Doa Ringkas Tawaf

Muat turun percuma Doa Ringkas Tawaf

Sempena kepulangan brother INI dari tanah Suci Mekkah terpikir aku untuk berkongsi Doa Tawaf yang telah berberapa bulan aku simpan, walau pun doa ini agak ringkas tapi amat bermenefaat apabila kita melakukan tawaf sunat di Baitullah.

Dan menurut ustaz yang mengajar dalam kursus haji doa ini boleh sahaja diamalakan selepas solat.

Doa Tawaf Pusingan Pertama

Doa Tawaf Pusingan Kedua

Doa Tawaf Pusingan Ketiga

Doa Tawaf Pusingan Keempat

Doa Tawaf Pusingan Kelima

Doa Tawaf Pusingan Keenam

Doa Tawaf Pusingan Ketujuh

Setelah berbincang dengan panjang lebar, Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 17 Jun 1988 telah membuat keputusan seperti berikut:-

  1. Bahawa tawaf pertama Rasulullah s.a.w. lakukan ialah tawaf Qudum bukan tawaf ifadhah, tetap tawaf Ifadhah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ialah selepas wukuf di Arafah berdasarkan ayat al-Quran dalam Surah Al-Hajj ayat 29 yang berbunyi:

Yang bermaksud: Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Ka”bah) yang tua sejarahnya itu.

  1. Juga Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Dari Ibni Umar bahawa Rasulullah s.a.w. membuat tawaf Ifadhah pada hari Al-Nahr iaitu Hari Raya Pertama (selepas wukuf di Arafah) kemudian pulang ke Mina dan dia menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. melakukannya.

  1. Juga Ijmak Ulama yang muktabar iaitu:

a. Pendapat Mazhab-mazhab yang muktabar (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali) telah bersepakat mengatakan bahawa waktu tawaf Ifadhah dilakukan selepas wukuf di Arafah. (Rujuk Kitab Mazhab Alarba”ah Jld.1 h. 622)

b. Di antara syarat-syarat sah tawaf Ifadhah sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Alfikhul Islami bahawa tawaf Ifadhah mesti dilakukan selepas waktu wukuf. (Rujuk Kitab Alfikhul Islami Jld. 3, h. 162)

Adapun pendapat yang mengatakan bahawa tawaf Ifadhah itu boleh dilakukan sebelum daripada wukuf dan itulah juga dianggap sebagai tawaf Ifadhah. Mereka berpegang kepada Hadis Ibni Umar:

Bermaksud: Dengan Bitawafihi alawal ialah tawaf yang dilakukan selepas sembelih dan tahalul (semuanya itu selepas wukuf) berdasarkan kepada hadis pertama tadi dan pendapat Imam Shaukani di dalam Nailulautar Halaman 78.

Dikuatkan lagi dengan Sahih Al-Bukhari Jilid Pertama halaman 284 jika sekiranya hendak difahamkan ibarat tersebut bermaksud tawaf Qudum sebagai tawaf Ifadhah maka bertentanglah dengan hadis Ibni Omar yang pertama tadi yang dengan jelas menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. selain daripada melakukan tawaf Qudum, Baginda juga melakukan tawaf ifadhah pada hari Nahr selepas sembelihan dan berucukur, yang kedua-duanya dilakukan selepas daripada wukuf.

Kalau hendak difahamkan tawaf ifadhah itu boleh dilakukan sebelum wukuf, maka bertentanganlah dengan hadis yang pertama tadi yang mengakibatkan tawaf ifadhah itu dilakukan selepas sembelihan dan bercukur.

Oleh itu maka jelaslah bahawa tawaf Ifadhah mestilah dilakukan selepas wukuf di Arafah, haji yang dilakukan tanpa tawaf Ifadhah selepas wukuf di Arafah tidak sempurna. Oleh itu hendaklah disempurnakan tawaf tersebut.

Sekiranya tidak ditunaikan sehingga akhir hayatnya maka terbatallah hajinya itu.

Sumber : – http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/11058

Baca juga : – Senarai Kelengkapan Ibadah Haji dan Umrah

One thought on “Doa Ringkas Tawaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge