Cornflakes Madu Badam Anak Dara

Adakah anda seorang yang mengemari kuih raya yang berasaskan bijirian. Jika ia, anda pasti menyukai Kuih Cornflakes Madu Badam.

Kuih yang ringkas dan sedap untuk dimakan semasa menonton tv bersama keluarga. Lebih – lebih lagi dipadankan dengan minuman kegemaran kita .

Cornflake yang rangup disaluti dengan madu bersama pecahan badam menjadikan satu makanan ringan yang berasaskan bahan yang berkhasiat memang sangat baik untuk dijadikan cemil – cemilan seisi keluarga.

Cornflake madu

Apabila saya menulis sahaja tentang kuih cornflakes ini, saya terus memikirkan bertapa kuih ini sepatutnya ada disimpanan dimeja makan untuk dijadikan juadah minum petang atau malam.

Bukan hanya untuk menyambut lebaran, tetapi untuk juadah harian sepanjang tahun.

Lebih – lebih lagi anda sudah tahu khasiat sebenar cornflakes,madu dan juga badam. Jadi untuk kuih seperti ini saya rasa anda tidak akan rugi membeli atau membuat nya sendiri.

Anda mahu resepi kuih Cornflakes Madu Badam ini ?
Dibawah ini saya lekatkan

Bahan – bahan :-

5 cawan cornflakes
80gm butter
3 sudu besar penkek syrup
3 sudu besar madu
3 sudu besar gula pasir
1 cawan hirisan kacang badam yang telah di panggang

Adunan cornflake

Cara Menghasilkanya : –

cairkan butter dalam kuali. masukkan penkek syrup, madu dan gula

masak dengan api perlahan sehingga berbuih. masak lagi dalam 1 minit

masukkan cornflakes dam badam. gaul sebati masukkan adunan dalam loyang pembakar yang di alas degan kertas minyak

bakar dlam 15-20 minit atau sampai naik bau harum nya

keluarkan dari oven. guna senduk dan gaulkan perlahan cornflakes yang masih panas itu supaya cornflakes terlerai elok
sejukkan dan masuk dalam balang yang kedap udara
Ringkas bukan bahan dan cara membuatnya.

Jujur saya memang membeli sahaja. Lebih – lebih lagi yang membuat dan menjualnya anak saudara saya sendiri.

Resepi homemada cornflakes badam madu terbaik!

Jadi dikesempatan ini saya ingin mempromosikan Cornflakes Madu Badam untuk mereka yang tinggal di sekitar Johor Bahru.Pasir Gudang,Kempas,Skudai dan Taman U.

Anda boleh menepahnya pada halaman Facebook Cornflakes Madu Badam Anak Dara.

Hasil homemade ini InshaAllah sedap,Rangup dan menyelerakan.

Nota Jari :

Untuk anda yang sedang tercari – cari oven untuk membakar kuih , anda boleh lah survey kedai oven terbaik untuk anda memilih jenama dan harga yang paling sesuai untuk anda, Klik pada pautan ini —> Survey Jenama dan Harga Oven

Butterfly BEO-1128 Electric Oven 28L

Contoh Oven yang berada dipasaran —->Model Butterfly BEO-1128 Electric Oven 28L

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

11 Comments

  1. Ani Haryani July 2, 2015
  2. akmal rusydi
    Twitter:
    July 2, 2015
  3. sabree hussin July 2, 2015
  4. Mek ila Jual Vitamin July 3, 2015
  5. suri July 4, 2015
  6. Hafizul
    Twitter:
    July 5, 2015
  7. ridhwan July 6, 2015
  8. kaki pelangi July 7, 2015
  9. myliferia
    Twitter:
    July 29, 2015
  10. Noriza Rahman
    Twitter:
    July 30, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: