Apa yang anda perlu bawa apabila Terpaksa Menginap DIwad KPJ Pasir Gudang

Apa yang perlu dibawa apabila anda masuk wad KPJ
Siapa yang mahu duduk dalam wad. Jika boleh semua nak sehat , bergembira bersama keluarga.

Tetapi apakah daya kita apabila musibah melanda diri . Apa yang boleh kita laku kan berdoa dan redha atas ketentuanya.

Pengalaman saya sehari di hospital KPJ pasir Gudang ,menemankan anak saya.

Untuk proses kemasukan kedalam wad saya boleh angap cepat. Walaupun saya dikhendaki pergi dua kali ke bahagian admin untuk swap dan pengesahan wad.

Keadaan wad saya rasa selesa untuk yang menerima rawatan, walaupun sebilik 4 katil tetapi ia di lengkapi dengan dua bilik air yang berasingan.

Setiap katil dilengkapi dengan langsir untuk privacy dan juga set tv (sharp) untuk menghilangkan kebosanan pesakit..

Gelas ,Thermos air panas dan sebotol minerel water 1.5lliter ada juga KPJ sediakan.

Untuk setiap katil mereka hanya menyediakan sebuah kerusi untuk penjaga.

Jadii untuk keselesaan anda , berberapa barang anda perlu membawanya sendiri seperti –

Sejadah atau tikar sembahyang – untuk kemudahan pesakit yang mampu berdiri tetapi tidak kuat berjalan jauh sehingga tingkat dua (surau ).

Milo 3 in 1 atau seangkatanya bagi mereka yang mahu minum air panas.(manis) hihi sudu jangan lupa bawa sekali.

2 biji Bateries AA,AAA untuk kegunaan remote tv, kekadang remote tv tidak berfungsi dan nurse di kpj seperti susah untuk mendapatkan bekalan bateri.

Jika anda admit sebelah malam , pastikan anda membawa bekal makanan sendiri kerana pada waktu ini tiada lagi bekalan makanan yang akan di edarkan.

Dan lain – lain seperti tuala,syampu ,berus gigi untuk memudahkan anda mandi atau untuk keselesaan anda sendiri …

Dari saya apabila anda mahu cepat masuk dan cepat keluar wad, usahakan untuk membayar secara tunai..b Dan selepas itu barulah anda claim kepada pihak insurans.

Mitosnya..anda akan lebih cepat keluar wad apabila doktor sudah mengesahkanya..

Dari tingkat 6 kpj

Di bawah ini saya sertakan doa untuk keluarga , semoga kita sama – sama dapat mengamalkanya untuk kesejahteraan keluarga.. Sumber asal dari group – group whatsapp ….>

1. Ya Allah jika disaat ini, ada keluarga ku yg sakit, sembuhkan lah dia. آمِيّنْ

2. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku yg bermasaalah, beri lah jln keluar utk dia. آمِيّنْ

3. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku yg kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya. آمِيّنْ

4. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku yg bermasam muka diantara satu sama lain damaikan lah mereka. آمِيّنْ

5. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku yg sesat duniawi, kurniakan Nur kpd dia. آمِيّنْ

6. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kpd dia. آمِيّنْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga ku yg bersedih hati. kembalikan lah kecerian diwajahnya. آمِيّنْ

8. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga ku yg berada dipersimpangan jalan yg berliku, tunjukkan lah jalan yg diredai oleh Mu.

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
Mohon Engkau perkenan dan terimalah doa kami Ya Allah

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

7 Comments

  1. cik tom March 8, 2016
  2. Khair March 9, 2016
  3. Hamacaan April 15, 2016
  4. Berdaya tehnik July 26, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge