Pandangan Seorang Bapa Terhadap Cikgu Faizah

Aku ada baca artikel tentang Cikgu Faizah dekat terus terang, penulis nya mengatakan cikgu – cikgi zaman sekarang banyak sangat kerjanya. Banyak masa duduk depan PC daripada duduk minum kopi sambil menanda buku latihan. “Patut pun list buku wajib beli banyak , Tapi sampai hujung tahun pun masih banyak kosong lagi”.

Rasanya setuju jugalah dengan kenyataanya , dekat kawasan perumahan aku , Ada dua  sekolah rendah yang jaraknya tak sampai lima kilometer  , untuk darjah satu sahaja dah melebihi sepuluh kelas dengan purata tiga puluh lima murid. Haha jenuh lah cikgu – cikgu nak isi borang .

sekolah

Pastu cikgu – cikgu ini, tak serupa keadaanya dengan cikgu – cikgu kampung zaman 80,90an. Nak ajak main bola, Rewang, Kenduri ,Tahlil mereka pasti akan on, tak kira lah rela atau rela paksa. Cikgu sekarang yang sebaris dengan lorong rumah aku pun, nak nampak muka pun susah.

Tapi semangkin lama anak – anak berada di bangku sekolah , membuatkan aku semangkin faham tentang tugas guru – guru diluar waktu pembelajaran. mereka memang banyak kerja . sampaikan nak cari extra money dari kelas tiusyen ,Jobdirumah mahupun MLM mereka tidak sempat. Mungkin yang dulu aktif berblog dah tak sempat nak berblog lagi.

Psikologi seseorang untuk Berjaya 

Sekarang Kalau cikgu bagi nombor telepon pun , aku rasa mereka tak suka apabila mak bapak telepon dia orang tentang permasalahan anak – anak, kalau ajak makan sea food oklah. Aku pernah kena, masa anak aku darjah satu, aku pernah telefon cikgu menanyakan pasal buku, cikgu tu ada jawab, lembut sahaja suaranya, tapi esok dia pesan dekat anak – anak supaya SMS sahaja, jika ada apa-apa. Pergh baru aku tahu cikgu sekolah kebangsaan tak sama dengan cikgu sekolah tadika yang mesra alam.

Selepas dari kes itu aku tak lagi telepon, kalau anak aku tertinggal buku , aku sendiri akan pergi dekat kelasnya , of course lah dengan kebenaran pak guard. Cikgu – cikgu dulu , walaupun rotan dan pembaris kuning lekat ditangan, tapi aku rasa kemesraan mereka terhadap anak murid dengan ibu bapa,persis seperti Cikgu Faizah model iklan susu itu.  Mereka semangkin suka jika ibu bapa yang datang mendekati mereka, dengan ayat “Cikgu nak denda ke apa cikgu buatlah asal tak patah riuk budak ini sudah lah”.

Bergitu mesra dan gembira cikgu Faizah buat sisi penerangan tanpa tekanan kerja, Murid – murid  dan bapa murid pasti gembira.

Situasi keadaan bergini pasti Tauke kelas tiusyen swasta suka, Kerajaan pun suka dengan cukai perniagaan, Tempat aku sahaja sudah tak terkira,Tingkat dua bangunan kedai pejabat , banyak kelas – kelas tiusyen yang beroperasi, tinggal nak pilih Duniawi atau yang islamik. semua ada.

Sampai isteri aku meminta aku cari kelas tiusyen yang terbaik, untuk anak aku yang baru umur lapan tahun.  Pergh pengaruh nak kan akedemik  cemerlang saagat tinggi sekarang. Aku bukan nya tak mampu nak hantar pergi tiusyen, tapi macam kesian dekat budak ini. Pagi sampai petang kena masuk kelas, malam lagi nak kena masuk kelas, bila masa budak ini nak siapkan kerja sekolah, tengok TV, manja – manja dengan mak ayah. Zaman aku pun aku kena paksa masuk kelas malam, tapi sekadar kelas membaca Al-Quraan , Sampai waktu isyak, lepas itu boleh lah, macam – macam.

RAHSIA CIKGU VATERAN MEMENANGI TENDER SEKOLAH!  – KLIK SEKARANG! –

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

16 Comments

  1. titan
    Twitter:
    February 13, 2014
  2. Bahrain
    Twitter:
    February 13, 2014
  3. Paly
    Twitter:
    February 13, 2014
  4. azwan
    Twitter:
    February 13, 2014
  5. mselim3 February 13, 2014
  6. mohdridzwan
    Twitter:
    February 13, 2014
  7. reezluv February 14, 2014
  8. Hafizul
    Twitter:
    February 17, 2014
  9. Introducer maybank September 20, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge