ASNB – Tolong Lah Jangan Bazirkan Waktu Aku

Ada sesiapa tak yang main – main kirim untuk menyimpan atau menambah simpanan dekat akauan ASB?

Seingat aku pada bulan – bulan yang lepas wakil yang hendak menolong menyimpan kedalam akaun ASB perlu membawa  surat kebenaran yang telah dicop jari pemilik akaun. Pada mula system ini berlaku mulut aku pun macam sudah menyembur –yembur ,”Apara orang nak simpan dui tapa bukan nak keluar duit pun nak kena ada surat pengesahan ke?, Seingat aku kalau Tabung Haji atau bank lain tak kira lah janji bukan keluar tak payah lah nak pakai – pakai surat.

Aku ada juga melihat dekat web site ASB, ha ah la dia ada letak sesiapa yang ingin mekemas kini melalui wakil perlu melengkapkan borang untuk pengesahan.

KEPADA PEMEGANG UNIT YANG DIHORMATI
Adalah dimaklumkan bahawa ASNB bertanggungjawab sepenuhnya melindungi dan
menjaga kerahsiaan maklumat semua pemegang unit selaras dengan
penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Sehubungan itu, berkuatkuasa pada 05 Julai 2013, semua pemegang unit yang ingin
mengemaskini buku pelaburan mereka perlu hadir sendiri ke kaunter bagi
melaksanakan urusniaga tersebut.

Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang unit ingin membenarkan pihak ketiga
untuk mengemaskini buku pelaburan mereka, pemegang unit perlu mematuhi perkara
berikut:

Melengkapkan Borang Kebenaran Wakil yang boleh didapati di kaunter-kaunter
Cawangan ASNB atau dimuat turun melalui www.asnb.com.my

Wakil yang dilantik adalah dikehendaki membawa Borang Kebenaran Wakil
beserta buku pelaburan pemegang unit ke cawangan-cawangan ASNB atau
cawangan-cawangan ejen ASNB semasa membuat pengemaskinian buku
pelaburan.

Terima kasih

Amanah Saham Nasional Berhad

Dan Semalam apabila aku ingin melakukan penyimpanan, apa yang berlaku surat pengesahan itu sudah tidak laku sama sekali jika tidak ditanda tangani oleh ketua kampong atau jkk yang setaraf dengan nya.

Tolong lah ASB kita orang nak buat penyimpanan pun perlu ka sampai ketahap seperti mahu meminta pengesahan apa bila memohon BRIM, atau kau memang nak tengok orang tua aku yang  dah tak larat nak berdiri lama – lama untuk melakukan caruman. Kau tak kesian ke dengan kebanyakan rakyat yang berkerja industri yang masa rehat dia hanya 40 minit untuk makan dan berehat semata – mata untuk melakukan simpanan tetap yang tinggi – tinggi setakat RM100, Tak boleh kah dengan hanya sekadar nilai yang tak seberapa  itu dikirim oleh wakil – wakil yang mereka  percayai , yang aku percaya kebanyakanya daripada ahli keluarga sendiri.

Kekadang Rakyat yang gaji hanya cukup – cukup makan pun mahu menyimpan walau pun sedikit tapi setiap bulan tetap, dengan duit itu lah hujung tahun nanti boleh dipandang – pandang untuk kegunaan hari yang akan mendatang.

click-here Pakej kertas kerja Perniagaan Bumiputra

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

16 Comments

  1. anif
    Twitter:
    October 26, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      October 26, 2013
  2. Abdur Rozak October 26, 2013
  3. Irwan Alessa
    Twitter:
    October 26, 2013
  4. papa mifz October 26, 2013
  5. Zuan October 26, 2013
  6. Farzli
    Twitter:
    October 26, 2013
  7. hafizmd
    Twitter:
    October 26, 2013
  8. blogger lelaki
    Twitter:
    October 27, 2013
  9. kakiblog October 28, 2013
  10. Hazmin Hamudin October 29, 2013
  11. TehR
    Twitter:
    October 30, 2013
  12. sabree hussin October 31, 2013
  13. titan
    Twitter:
    February 4, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge