Asal Usul Nama Roti John..

Semalam, Tak tahu pula kenapa pula aku boleh nak terbeli Roti John. Dibazar Ramadan berhampiran tempat aku. Gerai Roti John memang adalah dua,tiga tinggal gerak hati sahaja yang memilihnya.

Roti John panjang disini RM5, Alhamdulilah sedap juga ,ayah dan ibu seorang makan sepotong, selebihnya anak – anak punya, mereka boleh suka ๐Ÿ™‚ .

Roti John

google Image

Jadi oleh kerana mereka suka apa kata kita google bahan – bahan untuk menyediakanya manalah tahu nanti nak buat sendiri:

Bahan-bahan ย Roti ย John ( 4-6 orang )

250gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telor
sedikit butter
Roti Perancis /Roti Hot Dog (Tapi saya lihat roti john ini ada dijual)

Cara – cara pandai — pandai lah agak mana satu yang patut dimasak dan mana satu yang patut ditepek dengan roti. Pada sayalah bahan – bahan asas itu kita memang boleh ikut , tapi kalau nak lebih special kena lah pandai – pandai lah nak tambah itu ini, janji lepas siap boleh terabis makan . itu sahaja.

Oh sebelum saya terlupa saya ada juga terbaca kesah asal usul Roti John ini. Asal dari Singapura rasa memang conform tapi cerita nya saheh ke tak itu aku tak pasti.

Asal Usul Nama Roti John

dalam sekitar tahun 70an, pegawai tentera British di pangkalan laut (Naval Base) di Sembawang (Singapura) gemar makan di sebuah gerai dan selalu memesan telur dadar yg dicampur bawang dan memakannya dengan roti.. pesanan yang dibuat tanpa nama kadang menyulitkan pembantu gerai.. maka yang empunya gerai makan itu pun terfikir, apakah nama yang patut diberikan untuk resepi kegemaran mat salleh ni supaya mudah dibuat bila dipesan..

akhirnya tuan punya gerai itu telah mendapat idea dan menamakan resipi khas itu “Roti John” lengkap degan sos cili untuk hidangan mereka. Ketika itu juga dikhabarkan ramai mat salleh (pada waktu itu ramai gadis-gadis Melayu berpacaran dengan mat salleh yang dikhatankan). Mereka juga digelar dengan “John”… maka itulah sejarah ringkas Roti John yang terkenal ketika itu di Singapura… Wallahua’lam ~

p/s: Anda mahu belajar membuat roti atau pau ? Jika berminat anda bolehlah melayari lamanย Rahsia Bun, Pau dan Pizza

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

25 Comments

  1. akubiomed July 21, 2014
  2. Mohd Shubhi
    Twitter:
    July 21, 2014
  3. titan
    Twitter:
    July 21, 2014
  4. cik amal
    Twitter:
    July 21, 2014
  5. anif
    Twitter:
    July 22, 2014
  6. Prof John July 23, 2014
  7. Farid Laham
    Twitter:
    July 23, 2014
  8. Azwan Anuar
    Twitter:
    July 23, 2014
  9. TehR
    Twitter:
    July 24, 2014
  10. Ammar
    Twitter:
    July 24, 2014
  11. sabree hussin July 24, 2014
  12. Nadot July 25, 2014
  13. Mummy Dina August 5, 2014
  14. hafiz
    Twitter:
    August 5, 2014
  15. suri August 5, 2014
  16. Denaihati August 6, 2014
  17. Tok bali March 10, 2017
  18. Belang Tarung June 6, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: