BBQ Santai di Pantai Batu Layar – Aktiviti percutian rakan sekerja

Semua orang mesti sudah tahu , pekara yang paling disukai oleh rakyat makan gaji di negara ini adalah Cuti, lagi best kalau cuti itu jatuhnya pada cuti hujung minggu atau sebelum dan selepasnya.

Disebabkan cuti yang bergabung dengan hari minggu , kita akan dapat lebih masa untuk pergi kemana – mana bersama keluarga atau insan yang tersayang. Ataupun boleh lama sikit lepak dekat rumah hihihi..

Jadi kalau dapat cuti umum dekat tengah – tengah seperti Selasa,rabu ,khamis mesti tak dapat nak bergerak jauh sikit. Paling kuat pun setakat melawat pasaraya yang bertingkat – tingkat dan pergi menonton wayang.

Namun bergitu , untuk anda yang tinggal di sekitar pasir gudang ataupun Johor Bahru, anda boleh lah buat akjtiviti berkelah , bakar – bakar ayam sambil makan mee siam dan nasi himpit.

Disebabkan adanya lebuhraya senai desaru, aktiviti BBQ santai boleh dilakukan dengan jayanya. Dari Tanjung balau menghala ke sedeli ada sahaja pantai – pantai yang boleh kita lawati untuk aktiviti riadah bersama keluarga.

Untuk aktiviti 1 mei 2018 yang jatuhnya di hari selasa, saya dan rakan – rakan sekerja telah bersepakat untuk mengadakan aktiviti BBQ santai bersama keluarga.

Seperti biasa hidangan utama nya adalah ayam disebabkan ikan dah naik harga. Ditambah dengan makanan proses seperti sosej dan daging burger aktiviti bakar – bakar ini sudah seperti cukup bagus untuk mengeratkan silaturohim antara keluarga rakan sekerja.

Sebenarnya aktiviti seperti ini tidak perlu mengunakan budget yang mahal – mahal, cukuplah sahaja dengan ala kadar, apa yang boleh kita sediakan tanpa membebankan diri kita.

Kira jumlah peserta , buat sedikit kira – kira dan kelaurkan budget sama rata. mudah sekali. dan jika ada yang nak tambah apa yang perlu mengikut sumbangan peribadi silakan tiada paksaan.

Apa yang penting kita hepi…

Lokasi yang kami pilih untuk aktiviti BBQ ini adalah di Batu Layar,.

Jangan tanya apa sebabnya, walaupun dekat group wasap saya seperti penganjurnya, tapi hakikatnya saya follow the flow
Malas nak fikir jauh – jauh nanti takut tak jadi. Lagipun aturcara bbq ini adalah pergi dari pasir gudang dalam sekitar jam 7.30 hingga penat balik lah.

Dari rumah hingga Batu Layar mengambil masa perjalanan sejam dengan kelajuan santai – santai. Takde apa pun nak dikejarkan kecuali tapak perkhemahan.

Yang lain kita angaplah cepat pergi, cepat bakar ayam,cepat masak,cepat mandi,cepat balik. Petang nanti boleh tidur untuk mengembalikan tenaga.

Rakan saya dari sabah kata , bagusnya selepas mandi – manda dekat laut kta tidur dulu baru balik . Baru ala – ala mat salleh dan confirm tak ngantuk balik drive nanti.

Ya memang benar pasal lepas makan , mandi pastu makan lagi mana tak mengantuk. lepak weh…

 

 

 

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

3 Comments

  1. mar mansor May 20, 2018
  2. Wan Zawawi
    Twitter:
    May 20, 2018
  3. sunah sakura May 24, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge