Cuti Haji Pekerja Sektor Swasta

Assalamualaikum.

Ikhtiar Rezeki

Tahun 2012 sudah masuk Bulan yang kesembilan manakala bulan syawal juga sudah melewati setengah bulan. Ini bermakna bakal – bakal haji sudah mula membuat kenduri doa selamat dan membuat persiapan untuk ke Tanah Suci. Alhamdulilah bagi jemaah – jemaah yang terpilih Aku ucapkan semoga mendapat haji yang mabrur disana. Sebenarnya topik yang aku ingin ketengahkan adalah berkaitan dengan Cuti Haji bagi pekerja swasta. aku cubalah tanya lebai google tentang permasalah ini tapi rasa agak hampa kerna tidak banyak artikel yang menjelaskan permasalahan ini.

salah satu artikel aku dapat dari myMetro  Global

Pekerja swasta berhak dapat cuti bergaji tunai haji

JEDDAH: Kakitangan sektor swasta berhak mendapat cuti bergaji selama 10 hingga 15 hari untuk menunaikan haji sekali dalam tempoh perkhidmatan, kata jurucakap Kementerian Buruh, semalam.

“Kakitangan layak mendapat cuti bergaji tidak kurang daripada 10 hari dan tidak melebihi 15 hari termasuk cuti AidilAdha untuk menunaikan haji sekali dalam tempoh perkhidmatan sekiranya mereka belum lagi menunaikan ibadah itu, kata Hattab Al-Anazi.

“Ia hak kakitangan selaras dengan Akta 114 Undang-Undang Buruh,” katanya. Beliau juga menambah pekerja perlu berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun dengan majikan untuk membolehkan mereka layak mendapat cuti bergaji itu.

Bagaimanapun, Hattab menegaskan majikan berhak menentukan berapa ramai kakitangan yang boleh diberikan cuti haji dalam setahun bergantung kepada bebanan tugasan.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/27

Onlajer: cuma aku terfikir kalau boss – boss yang berfikiran ortodox dan bukan seagama kita mahukah meraka membayar gaji free selama 15hari?  Dan aku rasa undang2 buruh itu kurang menyebelahi kaum-kaum kuli, ataupun Boss-Boss kita yang tak buat –  buat tak reti.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

38 Comments

  1. :: Mrs.Eady :: September 3, 2012
    • onn Lajer September 7, 2012
  2. Mummy Akmar September 3, 2012
  3. baguznet September 3, 2012
  4. Anak Ulu Cheka September 3, 2012
  5. siti rokiah September 3, 2012
    • onn Lajer September 7, 2012
  6. Encik Anif September 3, 2012
    • onn Lajer September 7, 2012
  7. pipoq September 3, 2012
  8. Denaihati September 3, 2012
    • onn Lajer September 7, 2012
  9. boni kacak September 3, 2012
    • onn Lajer September 7, 2012
  10. hafidz September 4, 2012
  11. Mak Lagenda September 5, 2012
    • onn Lajer September 7, 2012
  12. Nur Misnan September 5, 2012
  13. cikgu Naman September 5, 2012
  14. hafizmd September 5, 2012
    • onn Lajer September 7, 2012
  15. akubiomed September 11, 2012
    • onn Lajer September 12, 2012
  16. suri September 12, 2012
    • onn Lajer September 12, 2012
  17. suri September 12, 2012
    • onn Lajer September 12, 2012
  18. Syaifuddin Alias September 21, 2012
  19. Myra Jay September 26, 2012
  20. wantie September 27, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge