Dividen Oh Dividen

Assalamualaikum warah matullah h i wabarakatu wa mau firatul wa riduan, Alhamdulilah dividen ASB sudah diumumkan. Sedikit atau banyak rezeki yang kita terima itu semuanya adalah ketentuanya jua. Kita sebagai hambanya  hanya mampu memohon untuk rezeki yang semewah – mewahnya.  Jangan tanya aku tentang berapa banyak  agihan diveden ASB tahun ini kalau nak tahu tanya brader ini, Kerna pada  aku tidak banyak sangat bezanya dari tahun lepas tak akan sampai 15% sure punya.

2012 Tahunku Yang Kacak – OnLajer

Kalau cerita pasal dividen ini, pada aku hanya Koperasi Permodalan johor sahaja yang mampu membayar 100% keuntungan dividen, itu pun zaman umur dewasa bapak dan abah  aku sekitar tahun 80an atau awal 90an. Habis tu kenapa kau tak melabur ? kau sengal ke apa time tu aku masih sekolah mana ada sen. Sekarang je ini sikit-sikit tu adalah, setakat nak keluar E class atau 5 series tu boleh la. Lepas tu sedara datang bertandang keluar biskut kering dengan minuman rasmi teh o nipis manis-manis buah tak masak.  Harap dapat keluar kalau menyorok  tak ke namanya itu dah parah.

Kepada KPNJ kenapa la kau sekarang ini tidak membayar sebegitu lagi aku  ini orang baru nak juga merasa duit yang berlipat ganda dua.  Aku paling tinggi baru dapat 8% itu pun tahun yang dah lepas, tahun ini aku macam tak terperasan pulak berapa. Sekarang ini pun dah hujung tahun dua minggu lagi akan tahun baru takde ke mesyuarat agung tahunan, aku rindu dengan dua ketol karipap dan 500ml air mineral yang akan diagihkan Naknya duit elaun kedatangan, itu yang dibayar selepas  majlis umum perpisahan .

Hujung tahun pasti  kita berkira-kira berapa banyak dividen yang akan diberi oleh pihak majikan untuk kita berjoli sakan. Lebih -lebih lagi kalau kita boleh dapat tujuh lapan bulan pasti seronok untuk digunakan. Jangan mimipi la oi, kau bukan kerja dengan loji bekalan kuasa wilayah selatan kalau dengar mitos nya tujuh lapan bulan itu sarapan, makan tenghari dekat korea selatan woha tahun depan aku nak hantar surat mohon jawatan.

cedok dari Mr.G

 

Ok itu sahaja cerita merapu meraban aku hari ini, adoi masa aku nak tulis ini dalam kepala nak cerita bab zakat. Mungkin pasal cerita dapat duit ini macam lebih seronok dari keluar duit itu yang jadi meraban nihh.  Dunia, duniaa…

Mungkin anda suka Baca Ini
  • Buat Duit Hanya Share Di FB atau Twitter
  •  Idea kita bernilai RM100 000
  • Ada apa dengan Petronas
  • 5 Things You Need To Know About the Coway Bidet.
  • To move our Nation forward, it starts with you. 
  • Golden Age + Invention + Science = All in ONE!
  •  Nak Menang RM5000?
  • Guess which bank allows you to enjoy these benefits?

 

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

10 Comments

  1. puanbee December 22, 2012
  2. anif
    Twitter:
    December 22, 2012
  3. Myra Jay December 22, 2012
  4. Mak Lagenda December 22, 2012
  5. Hafizul
    Twitter:
    December 23, 2012
  6. Hazmin Hamudin December 24, 2012
  7. titan
    Twitter:
    December 25, 2012
  8. syaifuddin alias December 27, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge