Elakan kesilapan apabila bercuti di Gambang

2
402

Elakan kesilapan apabila bercuti di Gambang. Pakej cuti sendiri untuk tiga hari dua malam.


Yeah cuti hepi depavali yang lepas. bercuti bersama adik beradik, ibu Dan ayah.

Lokasi pilihan Gambang water park. Dengan mitos dekat kuantan.

Dekat kuantan boleh pergi lepak – lepak dekat teluk cempedak. Berkawan dengan monyet. Mandi manda dekat pantai. Makan makanan ringan seperti lekor dibilas dengan coconut shake.

Lepas puas lepak, gerak ke tanjung Lumpur tak sampai 15 minit. Boleh kena seafood. Banyak pilihan orang kata. Tapi kita hanya reti kedai ana ikan bakar.

Okeh itu semua nya. Agenda hari pertama. Hari baru sampai. Hari kedua. Hari untuk anak – anak.

Masa untuk main air sepuasnya.

Macam biasa seawal 9.45 dah terpacak. Pasal kami nak jadi antara yang paling awal.

Harga tiket dewasa 33, kanak- kanak 22. Tapi itu hari Ada diskaun 2 dewasa, 2 kanak-kanak baru 61.

 bercuti di Gambang

Munkin pasal orang Johor ini kacak dia terus bagi diskaun kot.

Okeh tak boleh bawa “bontrot” ya. Bekal makanan dari luar dilarang sama sekali.

Nanti restaurant dekat dalam tak laku.

Okeh dekat dalam beratur sekali lagi. Untuk sewa pelampung dan cabana . “pankin”

Nasihat saya utamakan kanak-kanak.

Sewa dekat pinguin island. Pasal cabana disana memang tersusun berhampiran area kolam dan alat permainan kanak-kanak.

Tapi bagi saya Disana agak kurang privacy sikit. Area tersebut agak crowded sikit. Berbanding cabana disekitar kawasan berpasir.

Hanya kawasan berpasir agak kurang selesa. Tanah pasirnya peroi untuk ke cabana selipar anda sudah berpasir itu yang agak tidak selesa.
Lebih- lebih lagi jika anda lepas bilas. Kena ikut laluan belakang. Untuk laluan pasir yang padat.

Didalam sana semuanya berbentuk cashless. Anda perlu top up duit pada gelang. Dan refund baki ditempat yang anda beli tiket.

Untuk penginapan murah, saya sarankan Google sahaja homestay sekitar Gambang atau kuantan.

Nak mudah Download Ebook Senarai Homestay Di Malaysia – Free jer.

Kalau dah niat nak Mandi manda bersama dua, tiga keluarga sewa jelah homestay. Boleh masak – masak. Jimat sikit belanja.

Dan kalau satu family, anak kecik – kecik saya sarankan hotel. Kalau sewa homestay jawabnya tak meriahlah untuk keluarga kecik.

Perjalanan orang Jay bee saya saran pergi lalu segamat. Kerana rasanya macam lebih dekat. Dan waktu balik lalu mersing untuk memborong makanan ringan seperti lekor atau apa – apa yang berasaskan makanan laut.

Okeh tak ini adalah antara pandangan dan cerita saya berkaitan Elakan kesilapan apabila bercuti di Gambang.

2 COMMENTS

  1. Last year pergii! JDT Blogger dapat jempputan ke sana!
    Setuju dengan entri nih…hehe~
    Utamakan kanak-kanak….tapi bilik dalam tuh pun best…..hoho~ kalau nak murah, memang kena sewa luaqq..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here