Asas penjimatan penghawa dingin yang patut anda tahu

Asas penjimatan penghawa dingin….

Perasaan tak apabila anda lihat paparan cuaca di google , ia akan tertulis ” contohnya seperti 31°C Feels like 36°.
Saya tak pasti ia merujuk kepada apa , Tetapi kalau dari segi pemahaman Bahasa Melayu saya seperti Suhu 31°C tapi rasa macam 36°.
Betulkan saya ya jika saya tersalah peneranganya.

Tapi apa yang saya tahu cuaca di negara tercinta kita memang panas dan lembab. Dengan purata suhu cuaca 35°C dan tahap kelembapan hampir 100%,
Mana mungkin anda tidak mahu memasang unit penghawa dingin di kediaman anda.

Walaupun sebenarnya unit penghawa dingin ini lebih penting dipasang di bilik tidur dari mana – mana ruangan yang lain. Tetapi terpulanglah kepada anda untuk memasangnya dimana – mana yang anda rasa sesuai. Janji bukan didapur atau dibilik air sudah lah.

Ok kita fokus penjimatan elektrik penghawa dingin dibilik tidur . Ini kerana waktu hendak tidur inilah yang kita perlukan keselesaan supaya kita boleh tidur dengan nyenyak dan selesa supaya pagi – pagi kita sudah boleh bangkit dari tidur untuk memulakan pagi yang indah.

Lagipun orang dulu – dulu kata kalau kita bangkit awal pagi rezeki akan lebih mudah dijemput dari bangun lewat.

Ok untuk penjimatan tenaga elektrik

Saya syorkan anda membuka kipas angin dahulu dan buka pintu atau tingkap untuk menolak haba panas keluar dari bilik. Selepas itu barulah anda on Aircond. Berapa lama terpulanglah kepada anda . Jika saya tak sampai pun lima minit. On kipas masuk bilik air terus on aircond.

Set masa tidur – Benda ini pasti ramai yang dah tahu tetapi ada yang buat – buat lupa .Biasanya kia set dalam satu hingga dua jam bergantung kepada masa yang kita perlukan untuk tidur. MAcam biasalah kalau kita masih sedar kita memang perlukan suasana dingin . Kalau dah tidur manalah kita akan rasa apa – apa kecuali tahu – tahu dah pagi.

Tips diatas perlu diguna pakai dengan kipas siling jika tidak , tips ini tidak akan berjaya kerana jika suhu bilik meningkat secara drastik anda juga akan terjaga dan sekali lagi anda akan menghidupkan aircond. Dan proses penyejukan akan berlaku dimana compressor aircond akan berjalan lagi.  Disini akan menyebabkan bil elektrik anda akan melambung.

Sama juga dengan point kenapa kita tidak digalakan untuk mensetkan suhu dibawah 20°. Ini kerana compressor akan terus bekerja disebabkan mahu mencapai suhu bilik tersebut. Jadi untuk kes sedemikian anda memang tidak digalakan untuk mensetkan suhu dibawah 20° ,Kecuali anda menetapkan masa tidur dalam sejam itu sahaja.

Asas penjimatan penghawa dingin

Asas penjimatan penghawa dingin

Dan untuk anda yang ada  memasang unit penghawa dingin ini. Sila lah rajinkan diri untuk membersihkan filter pada unit dalaman dan buat jadual berkala untukmembersihkan condensor pada unit luar. Ini adalah untuk kebaikan anda supaya aircond akan sentiasa berfungsi dalam keadaan terbaik walaupun ia sudah bertahun anda pasang.

Oh yang untuk anda yang belum ada penghawa dingin dan ingin meamasngnya , Sila lihat dulu halaman jualan mereka . Lihat komen atau riveiw mereka dan pastikan ada tertera perkataan energy saving. Jika anda tidak mahu membeli yang ada inverter.

Antara contoh laman jualan yang saya boleh beri ...Aircond Murah 1HP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge