BERSIHKAN DEMOKRASI DENGAN BERSIH 3.0 ?


Bersih kembali menghangatkan landskap politik tanahair. Kali ini Bersih 3.0 bergerak dengan slogan “Duduk Bantah”. Setelah segala persiapan dilakukan sejak beberapa minggu yang lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bersama pakatan pembangkang kini di dalam keadaan sudah bersedia untuk mengadakanhimpunan Bersih 3.0 yang bertujuan untuk menuntut kerajaan mengadakan pilihanraya secara bersih dan adil.Pembangkang masih tidak berpuas hati dengan beberapa perkara berhubung PRU-13 menyebabkan mereka menyokong penuhpenganjuran Bersih 3.0 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 28hb April 2012 nanti.
Cerita selanjutnya disini

Tapi yang aku suka adalah fakta ini
Wahai kaum Muslimin! Kita telah menyaksikan bahawa secara faktanya, pilihanraya memang tidak pernah membawa perubahan daripada sistem kufur kepada sistem Islam, walaupun dengan hanya satu hukum hudud. Umat Islam, baik dari parti sekular mahupun parti Islam telah membuang tenaga dan waktu serta telah membazirkan wang yang begitu banyak semata-mata kerana berebut kekuasaan di pentas demokrasi. Inilah sebenarnya kehendak Barat di dalam memastikan umat Islam terus berpecah dan tidak kembali kepada Islam. Sungguh sayang apabila umat Islam masih tidak sedar bahawa segala kemelut dan kesengsaraan mereka selama ini adalah akibat penerapan sistem demokrasi ke atas mereka.
Kita telah melihat bagaimana rejim sekular di seluruh dunia yang berkuasa tidak akan sanggup ‘menyerahkan’ kekuasaan mereka dengan begitu mudah melalui sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Malah mereka sanggupmelakukan apa sahaja tindakan keji demi memastikan mereka terus kekal berkuasa, bermula dari penipuan, rasuah, ugutan, pergaduhan sampailah ke tahap pembunuhan. Justeru, masihkah kalian berharap bahawa jalan demokrasi-pilihan raya ini adalah satu-satunya jalan yang terbaik untuk kalian melakukan perubahan, walhal telah terbukti sudah berapa kali kalian tersungkur. Rasulullah SAW bersabda, 
“Tidak selayaknya seorang Mukmin itu tidak dipatuk dari lubang yang sama dua kali” [HRBukhari& Muslim].
Kita memang sudah tidak mahukan pemerintahan yang sedia ada kerana tidak berhukum dengan Islam, namun kita mahu menolak dan menggantikan mereka dengan jalan Islam yang telah diajar oleh Rasulullah SAW dan bukannya dengan jalan demokrasi yang diajar oleh Barat.
NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

2 Comments

  1. CIK TOM April 27, 2012
  2. onlajer April 28, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge