling kurang ajak lah keluarga pergi makan – makan , dari tom yam,ikan bakar hinggalah makan sate. Apa guna kalau dapat angpow bertengkek – tengkek ,tapi kedekut  leburkan lah duit angpow kepada orang tua, pesan makanan yang paling mereka gemari walaupun hujung – hujung kita yang bedal semua sekali.

Dikampung anak – anak lah yang paling gembira sekali, keluar , masuk rumah, redah kebun main tanah, main  basikal apa sahaja permainan yang terlintas difikiran mereka kita pantau sahaja dari jauh,sepupu – sepupu mereka pasti akan menegah jika permainan itu bahaya , seperti bermain parang atau cangkul mahupun sabit, oleh itu keselamatan mereka kita tidak lah serisau , di bandar ini . nak beli Aiskrim Malaysia dekat jiran dua tiga belah rumah pun kita risau, memandangkan kenderaan dijalan raya ini.

Limau Mandrin

Suhu malam dan pagi dikampung ,tersangat sejuk . yang paling menakutkan apabila terpaksa membuang air besar dan terpaksa mandi wajib, pekara yang perlu dielakan selagi tidak memasang water heater, hehe.

Perkara yang mengembirakan menjumpai satu jenama kipas siling yang murah dan berkualiti , dengan jaminan tiga tahun, Beli dan pasang jugalah diruangan santai , dan inshaAllah aku akan mencanangkan jenama tersebut pada artikel review produk elektrik yang akan datang.

Tiga malam beturut makan kenduri tahlil, nampak gayanya aku kena berdiet. Jika tidak tak gunalah aku dok canang TEKNIK BAKAR LEMAK PANTAS , jika perut aku semankin maju kedepan.

Dan hari ini jujur aku cakap , lepas aku salam tangan, cium peluk  emak dan bapak aku , terasa hati sayu dan berat , isay dah nak kena punch card rupanya esok , Pergh rasa nak kena kerja sendiri lah gamaknya.

Salah satu cara  untuk menambah pendapatan, kepada anda yang banyak melakukan aktiviti online!  – Daftar Berkerja Diatas Talian Sekarang! –

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

21 Comments

  1. titan
    Twitter:
    February 3, 2014
  2. zik February 3, 2014
  3. mselim3 February 3, 2014
  4. khairul asrol February 3, 2014
  5. papa mifz February 4, 2014
  6. anif
    Twitter:
    February 4, 2014
  7. hafiz
    Twitter:
    February 4, 2014
  8. Manan Qayyim
    Twitter:
    February 4, 2014
  9. Hafiz Rahim
    Twitter:
    February 4, 2014
  10. Akuro San February 4, 2014
  11. Hafiszan Kamarudin
    Twitter:
    February 4, 2014
  12. Mohd Shubhi
    Twitter:
    February 5, 2014
  13. Hafizul
    Twitter:
    February 5, 2014
  14. fyna
    Twitter:
    February 5, 2014
  15. cik tom February 5, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge