Contoh Kertas Kerja Untuk Memulakan Perniagaan

Memulakan Perniagaan , memang pening jika sekali pun belum pernah mencubanya.
Perasaan takut tak laku ,takut rugi,takut barangan yang dijual tidak memuaskan hati pelangan dan sebagai nya akan menghantui diri apabila baru nak mula mencuba berniaga.

Usah risau rezeki itu sebenarnya akan datang apabila sudah sampai masanya, tinggal usaha anda untuk menjemput rezeki dengan bermula daripada sekarang.

IDEA MEMULAKAN PERNIAGAAN

Dari seorang rakan saya, Beliau bercerita dengan saya bagaimana dulu beliau baru nak mula belajar berniaga. Dengan bermodalkan sebuah meja kecil bekas ais ,beliau bermula dengan menjual air kotak yang direndam dengan airbatu. Kawasan kegemaranya sudah tentulah dikawasan riadah ,taman bunga tempat orang petang – petang atau dihujung minggu datang jogging dan bersenam.

Bermodalkan antara RM16 Hingga RM18 untuk sekarton Air Kotak Bersama Air Batu , Anda boleh meraih keuntungan sehingga RM6. Hanya letak , tunggu dalam sejam dua . Jika tidak habis kemas bawa balik esok boleh cuba lagi.

Contoh perniagaan yang boleh untuk dan tidak berisiko tinggi, Anda juga boleh mengunakan teknik rambo apabila ada keramaian atau pesta – pesta ditepi pantai. Cari port yang terbaik untuk park kereta ,buka boot dan pacak. Lebih – lebih risiko yang anda akan hadapi biasanya soal siasat dari penguatkuasa tempatan.

Berlakunya hal sedemikian , apa yang anda boleh buat, Minta maaf dan berkata “Maaf Encik Saya Baru Nak Belajar Berniaga” dan minta izin untuk meneruskan perniagaan , jika diminta membayar yuran, anda boleh membayarnya jika mampu,jika tidak lebih baik terus berkemas untuk pulang sahaja.

Bergitulah Asam Garam untuk belajar berniaga, Tetapi jika anda serius untuk memulakan perniagaan yang sebenar dan mahu idea bersama kertas kerja yang sebenar , anda bolehlah Mendapatkan Panduan 33 Jenis Kertas Kerja Perniagaan 100% Siap dan Boleh Diedit mengikut keperluan anda.

Idea Kertas Kerja Perniagaan

Kepentingan Rancangan Perniagaan

1. Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal.

2. Mengkaji dan menilai sama ada perniagaan yang akan dijalankan berdaya maju atau sebaliknya.

3. Meyakini pihak tertentu bagi mendapatkan sumber pembiayaan kewangan.

4. Menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian.

Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan

Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan. Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:

1. Usahawan

Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

2. Bank

Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.

Untuk Maklumat Lebih Lanjut – Kertas Kerja Perniagaan

Di kesempatan ini juga saya nak share 10 motivational quote untuk renungan bersama;

1) “The Way Get Started Is To Quit Talking And Begin Doing.” -Walt Disney
– Ini adalah kata- kata seorang businessman yang menjadikan dunia ini lebih ceria untuk kanak- kanak.

2) “The Pessimist Sees Difficulty In Every Opportunity. The Optimist Sees Opportunity In Every Difficulty.” -Winston Churchill
– Bila ada idea bisnes jangan selalu lihat pada masalah sahaja yang menyebabkan anda berhenti tetapi fikirkan peluang daripada cabaran tersebut.

3) “Don’t Let Yesterday Take Up Too Much Of Today.” -Will Rogers
– Bila anda rasa down- anda perlu cepat recover/pulih dan cepat- cepat kembalikan semangat anda.

4) “You Learn More From Failure Than From Success. Don’t Let It Stop You. Failure Builds Character.”- Unknown
– Jangan jadikan kegagalan sebagai penghalang tetapi jadikan ia sebagai ilmu dan pengajaran untuk hari ini dan hari esok.

5) “It’s Not Whether You Get Knocked Down, It’s Whether You Get Up.” – Inspirational Quote By Vince Lombardi

6) “If You Are Working On Something That You Really Care About, You Don’t Have To Be Pushed. The Vision Pulls You.”- Steve Jobs
– Apa visi dan kejayaan yang anda ingin capai?

7) “People Who Are Crazy Enough To Think They Can Change The World, Are The Ones Who Do.”- Rob Siltanen
– Mungkin visi untuk mengubah dunia terlalu besar tetapi sekurang- kurangnya marilah berusaha mengubah hidup sendiri dan keluarga.

8) “Failure Will Never Overtake Me If My Determination To Succeed Is Strong Enough.”- Og Mandino
– Sekali lagi jangan biarkan kegagalan hari ini dah masa lampau menghantui anda menyebabkan anda tidak lagi mengusahakan idea- idea anda.

9) “Entrepreneurs Are Great At Dealing With Uncertainty And Also Very Good At Minimizing Risk. That’s The Classic Entrepreneur.”- Mohnish Pabrai
– Berani mengambil risiko tetapi pada masa yang sama anda tahu berapa besar risiko yang anda sanggup tanggung.

10) “We May Encounter Many Defeats But We Must Not Be Defeated.”- Maya Angelou
– Maya Angelou adalah aktivis hak kemanusiaan. Ada juga aktivis yang dedicate seluruh hidup mereka untuk mempertahankan dan menyuarakan kebimbangan terhadap kepupusan
haiwan dan kemusnahan alam sekitar.

Semoga dengan perkongsian ini anda akan lebih bersemangat dengan melihat idea- idea bisnes yang boleh anda ikuti.

Jom dapatkan kertas kerja Bisnes dari sini – Soft copy Pakejniaga untuk bisnes anda.

p/s – Kepada yang mahu membuka perniagaan dan menceburi bidang kontrak kerajaan, sama ada secara pembelian terus, sebutharga atau tender. Saya kongsikan dengan anda satu ebook yang lengkap dan penuh informasi tentang kontrak kerajaan. – Perolehankerajaan.com

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

7 Comments

  1. Ani Haryani May 27, 2015
  2. islam di dadaku
    Twitter:
    May 28, 2015
  3. titan
    Twitter:
    June 8, 2015
  4. Azzahairi July 28, 2015
  5. akudantransformers September 3, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge