Cenderahati Pengundi?

Yeah janji telah ditepati cukup sampai tempoh parlimen akan dibubarkan. Dengan pengistiharan yang telah dilakukan oleh perdana Menteri kita pada pagi semalam statik kata kunci untuk mengundi akan menjadi kata kunci yang paling pantas dimuka google. Rakan – rakan blogger yang membuat post tentang Semakan Daftar Pengundi pun pasti mendapat trafik mencurah – curah seperti blogspot ini.

Buat Duit Dengan Jobdirumah

Tahun ini gua mendapat hatrik bermana sudah tiga kali mengundi , cuma bengangnya kalau balik kampung untuk mengundi kawan – kawan sekapal mesti tanya kau tadi dapat duit minyak untuk balik mengundi. Sedangkan minum kopi dekat cawan biru dan makan kueh dekat pingan hijau, tak de apa – apa pun kosong je, tapi Alhamdulilah perut penuh juga rezeki balik mengundi dan jumpa kawan – kawan lama.

Satu – satu nya cenderahati yang saya perolehi adalah baju T yang dengan tak malunya saya minta disebabkan payung pihak penaja sudah tiada. sampai sekarang ada berlipat dalam lemari dari yang memerintah hingga yang hendak memerintah full collection.

Cis balik – balik baju “T” ,payung, Lencana dan poster wakil rakyat untuk dibuat alas dekat boot kereta andai balik membawa ole – ole .

Rasanya tahun ini aku mohon kepada wakil rakyat tak payah la korang nak bazir – bazir buat poster bagi lencana baju, takde maknanya kalau baju tu kau bagi aku ambil nak pakai rasanya buat tidur bolelah itu pun kalau kain dia sedap dan gua tak rasa panas atau gatal kalau tak simpan untuk penuhkan gerobok je, ada rezeki boleh buat kain buruk.

Paling aku tak suka lencana mampuih aku tak akan pakai walaupun aku pangkah. Kalau itu payung ok la kot kalau hujan boleh juga pakai  memandangkan Malaysia ini sekarang pagi panas terik petang boleh hujan selebat – lebatnya.

Tapi bab pasang poster banyak – banyak ni aku tak gemar pasang sana , pasang sini last – last campak juga dekat api, itu belum cerita bergaduh tapak pasang poster, upah budak rempit kehulu hilir bawak bendera mebazir sahaja. Semua  duit itu bagi dekat aku lagi bagus sebagai rakyat yang suka janji ditepati tahu la gua nak perabihkanya.

Bukan apa pada aku la korang pasang banyak – banyak poster ke bendera ka tak de maknanya orang yang nak mengundi nih dah set dekat kepala otak mereka mana parti yang dia nak pangkah lagi – lagi otai – otai kampung aku kalau A , A sahaja lah sampai azali tak akan berubah hati, pasang beribu poster pun tak – tak kalau fikiran dia akan berubah kecuali wakil rakyat ini berdoa , berdoa dan berdoa Inshaa Allah kalau memang dah rezeki dia nak memimpin pastinya itu tulisnya…

Terhangat Minggu Ini

Buat Duit Dengan Blog
NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

19 Comments

  1. Oneblogsocial.com April 4, 2013
  2. titan
    Twitter:
    April 4, 2013
  3. mancai April 4, 2013
  4. wazy
    Twitter:
    April 5, 2013
  5. WRizuan
    Twitter:
    April 5, 2013
  6. Hazmin Hamudin April 5, 2013
  7. hafiz
    Twitter:
    April 5, 2013
  8. hafizmd
    Twitter:
    April 6, 2013
  9. Hafizul
    Twitter:
    April 7, 2013
  10. Khairul Zamri
    Twitter:
    May 2, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge