Buat duit dengan belajar berjimat dari rumah

Hahah sepatutnya tajuk yang saya perlu tulis adalah “Simpan duit dengan belajar berjimat” Ada pulak saya tulis buat duit dengan berjimat dari rumah. Ingat ini jobdarirumah ker”

Bukan sebenarnya saya sengaja nak kongsi bagaimana pengalaman berjimat cermat dapat membuahkan hasil yang boleh digembirakan. Saya tak nak sebut banga kerana banga diri ini sifat yang tidak baik. Cukuplah saya katakan Syukur kerana saya dapat apa yang saya inginkan setakat ini.

Kalau tak letak setakat ini , munkin keinginan saya akan lebih banyak dan tiada penghujung dan kalau nak cerita munkin akan berjela – jela lah hendaknya tulisan blog ini.

Okeh kita cerita pasal saya ada terbaca , Di kawasan saya Pasir Gudang dan Johor Bahru mereka mendakwa kos sara hidup sangat tinggi.

Makan tengah hari sahaja dekat kebayan atau boleh dikata food court awam boleh jejak RM8. Saip air lah tu. Pergh.. mahal gila. Kalau tak lihat dan rasa makanan yang di ambil.

Kita yang dengar akan terus menghukum , Mahal ,cekik darah nak mam… hahaha semua ayat – ayat yang kurang elok akan terkeluar dari mulut kita. Zaman sekarang siap VIRAl..

Tapi kalau memang betul dan pasaran nya memang sudah seperti itu , nak buat macam mana?

Dulu – dulu pun nak sewakan rumah teres setingkat 3 bilik RM300 pun orang tak nak, Sekarang RM600,700 orang laju jer nak sambar. Siap boleh manipulate supaya boleh untung atas angin lagi.

Nak salahkan mereka , tak boleh juga , mereka pun cari makan , tentang hukum , biar lah yang lebih arif menerangkanya , boleh atau tidak cara seperti ini.

Apa yang patut kita lakukan adalah bagai mana nak serap kos yang sentiasa meningkat setiap tahun.

Orang kata niaga lah online , tapi masalahnya apa yang kita nak niagakan pun tak tahu, Yang tahu hanya berhuhu.

Tak salah pun , Kita pun tahu anda keluar ketempat kerja pun ada yang seawal jam 6 atau 7. Bergantung kepada syarikat yang anda berkerja. Dan setting minda anda perlu ot , jika nak lebih dan itu saya tidak nafi kan. Kalau takde ot pun masih boleh part time KFC. Yang penting ada usaha..

Cadangan saya untuk mengurangkan kos dalam seharian anda berkerja adalah dengan membawa bekal makanan anda sendiri.

So simple , tak perlu hebat – hebat cukup lah sekadar yang simple – simple dan kalau boleh kering.

Saya yakin jika anda hanya nasi putih berlauk kan sambal tumis telur dadar, waktu – waktu lapar pasti anda akan sentiasa berselera.

Kena paksa diri kita untuk memasak dan memakan makanan yang kita bawa, Insha Alllah dalam masa lima tahun tahun sahaja anda akan nampak perbezaan nya.

Malah dalam masa seminggu sahaja anda boleh nampak perbezaan duit dalam kocek . Syaratnya anda kena konsisten, takde ngeteh – ngeteh dekat luar. Sediakan bekal secukupnya hatta time waktu minum pagi dan petang.

Saya memang pernah mengamalkanya selama 9 tahun , memang istiqomah , waktu minum pagi dan petang pun saya tak nak pergi. lepak je dekat site atau opis. Unless kalau kawan tu dah beriya nak belanja kita.

Biasanya waktu peringkat awal kawan – kawan akan kutuk , seperti nak naik haji balik hari, Tapi apa jua yang mereka katakan adalah sebagai pembakar semangat untuk menyimpan sebanyak yang munkin dari duit perbelanjaan makan minum di kantin ataupun di kedai kopi.

Tak tahu nak masak apa? Beli lah buku masakan nak seperti ini..

Idea Bekal ke Pejabat – Menu Asia

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

4 Comments

  1. Kisah si dairy July 24, 2018
  2. Sis Lin July 24, 2018
  3. zool
    Twitter:
    July 31, 2018
  4. sunah sakura August 5, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge