Apa Yang Aku Dapat Semasa Cuti Hari Raya Korban

Terus terang aku katakan kalau balik bercuti di kampung Memang seronok apabila ia ngam – ngam untuk menyambut Hari Raya . Betul orang cakap kalau kita menatap wajah Ibu dan Ayah pasti Rezeki yang hadir seperti datang mencurah – curah walaupun bukan dengan nilai wang Ringgit tetapi dengan Nilai masa kita bersama orang Tua memang sesuatu yang tidak dapat digambarkanwalaupun setiap hari kita Berhubung dengan Talipon mana lah nak sama dengan bertentang wajah . paling kurang pun dapat mengambilkan sesuatu yang meraka hendaki di dapur.

Jujur tiga malam berturut Ahad,Isnin dan malam Hari Raya ada sahaja  tetangga aku dikampung yang membuat kenduri arwah makanya rezeki makanan ada datang melimpah ruah,. Dan kebiasaan orang kampung akan meletakan nasi sepenuh – penuh nya didalam dulang dengan meletakan lauk pauk seperti Ayam kicap, sambal goreng ,mee goreng adalah extra ikan siakap sambal. selepas membaca tahlil kami akan dihidangkan serbegini satu dulang untuk empat orang atau mukin tiga dan kami akan makan sehingga kenyang dan akan membunkus baki makanan itu untuk dibawa pulang. Dekat rumah kebiasanya akan dimakan pula oleh ahli keluarga yang tidak hadir kemajlis tahlil itu. Teringat dulu sewaktu ayah aku balik membawa bungkusan makanan seperti ini beliau akan marah jika anak – anak tidak menjawah walaupun hanya sedikit ” Nasi ambang ini ada baraqah nasi orang kenduri tahlil makan sayang nasi itu jika tidak dihabiskan” Ayat – ayat tak terkalah ayah aku sewaktu ketika dahulu.

Gulai kawah Nangka Muda

Gulai kawah Nangka Muda biasa ada kalau kenduri dikampung

Raya korban kampung aku tumbang berapa ekor ?

Jujur aku main agak tak kurang daripada 15ekor tapi bukan satu tempat oleh kerana kebanyakan orang kampung aku suka buat dirumah masing – masing untuk merasakan kemeriahan Aidiladha ini makanya mereka akan menjumput jiran tetanga untuk melakukan korban dikawasan rumah yang ingin melakukan ibadah ini. Tahun ini aku memang agak keberatan hendak pergi kerana aku rasakan cukuplah sekadar ayah dan abang aku sahaja . Bukan apa, aku tahu ramai rakan – rakan sekapal aku yang pulang kekampung dan akan datang membantu oleh itu elok sangatlah aku hanya duduk membuat kerja – kerja dirumah sahaja , siap – siap nak balik lepas solat zohor  aku akan bertolak kembali.

Gambar Buat korban Dekat Kandang Kagum dengan Brader – Brader ini Sorang-sorang je melapah

Tetapi nak dijadikan cerita Rezeki daging dan Tulang korban juga hadir apabila brother aku pulang adalah tulang – tulang dan paling yang dia ofer untuk aku bawa pulang  kepala lembu, aku tolak secara baik dengan berkata “bro aku ambil gearbox dengan rusuk ni jelah yang lain kau punya hehe” Hehe gua memang malas nak mengerjakan lagi pun gua mana nak makan ,mata,lidah ,otak ui tekak gua masih lagi mengada -ngada untuk membenarkan organ – oragan itu melaluinya.

Jadi Apa Yang Aku Dapat Semasa Cuti Hari Raya Korban ialah aku dapat lah berjumpa dengan orang tua aku, kuliah subuh , makanan yang melimpah ruah dan ops masa balik selepas aku menghulur serba sedikit wang saguhati ,emak aku adalah memberi sesampul surat yang berisi hasil daripada bahagian kebun yang telah aku warisi. Alhamdulilah terima kasih Mak, Bapak 🙂

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

24 Comments

  1. Hafizul
    Twitter:
    October 17, 2013
  2. Shubhi
    Twitter:
    October 17, 2013
  3. titan
    Twitter:
    October 17, 2013
  4. TehR
    Twitter:
    October 17, 2013
  5. wazy
    Twitter:
    October 17, 2013
  6. Irwan Alessa
    Twitter:
    October 17, 2013
  7. papa mifz October 17, 2013
  8. Mak Lagenda October 17, 2013
  9. pahan October 17, 2013
  10. blogger lelaki
    Twitter:
    October 17, 2013
  11. mohdridzwan
    Twitter:
    October 17, 2013
  12. Rina October 18, 2013
  13. Hazmin Hamudin October 18, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge