Dua cara untuk mengatasi tekanan air paip rendah

Salah satu masalah yang saya hadapi di rumah yang baru saya duduki adalah, tekanan air dibilik mandi tingkat atas tidak kuat. Kalau bilik air bawah ok je.

Tekanan air yang tidak kuat juga akan menyebabkan air kurang deras mengalir menyebabkan kita akan berada lebih lama lagi di bilik air.

Bagi saya apabila tekanan air tidak kuat jadinya saya akan tidak berasa puas. Solusi sementara tadah air dalam baldi dan cedok mengunakan gayung untuk merasa puas. J

Okeh berbalik kepada cara mengatasi tekasnan air yang tidak kuat ,tidak cukup deras.

Pertama anda boleh sahaja memasang pump  elektrik. Anda pasang pump tersebut pada pangkal  paip selepas tangki air.

Kebiasaannya pump ini akan berfungsi apabila ada pengaliran air berlaku. Maksudnya apabila paip air dibuka pump akan berjalan untuk meningkatkan arus tekanan air kecabang paip air yang dibuka valve nya.

Salah satu contoh water pump  yang anda boleh gunakan adalah dari jenama JOVEN.

Survey water pump ini pada halaman Joven Automatic water Pump

Anda hanya perlu sediakan pendawaian dan anda berpengetahuan dalam kerja – kerja tukang paip.

Tetapi dari saya , Saya sarankan anda keluarkan sedikit upah untuk tukang paip memasangnya.

Anda hanya perlu pantau dan minta jaminan pemasangan nya ok . Yang lain anda tidak perlu risaukan itu sahaja.

Manakala Pilihan yang kedua ilah dengan mengubah sendiri sitem paip air anda.

Saya cadangkan anda buat direct dari meter. Dan Buat sedikit modifikasi supaya jika bekalan air tergangu anda masih boleh mengunakan air tangki.

Block diagram ini menunjukan bagaimana penyambungan paip harus dilakukan. Sengaja saya mengunakan dua hand valve pada bahagian outlet tangki walaupun saya sudah memasang check valve. Fungsinya hanyalah sekadar perlindungan apabila berlaku kerosakan kepada check valve tersebut.

Check valve yang patut kita gunakan adalah dari Tembaga yang saya rasa lebih tahan lama dan tidak karat.

Anda boleh mendapatkanya dikedai – kedai hardware berhampiran anda. Ataupun anda boleh menyemaknya dari sini.

Apabila anda sudah selesai mengubah suai sistem paip anda , Berkemungkinan besar tekanan air dirumah anda akan sama derasnya , seperti singki dapur rumah anda.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

3 Comments

  1. anuar July 11, 2017
  2. mrhanafi July 12, 2017
  3. Wan Zawawi
    Twitter:
    July 17, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Daftar emel dan langgani newsletter dari blog Onlajer.com secara percuma untuk Tips,panduan produk Elektrik dan informasi terkini.

You have Successfully Subscribed!