Batang Buruk Special Pontian

Penghujung tahun 80an sewaktu kakak saya belajar disebuah pusat kemahiran kraftangan di Terengganu, apabila pulang berhari raya pasti akan membawa kueh Batang Buruk.

Oleh kerana sudah tiga ,empat kali raya kakak sentiasa membawa batang buruk tersebut, Jadi tersematlah dikepala kueh Batang Buruk itu berasal dari pantai Timur. Manalah tahu rupanya batang buruk berasal dari Riau dan memang popular diseleruh Johor.

Dan hendak dijadikan cerita kenapa kakak dulu sentiasa bawa pulang kueh tersebut apa bila pulang berhari raya ialah Beliau dan rakan serumahnya memang membuat Bisnes Kueh Batang Buruk.
(hahaha sekarang baru aku tahu)

Zaman itu dengan Harga RM5 sahaja boleh diperolehi dengan kadar kuantiti sekarang , tetapi memadangkan harga bahan mentah sudah semangkin meningkat terpaksalah mereka menaikan harga mengikut pasaran semasa.

Resepi Lisan yang saya perolehi dari Kakak saya

Kulit Batang Buruk
Tepung Gandum
Air
Margerin

Uli tepung Gandum seperti ingin membuat inti karipap, Canai dan gulung biarkan semalaman dan goreng sehingga kekuningan. Simpan dalam bekas , Hanya masukan Serbuk Kacang Hijau apabila sudah bersedia untuk dipasarkan atau dimakan.

(Nak senang mereka gunakan Kulit Popia)

Inti Batang Buruk
Kacang Hijau Tanpa Kulit
Gula Halus

Sangai kacang hijau sehingga kekuningan, Biarkan sejuk ,kisar dan campurkan gula halus.

Okey itulah serba ringkas cara penyediaan Batang Buruk.

Jadi Dimana perginya Batang Buruk Special Pontian?

Ini dia Batang Buruk Special Pontian

Batang Buruk Special

 

Batang Buruk Special Pontian, adalah kueh batang buruk yang telah dihasilkan oleh ipar kepada kakak saya. Dan sewaktu Hari Raya Puasa Dan Raya HaJI memang dikhabarkan tempahan untuk kueh ini memang agak tinggi, Dan saya sebagai kerabatnya adalah juga mendapat barang sebungkus sebagai hadiah dan santapan sewaktu menonton TV.

Sebarang Pertanyaan Dan Juga Tempahan Isi  Maklumat Pada Borang Ini

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

24 Comments

  1. titan
    Twitter:
    August 6, 2014
  2. akubiomed August 6, 2014
  3. TehR
    Twitter:
    August 7, 2014
  4. MK Kimi
    Twitter:
    August 7, 2014
    • onlajer
      Twitter:
      August 7, 2014
  5. Mohd Azuan
    Twitter:
    August 7, 2014
  6. hafiz
    Twitter:
    August 7, 2014
  7. Ismail N
    Twitter:
    August 8, 2014
  8. Hafizul
    Twitter:
    August 8, 2014
  9. zara August 8, 2014
  10. suri August 9, 2014
  11. Farid Laham
    Twitter:
    August 9, 2014
  12. Hero Borneo August 9, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge