Bagaiman saya menguruskan renovasi banglo idaman saya

Alhamdulilah raya ini dapat lah merasa suasana dirumah baru.

Haha tajuk tu saja je saya tulis, Mana lah tahu dalam masa yang akan datang saya mampu memilikinya ­čÖé .

Jujur seminggu sebelum hari raya saya sudah start berpindah kerumah baru saya. Saya beli dah lebih dua tahun oleh kerana macam susah je nak sewakan saya ambil keputusan untuk renovate dan duduk sendiri.

Serius banyak juga wang yang telah dibelanjakan untuk membuat renovasi.

Cadang asalnya nak tambah bilik dekat ruangan atas !

Pasal owner lama dah ada buat sedikit renovasi untuk melebarkan ruangan atas jadi kita sambung je lah apa yang mereka tinggal kan.

Lagipun kalau nak dikira – kira tak lah banyak sangat yang kami perlukan untuk modal.

Kebetulan saya sendiri memang dari bidang Elektrik dan Isteri pula memang dah lama dalam bidang civil.

Dengan kepakaran kami insha allah tak banyak lah yang kami akan keluarkan. Barang semua kita beli sendiri dari pengeluar.

Kita tinggal pilih kontraktor yang sudah menghantar sebut harga. Yang ini sebenarnya kami kena buat sendiri kontrak dia.

Alah contoh kan banyak dekat opis tinggal ubah suai sikit je. Kalau tak pun kita boleh tanya lebai google.

Dengan kontrak itu barulah kita boleh lindungi diri sendiri , supaya tidak ada percangahan antara kita dan kontraktor yang akan membuat renovasi rumah.

Macam mereka janji dua bulan tapi kerana mereka tamak , banyak sangat ambil projek,.Rumah kita dah nak masuk tiga bulan pun belum siap.

Kita jangan tertipu . Memang benda yang kasar – kasar ni mereka buat sekejap je.

Laju ,tak sampai tiga minggu nampak macam dah nak siap. Tapi tu la kita cepat sangat teperdaya dengan benda yang depan mata, benda kasar.

Benda yang halus lagi mulus ni kita tak nampak lagi . Yang ini lah biasanya mengambil masa . pasal benda yang halus ini “Tauchu – tauchu je yang boleh handle” (pekerja mahir).

Budak – budak mereka paling hebat pun skim atau melicinkan permukaan.Yang lain mereka sekadar bancuh simen dan angkat simen bersama batu.

Bagaiman saya menguruskan renovasi banglo idaman saya

Antara ruangan dapur yang tak berapa nak siap.

Waktu ini lah kita dah macam singa yang kelaparan , lagi lah kalau dah masuk bulan puasa mana tak hangin kalau kerja tak on progress. Alasan mereka ,Nak buat kerja takde barang.

Bull shit kerja lain banyak lagi nak kesah kan satu barang yang tak berapa penting, tu la alasan mereka yang saya pangkah. Waktu tu oder , waktu tu juga nak barang memang lah tak dapat kena lah sedikit masa.

Sebab tulah penting kita siap sedia dengan kontrak bertulis. Jadi tak delah benda – benda yang tidak dinginkan akan berlaku. Jangan cakap kerja sedikit atau banyak yang penting kena tulis dan buat salinan untuk pihak dia dan kita.

Orang zaman sekarang bukan boleh nak percaya sangat , Hatta member kamching sekalipun. Kebanyakan kita pun bukan nya alim sangat, tak macam orang – orang sufi yang akan menjaga janji dan segala tingkah laku, Sampai mereka nak minum dekat kedai pun mereka berjaga – jaga kalau tauke nya bukan islam mereka tak akan sudi mampir minum.

Dari itu kenalah beringat, seperti saya . Ingat nak sikit je tapi dah merebak jadi macam – macam .
Time inilah kontraktor rumah saya senyum je. Depa kata yes V.O.

Oleh itulah budget renovasi dah terover sikit. Budget dekorasi dah tinggal sikit.

Nak hias – hias kena budget – budget ja … Tak boleh nak over sangat ..Semuanya pakat google ..Walaupun tak boleh lah nak dapat yang tepat ,pasal semua harga memang kaw-kaw.

Nak beli bean bag yang ada tawaran sampai 70 persen pun tak jadi pasal harga penghataran dah dua kali lipat harga asal barang.

Lihat murah kan harganya – tapi dia punya charge delivery …pergh hangpa kalau tak caya boleh lihat sendiri dari sini

Kesudahanya mengalah lah juga. Kena baca juga ebook Deco. Beli barang murah – murah dekat kedai DIy dan serbaneka. Baru setel.

p/s :- Hangpa nak grab ebook ini boleh terus je Klik dari SINI.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

9 Comments

  1. anuar July 1, 2017
  2. titan
    Twitter:
    July 3, 2017
  3. rujukan
    Twitter:
    July 4, 2017
  4. Ksjb July 5, 2017
  5. Ikhwan
    Twitter:
    July 6, 2017
  6. raihanah July 6, 2017
  7. mrhanafi July 8, 2017
  8. Syakilla Azam July 13, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Daftar emel dan langgani newsletter dari blog Onlajer.com secara percuma untuk informasi terkini.

You have Successfully Subscribed!

%d bloggers like this: