Cara Remaja Menghasilkan Wang Saku

0
1036

Cuti Merdeka yang lalu , saya ada lah menjemput anak – anak buah balik kampung. Dengan umpan “paman belanja makan sate puas – puas  hehe”. Maka suasana dirumah orang tua menjadi riuh seketika dengan kehadiran anak cucu dan menantu.

Antara topik perbualan kami ialah ebook belajar autocad semudah abc yang masih lagi tertanguh penghasilanya dan cerita penuntut yang duduk dekat asrama apabila larut malam akan meredah dari satu blok ke satu blok untuk mencari alas perut. Apa sahaja yang mereka boleh jumpai dari meggi , biskut meriee hingga keRoti kalau ada mereka mesti nak beli.

Pergghhh banyak betul duit budak – budak sekarang ini ya, mesti ada yang PANDAI MENCARI PRODUK – PRODUK HOT.

Saya  tak tahu lah macam mana keadaan dulu dan sekarang duduk asrama, Apa yang saya tahu zaman dulu-dulu bisness Meggi dan produk keluaran Philips morris sahaja yang biasa kami niagakan. Lain dari itu mungkin kalau baru balik dari kampung bolehlah bawa kerepek pisang atau kerepek ubi sire untuk diniagakan .Alhamdulilah dapat lah wang saku lebih sikit…

Zaman dah berubah, sekarang mesti kena lebih kreatif untuk menghasilkan wang saku. rasanya dengan hanya berbekalkan handphone, Laptop dan wifii percuma mesti korang mampu menghasilkan wang. Salah satunya dengan Program Yang Tengah Panas Ini.

Jadi nasihat untuk anak – anak muda . Anda ada satu kelebihan yang mampu menjana pendapatan? Jangan segan silu untuk mempromosikan. sekalipun anda hanya mampu mengambil upah untuk membasuh pakaian didobi layan sendiri.

Previous articleSiri Belajar Asas Autocad EXTEND Dan TRIM
Next articleCara Reset Samsung Tab 10.1
Blog onlajer telah mula bersiar pada tahun 2012. Blog ini asalnya banyak bercerita tentang nota pembelajaran elektrik fasa satu. Dari situ ia terus berkembang menjadi blog teknikal lifestyle yang jarang - jarang anda baca. Semoga perkongsian yang di muat naik blog onlajer dapat memberi manfaat kepada pembaca sekelian. Sebarang maklumat yang ada disini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis . Dan ada juga blog post yang diterbit mengandungi maklumat yang diambil dari laman web yang akan dinyatakan pada artikel tersebut. Sebarang maklumat yang diguna pakai adalah tertakluk kepada risiko anda sebagai pembaca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here