Apa Yang Kita Boleh Belajar Setelah Menonton Spiderman

0
410

Ya aku memang baru berpeluang menonton filem adiwira yang menyebabkan aku terpaksa berpusing – pusing mencari parking kereta lebih lima minit dan juga terpaksa beratur panjang persis seperti mahu membeli tudung untuk isteri yang tercinta.

Tapi Dalam banyak – banyak filem aksi superhero , Baru kinilah aku perasan kesah spiderman juga ada membawa kesah rakyat , yang mengajar kita supaya lebih berahsia daripada menujukan sesuatu kelebihan itu kepada orang lain, hatta makcik cleaner dekat ofis atau rakan yang kita angap paling budies pun kita tak boleh nak share lebih – lebih.

“Lihat sahaja Peter Parker pun tidak percayakan Harry Osborn”.

spiderman

Spiderman ada Bisnes Sendiri

Sila berhati – hati tentang bab rahsia diri. Berkongsi bab kelebihan boleh menjadikan seorang kawan makan kawan.

Khususnya di alam pekerjaan, jangan sesekali bercerita kejayaan side incoms, dapat personal projek yang boleh menghasilkan laba yang cukup tinggi. Jika nak cerita hanya cerita sikit je.

“saya ada blog yang mesra seo , bro nak beriklan diblog saya”. Itu sahaja. Kalau mereka berminat nak meminta perkhidmatan kita, mereka akan cari kita . Kalau mereka tanya berapa keuntungan . Beritahu sahaja,”lepas lah buat bayar bil- bil yang ada”.
Bukan apa kadangkan rakan – rakan kita ini umur je dah masuk alam dewasa tapi tindakan tak cukup matang. Main hembus je apa sahaja yang berada dikepala.

Tapi kalau nak share pasal teknik – teknik asas berbisnes takpe.. Kita berkongsi semasa rakan – rakan untuk memajukan ekonomi masing – masing.. Apabila sama – sama sudah mantap ekonominya barulah saya rasa perasaan hasad akan berkurangan.

Kenapa saya berkata apabila semua rakan – rakan kita punyai kuasa ekonomi , maka rakan – rakan kita akan sesama membayar zakat, sama – sama punyai masa untuk duduk di majlis – majlis ilmu. Dan apabila mereka diminta untuk memberi sedekah mereka akan mudah megeluarkan wang atau harta benda mereka kearah kebajikan.

Tetapi itu semua perlukan usaha yang keras . Dan perlukan cabang yang betul antara nya ialah dengan aktiviti perniagaan. Masuk sahaja dalam cabang perniagaan kita perlukan usaha dan doa yang berterusan supaya kita mampu mendapat hasil yang di idamkan.

Mungkin bukan seke;lip mata , tetapi apabila niat kita ikhlas untuk membantu orang lain , Insha Allah ada jalanya untuk anda mencapi apa yang anda idamkan..

Takde idea untuk berniaga, atau memulakan perniagaan?… Download 7 Idea Produk Hot!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here