Cara pemasangan Shower Air Murah dikediaman anda.

Balik kampung sebulan sekali atau dua kali, Pasti nya menjadi salah satu rutin untuk kita semua yang masih ada orang tua.

Sebulan sekali kita pulang ke kampung halaman pasti akan mengembirakan perasaan orang tua.
Demam dan sakit sendi mereka secara automatis hilang entah kemana disebabkan pulang nya kita menjenguk ayah dan ibu.
Silap hari bulan bermacam juadah makanan akan tersedia disebabkan kehadiran kita. Selalunya biasa – biasa je.

Jadi kita ini sebagai anak , jika balik tidak usah lah hanya melepak dan keluar rumah berjumpa dengan rakan – rakan sahaja. Masa yang berharga ini kita habiskan bersama dengan mereka.

Ada eloknya kita bersih – bersihkan halaman rumah, sapu – sapu sampah, betulkan apa – apa yang patut dan kalau boleh, kita yang kuat ngeteh ni ajak mereka ngeteh sama – sama.

sekurang nya dapat lah mereka melihat – lihat apa yang ada diluar ni sekarang. pasti mereka tak pernah perasan budak – budak ramai dekat meja , tetapi mereka tidak berbual, masing – masing pakat tunduk bawah seperti bertafakur hihihi. Tidak seperti mereka dahulu kalau sembang boleh siap tangan bersilat untuk memberitahu sesuatu.

Okeh disebabkan saya juga selalu balik , saya pun ada juga buat DIY untuk bilik air lama kami yang berada diluar rumah. Maklumlah zaman sekarang bilik air diluar rumah jarang sekali diguna, kalau bukan di hari raya.

Bilik air luar rumah ni yang jadi macam terbiar, takde sapa pun yang sudi nak bersihkan atau buat apa yang patut. Time nak guna je menjajau cari baldi dan timba.

Oleh kerana itu saya pun cuba – cuba buat sesuatu untuk bilik air luar ini.

Bilik air ini tiada shower dan selalu je baldi dan timba entah hilang kemana., dari situ kita buat lah satu usaha untuk memasang shower dengan kos yang paling minima.

Cara pemasangan Shower Air Murah dikediaman anda.

Bahan – bahan

Pipe 1/2″ 4mtr , Minta orang kedai potongkan dalam empat inchi dan dua inchi dari bahagian pipe 4mtr kita supaya kita tidak bersusah payah mencari gergeraji.
1/2″ elbow , sebelah ada benang = 2
Tee 1/2″ = 1
Valve 1/2″ = 1
Shower = 1
Pipe clip = 4 ( bergantung kepada keperluan)
Gam pipe
Sealing tape (white tape) =1

Barang – barang yang saya beli ini tidak termasuk adjustable , dalam lingkungan bawah RM20. Bergantung kepada kedai Hardware.

Anda boleh juga menyemak Harga alatan dan aksesori pipe dari Halaman Jualan aksesori pipe.

Aksesori pipe yang saya beli ini hanyalah sesuai untuk pemasangan yang palaing ringkas dengan mengunakan sumber outlet air yang asal , Maksudnya dari pili paip yang telah tersedia ada . Hanya saya gantikan dengan TEE untuk dijadikan cabang pipe air shower dan pili air biasa.

Untuk melihat bahan sila rujuk gambar yang saya sediakan dibawah ini, bagi tujuan pemasangan dan pemahaman.

Gambar pemasangan Shower Air .

Pergh berkarat bilik air

Cara pemasangan Shower Air Murah dikediaman anda

Ni ha barang yang kita dah beli

Antara komponen paip air yang tengah dipasang

Siap

Ok kan mudah tak sampai 30minit pun buat ini. Ka;lau anda semua nak buat tapi masih nak lihat budget boleh sahaja terus…Semak harga aksesori paip dari sini.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

2 Comments

  1. Aina January 11, 2018
  2. anuar January 11, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge