Bangla

Malam tadi aku tak sempat nak tengok TV lepas Isyak, basuh – basuh cincai kereta aku terus belayar sampai subuh. Arghh tak sempat aku nak tahjud dan layan Raden Kian Santang dekat TV MNC. Terpengaruh habis aku dengan cerita purba Indonesia.

Pagi ini masuk kerja sahaja kecoh kawan – kawan aku menunjukan video bukti ada pengundi bangla yang hendak mengundi kena halau , oklah pada aku dah kena halau apa nak lagi.  Pilihanraya pun dah lepas apa, tak perlulah kita nak ulas – ulas lebih panjang itu bukan kerja kita. Yang dah menang itu pun dah mula nak kerja supaya rakyat lebih kaya dan lebih sejahtera.

Aku ada kenal seorang yang berpangkat atuk dia kata sepanjang usia dia baru kali ini parti yang disokong menang dan kalau kalah pun dia takde rasa apa pun sudah biasa apa bukan ada apa-apa pun kalau kalah atau menang makan masih makan , kerja sikit – sikit tu buat la tapi yang penting amal ibadah itu yang sentiaasa perlu dipertingkatkan, betul kan ? aku pun jawab engeh… (bahasa java halus yang bermaksud ya…)

Apa kena Bangla?

Ohh, aku ada berberapa kenalan bangla semuanya pernah kerja sebagai general worker tempat aku  nak kata ramai tidaklah cuma cukuplah untuk satu team 7-11.  Ada seorang ini kira dia ini pik up sikit masa mula sampai Malaysia cakap melayu yang di pandai hanya makan,minum , rehat, balik dan ada ot., nak suruh buat kerja kita kena lah tunjuk sikit dengan gaya badan bercampur cakap seperti ayam dengan itik. stress gila woo kalau orang tak faham apa yang kita cakap.

Setelah berberapa tahun bangla ini berkerja, mula lah terdetik dihatinya bahawa gaji yang dibayar tidak setimpal dengan kerja yang dibuat, Mohon naik gaji Boss dengan kadar bawah 1k mana la nak cukup dengan kos sara hidup dicampur dengan wang yang perlu dihantar ke kampung. Dan boss saya kata kita dah bayar cukup tinggi dicampur dengan rumah,permit dan pasport tak cukup lagi ke , kamu kena berjimat. pergh laju je ayat pembunuh yang keluar dari mulut boss aku nih.

Jalan pintas budak bangla ini pun cabut dan mula kerja dengan satu kontraktor bumiputra, Alhamdulilah dia kata gaji pluss ot ada la lebih kurang 2k keatas cukup la aku nak pakai dengan hantar balik kampung handphone pun boleh tukar yang sentuh  – sentuh.

Tapi nampaknya panas tak sampai petang bangla ini terpaksa diberhentikan, mungkin disebabkan bisnes bumi itu berlaku penyusutan, aku takdenya nak tanya, cuma bangla itu ada datang ketempat aku mohon kerja , dengan angkuhnya ditolak mentah – mentah oleh boss aku dengan nada suara yang agak tinggi, pada aku tak nak tak boleh ke cakap baik – baik. ahh lantak koranglah.

Tapi itu tak penting yang aku nak cerita walaupun kau Bangla ke , Melayu ke Cina ke , India ke , 1Malaysia ke, yang penting kena usaha untuk memajukan lagi diri kita sendiri jangan nak rasa selesa sangat dengan apa yang kita ada walaupun harta bukan boleh dibawa kesana at least cuba lah ikut kata pepatah ini kita beribadah seperti esok kita sudah tidak ada lagi dan kita berusaha seperti kita hendak hidup seribu tahun lagi tak gitu.
credit:naufalgroups.blogspot

Bangla itu apa cerita?

Bangla itu dah dapat kerja dah gajipun macam budak lepasan ijazah, aku percaya beb pasal skill dia dah ada dan dengar cerita dari budak bangla yang kerja dengan aku dia dah jadi tauke hostel yang dimana boss aku sewakan untuk meraka. woo hebatlah dengan usaha dan tawakal kepadanya dia sudah dikira berjaya.

Terhangat minggu ini:-

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

33 Comments

  1. Oneblogsocial May 7, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      May 7, 2013
  2. Hairul Azni
    Twitter:
    May 7, 2013
  3. hafizmd
    Twitter:
    May 7, 2013
  4. cik tom May 7, 2013
  5. Wan Mohd Hafiz May 7, 2013
  6. titan
    Twitter:
    May 7, 2013
  7. munir ardi
    Twitter:
    May 7, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      May 9, 2013
  8. akubiomed May 7, 2013
    • hafizmd
      Twitter:
      May 8, 2013
      • onlajer
        Twitter:
        May 9, 2013
  9. Khairul Zamri
    Twitter:
    May 7, 2013
  10. kakiblog May 8, 2013
  11. boni kacak May 8, 2013
  12. suri May 8, 2013
  13. auc
    Twitter:
    May 8, 2013
  14. HafizAmri May 8, 2013
  15. Hafizul
    Twitter:
    May 9, 2013
  16. Asyrof Asri May 9, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      May 10, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge