Bagaimana Rakyat Asing Boleh Survive Dengan Hanya Bisnes Aiskrim

Sedar mahupun tidak, ramai rakyat asing di negara kita yang telah hidup dengan senang malah menjadi lebih kaya. Pada masa yang sama kita sendiri ketinggalan jauh dibelakang mereka. Apakah yang sebenarnya mereka lakukan sehingga Berjaya seperti itu?

Sering kita lihat, rata-rata di kalangan mereka mengeliling kampung dan taman dengan menaiki motor, hanya  untuk menjual aiskrim. Zaman saya kanak – kanak ,ada juga yang sanggup berbasikal semata-mata mahu menjual aiskrim.

Peniaga Aiskrim

Rakyat kita pula semakin memilih untuk mengelak daripada melakukan pekerjaan ini. Ramai yang berpendapat bahawa menjual aiskrim tidak memberikan pulangan yang besar. Ada juga yang berasa malu dan beranggapan pekerjaan ini berkelas rendah”(Low class bro)”. Tetapi pernahkah sesekali kita mengkaji tentang kebenarannya? Ataupun sekadar tekaan dan jangkaan sahaja.

Apa yang menjadi persoalannya adalah bagaimana rakyat asing ini boleh bertahan hanya dengan berniaga aiskrim? Mengapa pula mereka memilih untuk berniaga aiskrim?

Pada hakikatnya, apa yang kita tidak pernah tahu bahawa berniaga aiskrim ini amat sesuai bagi mereka yang tidak pernah berniaga, tetapi mahu berniaga sesuatu. Tambahan pula berniaga aiskrim ini terlalu mudah dimana tidak memerlukan skill dan pengalaman yang tinggi, hanya dengan membunyikan loceng dan tanya nak beli aiskrim apa. Buktinya rakyat asing itu sendiri tidak mahir berbahasa melayu tetapi mampu menjual aiskrim.

Selain daripada itu, menjual aiskrim sebenarnya satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Malah aiskrim itu sendiri mudah untuk dibuat. Kebanyakan rakyat asing ini membuat aiskrim hasil daripada resepi mereka sendiri. Mana tidaknya, barang mentahnya sahaja boleh dibeli di kedai runcit.

Cuba kita bayangkan, hanya dalam masa sehari sahaja aiskrim dapat dijual dalam lingkungan 100 unit. Sekiranya sebiji aiskrim berharga RM1.00, sehari sahaja boleh mendapat keuntungan sebanyak RM100. Itu kalau RM1.00 sebiji. Ada juga aiskrim yang berharga RM2.00. Sebulan sahaja mereka boleh mendapat pulangan sehingga EMPAT angka. Itu tidak termasuk jualan di majlis-majlis perkahwinan. Mereka yang hadir ke majlis perkahwinan sahaja sudah mencecah 1000 orang ke atas dan rata-rata daripa mereka yang hadir akan membawa kanak-kanak dimana mereka inilah yang menjadi sasaran untuk meraih keuntungan. Mereka juga mempunyai strategi perniagaannya sendiri. Seperti contoh menghias atau mengubah suai kenderaan mereka supaya kelihatan menarik untuk menarik perhatian kanak-kanak.

Jadi tidak hairanlah sekiranya rakyat asing di tempat kita mampu bertahan dengan berniaga aiskrim. Orang Bangla cakap melayu pun tak lancar niaga aiskrim, 2 tahun sudah mampu membuka kilang aiskrim sendiri. Orang kemboja niaga aiskrim boleh buat rumah banglo sendiri. Orang Pakistan dulu jual aiskrim naik basikal sekarang dah ada pajero.

Dimana pula letaknya bangsa kita sendiri tatkala rakyat asing ini mampu meraih keuntungan yang besar di negara kita sendiri. Adakah kita yang sangat memilih dalam melakukan pekerjaan?

Kebanyakan rakyat asing yang datang ke Malaysia mempunyai satu tekad atau niat untuk mencari rezeki yang mereka sendiri tidak akan dapat di negara mereka dan secara tidak langsung ingin memperbaiki taraf kehidupan mereka. Dengan tekad inilah mereka mempunyai usaha dan semangat yang tinggi untuk meraih rezeki walaupun dengan hanya niaga aiskrim.

Kita juga mampu Berjaya seperti mereka malah lebih maju lagi kehadapan sekiranya mempunyai usaha dan azam yang tinggi.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

12 Comments

  1. Noriza Rahman
    Twitter:
    November 19, 2015
  2. zik November 19, 2015
  3. titan
    Twitter:
    November 20, 2015
  4. suri November 20, 2015
  5. Azzahairi November 21, 2015
  6. Ikhwan
    Twitter:
    November 22, 2015
  7. Admin November 22, 2015
  8. Faizul Ali November 23, 2015
  9. Wan Zawawi
    Twitter:
    November 25, 2015
  10. Suhimi Nain
    Twitter:
    December 2, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge