Apakah Kerja Yang Paling Best

Kerja Yang Paling Best …? Susah juga nak jawab soalan ini tetapi mengikut fikiran orang ramai kerja yang paling best mesti lah kerja yang paling banyak mendatangkan income!.

Tapi betul ke kerja yang banyak mendatangkan income itu best? Yeah rata – rata daripada kita mesti cakap best. Daripada income yang banyak itu pasti kita boleh melakukan apa sahaja yang kita mahu dan yang paling pening kuasa untuk membeli kita pasti lebih besar. Dah income besar nak hulur dekat orang tua mesti senang dan paling utama nilai dia besar.

Tetapi apabila anda punya income besar sure tak kerja kau itu best pasti tak hidup kau gembira bersama keluarga.  Yelah  kebiasaan apabila kita menerima gaji yang besar tangung jawab untuk tugas itu besar.

Umpama seorang tauke yang ingin melihat perniagaan dia terus maju kehadapan, pasti dia memikirkan tentang apa projek yang boleh dibawa masuk, modal pusingan yang kukuh dan yang paling mencabar mengelola pekerja yang terdiri daripada jurutera – jurutera yang bijak pandai untuk bersatu menyiapkan projek tersebut.

Apakah Kerja Yang Paling Best

( bab kepala orang ini lah kekadang kita agak stress memikirkan karenah mereka yang kekadang melawan arahan :p)

Boss aku pernah berkata “Hendak menubuhkan company senang sahaja satu hari boleh siap , Register jer apa , Tapi nak manage dan kasi bertahan lama itulah yang kadang dalam satu masa perlu berfikir dua tiga pekara. Dan ingat  dalam satu company walau ramai jurutera pun belum tentu strong! so untuk maju memang team work mesti ada dan kau walaupun bukan sale enginear buat juga lah sikit- sikit mareting”

Ayat belakang itu kadang aku pun memang tak boleh tahan, Dari segi fikiran negatif Macam langsung tak best kerja aku ini. Tapi apabila aku fikir panjang best apa kerja macam ini walaupun hari aku hanya memasang satu dua lampu tapi oleh kerana perangai busy body aku bukan sekadar satu dua, malahan keseluruhan lampu di tempat itu aku dapat tukar .

Jadi pada waktu itu aku rasa  best, Sama juga kalau dapat duit komisyen daripada kerja menulis di blog pun best juga.

Jadi apa sebenarnya yang membuatkan kerja itu best?

Aku ada rakan sekerja yang sama – sama masuk company tempat aku kerja ini , kiranya aku hanya lewat dua minggu daripada dia,  Satu kali dia ada pergi satu terminal petroleum sebagai wakil kontraktor elektrik dan adalah dari kontraktor civil,pump dan lain – lain lah. maka mereka berbual tentang berapa lama mereka telah berkerja untuk syarikat masing – masing.

Rata – rata mereka memberi jawapan tiga atau empat paling lama lima tiba giliran rakan saya menjawab lebih sepuluh tahun mereka terus “Wahhh ini sudah kira tahap dewa nih..”  Ya mereka mengulas memang terlampau lama macam kerja dengan gov.

Jadi apabila rakan sekerja akumenceritakan kesah ini aku pun terfikir yeah nampaknya memang kerja dekat sini lah yang paling best . Gaji tepat, waktu solat! , solat, makan, makan! ada hal peribadi boleh excuse me. Jadi apa lagi yang aku nak.

Sementara masih gembira di sesuatu syarikat tempat anda kerja itulah dikira kerja yang paling best.

Kerja kerajaan juga best , Lagi – lagi kalau dapat masuk program Pencen”

Anda ingin Maklumat Kerjaya Kerajaan , Sila isikan nama dan Email anda disini

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

8 Comments

  1. Akuro San November 29, 2013
  2. ohcikgu
    Twitter:
    November 29, 2013
  3. BukhariMalek November 29, 2013
  4. sabree hussin November 29, 2013
  5. Hairul Hissam November 30, 2013
  6. Zuan November 30, 2013
  7. Hafizul
    Twitter:
    December 3, 2013
  8. Rina December 4, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge