Asal Usul Nama Roti John

Asal Usul Nama Roti John

Semalam, tak tahu pula kenapa pula aku boleh nak terbeli Roti John. Dibazar Ramadan berhampiran tempat aku. Gerai Roti John memang adalah dua,tiga tinggal gerak hati sahaja yang memilihnya.

Roti John panjang disini RM5, Alhamdulilah sedap juga ,ayah dan ibu seorang makan sepotong, selebihnya anak – anak punya, mereka boleh suka 🙂

Jadi oleh kerana mereka suka apa kata kita google bahan – bahan untuk menyediakanya manalah tahu nanti nak buat sendiri:

Bahan-bahan Roti John ( 4-6 orang )

250gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telor
sedikit butter
Roti Perancis /Roti Hot Dog (roti hotdog yang paling banyak diguna untuk roti john ini )

Cara – cara pandai — pandai lah agak mana satu yang patut dimasak dan mana satu yang patut ditepek dengan roti. Pada sayalah bahan – bahan asas itu kita memang boleh ikut , tapi kalau nak lebih special kena lah pandai – pandai lah nak tambah itu ini, janji lepas siap boleh terabis makan . itu sahaja.

Oh sebelum saya terlupa saya ada juga terbaca kesah asal usul Roti John ini. Asal dari Singapura rasa memang conform tapi cerita nya saheh ke tak itu aku tak pasti.

Asal Usul Nama Roti John

Dalam sekitar tahun 70an, pegawai tentera British di pangkalan laut (Naval Base) di Sembawang (Singapura) gemar makan di sebuah gerai dan selalu memesan telur dadar yg dicampur bawang dan memakannya dengan roti.. pesanan yg dibuat tanpa nama kadang menyulitkan pembantu gerai.. maka yang empunya gerai makan itu pun terfikir, apakah nama yang patut diberikan untuk resepi kegemaran mat salleh ni supaya mudah dibuat bila dipesan..

Akhirnya tuan punya gerai itu telah mendapat idea dan menamakan resipi khas itu “Roti John” lengkap degan sos cili untuk hidangan mereka. Ketika itu juga dikhabarkan ramai mat salleh (pada waktu itu ramai gadis-gadis Melayu berpacaran dengan mat salleh yang dikhatankan). Mereka juga digelar dengan “John”… maka itulah sejarah ringkas Roti John yang terkenal ketika itu di Singapura… Wallahua’lam ~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge