Blogging is a Team Sport

Ya saya mengaku hari ini baru pertama kali saya membaca tajuk “Blogging is a Team Sport”. Apa kah sebenarnya maksud yang tersirat oleh pencadang entri ini memang saya sendiri sukar untuk menafsirkan pengertianya kerana pendapat saya sepatutnya tajuk nya itu “Blogging is a Team Work”. Baru ramai yang akan terus tahu apa yang nak disampaikan oleh pencadang tajuk ini.

team sport

-Blogging Innovation

 

Tapi tak kisahlah mungkin tahap pemahaman aku tak setinggi  otai – otai blogger ataupun bahasa – bahasa anak muda yang super awesome ini. Apa yang saya ingin katakan ialah memang benar sebagai blogger baru atau masih suam – suam kuku ini kekadang mesti berkerja secara berkumpulan jika ingin lebih berjaya dan ternama lainlah jika memang sudah rezeki kita hari ini post satu  entri atau program affiliate terus ramai yang datang dan membeli dari link itu dan seterusnya bolehlah mengeluarkan entri tentang kejayaan sehari memanglah anda tidak perlu untuk membeli panduan berblog hatta menyertai mana – mana kumpulan secara automatiknya ramai yang berdoyon – doyon ingin menjadikan anda mentor atau ketua. Tapi saya rasa mustahil orang yang bergerak secara bersendirian akan mampu berjaya dalam sekelip mata mesti ada kadar masa yang diperlukan untuk berjaya.

Dahulu saya juga pernah membuat kesilapan yang besar bergerak secara bersendirian walaupun saya punya bahan untuk disampaikan. Saya menerbitkan entri tetapi saya tidak mempunyai rakan untuk bertanya  adakah  entri ini perlu ping ke halaman sosial  atau sebaliknya .  Musibahnya entri dihalaman blogspot  dalam seminggu langsung takde komen malahan lebih sedih lagi trafik langsung takde langsung membuatkan rasa hampa nampak gaya saya harus mencari kawan jika saya memang nak teruskan aktiviti berblog dan seterusnya ingin juga menjana pendapatan, Saya bermula mencari rakan berblog dari memberi komentar sehingga mencari kenalan facebook yang mempunyai hobi yang sama dan ada juga menjadikan aktiviti berblog ini sebagai pekerjaan sepenuh masa dari situ lah saya belajar dan cuba mengikut rentak mereka untuk menghasikan pendapatan dan yang paling utama trafik . Dari situlah berangap bahawasanya jika kita membuat kerja secara berkumpulan peratus peningkatan mahupun jualan akan meningkat.

Jadi kesimpulanya berkerja secara bersendirian memang agak membebankan lagi jika kita seorang yang baru atau kurang mempunyai ilmu untuk bercerita atau menarik perhatian para pembaca. lebih – lebih lagi kita perlu bersaing dengan laman – laman social seperti facebook,twiter atau pun portal berita yang memang sudah ampuh dan otai – otai yang memang sudah punyai nama diarena berblog ini.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

24 Comments

  1. azwan September 12, 2013
  2. Rina September 12, 2013
  3. sabree hussin September 12, 2013
  4. titan
    Twitter:
    September 12, 2013
  5. Irwan Alessa
    Twitter:
    September 12, 2013
  6. Izzuddin Fauzi
    Twitter:
    September 12, 2013
  7. Mohd Shubhi
    Twitter:
    September 12, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      September 13, 2013
  8. kakiblog September 12, 2013
  9. blogger lelaki
    Twitter:
    September 13, 2013
  10. akubiomed September 13, 2013
  11. wazy
    Twitter:
    September 14, 2013
  12. Hazmin Hamudin September 16, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge