Dilema Perokok Tegar Satu Malaysia

Hari sabtu yang lepas aku ada pergi kesatu Majlis walimatul dekat area kampung aku. Kalau dah sampai kampung mestilah tak lepas peluang berbual – bual dengan otai – otai. Bolehlah dapat sikit – sikit berita perkembangan kampung halaman sambil cedok sikit – sikit ilmu orang dewasa yang kita takde.
Tapi banyak – banyak cerita yang kita orang borakan mesti ada juga cerita ROKOK .kesah susah nya mereka nak dapatkan bekalan rokok putih aka rokok kapal..

Dilema Perokok Tegar satu malaysia

Mereka mendakwa sebatang rokok putih yang dimiliki mereka akan didenda RM20.

Lelaki Berkacamata : ” Hai dekat kampung pun ada orang nak buat spot check ke?”

Lelaki Gagah : ” Oh dia sekarang dah tak kira , dekat mana pelusuk janji satu Malaysia mesti dia orang cuba benteras pegedaran rokok putih ini, Malah kalau aku bawa kereta singah dekat tempat yang ada jual mesti dia orang akan kata tak ada, wal hal kalau datang bawa lori pakaian kerja , siap ofer nak berapa kotak bang?”.

Lelaki Berkacamata :” Oh macam tu ya ,Patut lah sekarang orang kalau ada rokok dia tak letak atas meja , ambil sebatang terus simpan dalam poket. Err senang kawan Berhenti sahaja lah habis cerita , Kesan side efek pun cuma demam – demam manja seminggu dua jer,tak lama hehehe”

Lelaki Gagah :” Cakap senanglah kau bukanya hisap Rokok ”

Lelaki Berkacamata : ” I say brader macam tak kenal gua , gua lagi tegar dari bro cuma gua takut dapat penyakit, lagipun kalau gua isap rokok gua tak beli rokok kapal nih gua mesti beli Rokok UPHILL , rokok – rokok tongkang nih gua memang tak hisap ”

Perbualan kita orang sampai situ sahaja , disebabkan isteri – isteri kita orang dah mula memberi isyarat jom balik sebelum perang mulut menjadi perang hentak – hentak meja.

Sebenarnya aku kesian dengan dia orang , Rokok murah beb kau tau ke apa isinya, keadaan kilang pun kita tak tahu. ntah habuk kayu ke habuk apa semua masuk. Aku ingat lah lebih baik korang beli tembakau cap ayam pastu gulung sendiri. lagi terjamin dia punya kualiti. Nak best tambah cengkih ada rasa kretek sikit. hehe.

Untuk Kerajaan aku cadangkan Rokok ini hanya dijual di Farmasi di farmasi sahaja , Nak beli pun kena ada surat daripada Doktor, jual hanya kepada tegar yang telah mendapat pengesahan daripada doktor Kerajaan sahaja. Dengan itu rokok pun kenalah jual murah sikit pasal kalau nak beli pun kena ada surat daripada doktor yang bertauliah, Budak – budak sekolah memanglah takde can nak beli. Time ini kalau Rokok Duhill harga macam rokok seludup, mana ada ada orang nak beli lagi rokok putih .

Kalau dah takde permintaan rokok putih maka dengan secara logiknya , orang kastam yang baru kahwin dapatlah balik awal jumpa anak bini. Tak payah lah nak buat operasi pebenterasan.

Nota kaki dari sumber Luar:-

Anda tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada paru-paru anda ketika ini, warna apakah ia… kerana ia berada dalam tubuh anda. Kalaulah anda boleh membelah dada dan melihat keadaannya, pasti ia menggerunkan. Semua perokok yang sudah disahkan doktor bahawa mereka telah menderita penyakit kronik akibat ketagihan rokok, jika diberi peluang untuk berhenti dan sihat semula seperti sediakala pasti akan memilih untuk ambil peluang itu. Anda mempunyai peluang itu hari ini! Ambillah peluang terbaik dengan mendapatkan PANDUAN BERHENTI MEROKOK!.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

8 Comments

  1. azlanvai
    Twitter:
    April 28, 2014
  2. Bahrain
    Twitter:
    April 28, 2014
  3. Bahrain
    Twitter:
    April 28, 2014
  4. titan
    Twitter:
    April 28, 2014
  5. Abdur April 28, 2014
  6. Cikgu Hairul
    Twitter:
    May 1, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge