Botok Udang Gambut Superb!

Hujung minggu lepas memang aku tak pergi bukit jalil kena balik kampung tengok wajah orang tua lebih afdal dari keluar RM100 tambang dan tiket JDT vs TRW. Buat kenduri kesyukuran dan arwah Ramadhan kan dah dekat .

Ntah kenapa lah aku hari Minggu lepas nih walau hujan agak lebat aku paksa juga brother aku pergi menanguk udang parit gambut, Aktiviti zaman remaja aku apa bila ada masa terluang.

Tapi beza sekarang dan dahulu parit – parit banyak ditumbuhi rumpai air atau lumut jadi nya udang – udang memang banyak sekali. Dengan berbekal tudung saji dan pongkis aku , brother anak saudara tanpa fikir panjang kedebus masuk dalam parit, ala paras pingang jer paling dalam, Jangan kan lumut rumut pun takde . Takpe ada kesan – kesan rumput kering dekat tebing kasi sauk sikit dengan pongkis. Alamak bro seekor dua jer pastu halus jer hampa dah aku nih .

Tapi aku gagahkan juga menyusuri tebing dan oklah walau pun tidak seperti zaman dahulu sekali sauk 7,8 ekor besar kelingking budak senang – senang dapat, tapi sekarang 2,3 ekor kecik sikit dari kelingking budak aku ambil sahaja lah.

Adalah jumpa berberapa ekor sebesar ibu jari aku.

IMG_1461

Takpelah yang peting misi hari ini cari udang parit gambut untuk buat botok.

Resipi Botok Udang :-

Udang – secukup rasa (aku dapatlah barang sekilo)
1 biji kelapa muda parut
sebiji bawang merah sederhana – dicincang
seulas bawang puteh – dicincang
serai – ambik bahagian putih – dicincang
daun limau purut-hiris halus
cili padi – dicincang atau biar kan sahaja
Daun kunci – sehelai dicincang (sila google jika tidak mengetahuinya)

Daun pisang
Lidi

Cara Penyediaan :
Gaul rata semua bahan
Setelah sebati bungkus dengan daun pisang.Lebih kurang seperti orang membungkus tapai sewaktu dahulu
Kukus 30 menit sampai masak.

IMG_1464

Makanan ini memang superb satu masa dahulu dekat kampung aku , makan dengan nasi putih lauk ikan kering tambah dengan petai memang susah lah nak cakap so sodap.

IMG_1466

Terus terang aku cakap udang parit ini memang jarang orang dapat makan rasanya pun memang manis dan sedap. Tapi agak sayang lah disebabkan pengunaa racun rumpai yang macam tak terkawal specis udang parit gambut ni mcam hampir pupus.

<center

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

13 Comments

  1. wazy
    Twitter:
    July 3, 2013
  2. Norfanil
    Twitter:
    July 3, 2013
  3. boni ultra kacak July 3, 2013
  4. titan
    Twitter:
    July 3, 2013
  5. Denaihati July 3, 2013
  6. TehR
    Twitter:
    July 4, 2013
  7. suri July 4, 2013
  8. suri July 4, 2013
  9. kakiblog July 4, 2013
  10. Hafizul
    Twitter:
    July 4, 2013
  11. PerenLee July 4, 2013
  12. azwan July 4, 2013
  13. Azie July 4, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge