Enam Produk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Yang Perlu Anda Tahu

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA
ASBObjektif
Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.Pelabur Sasaran
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.

Kelayakan
Bumiputera.
– Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
– Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18tahun ke bawah).

AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

ASW2020Objektif
Untuk memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan.Pelabur Sasaran
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta mengharapkan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.

Kelayakan
Warganegara.
– Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
– Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah). Penjaga dan kanak-kanak mestilah warganegara.

AMANAH SAHAM MALAYSIA

ASMObjektif
Untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit membuat pelaburan jangka panjang yang menjana pulangan yang kompetitif dan berterusan menerusi pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan.Pelabur Sasaran
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta mengharapkan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.

Kelayakan
Warganegara.
– Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
– Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah). Penjaga dan kanak-kanak mestilah warganegara.

AMANAH SAHAM DIDIK
ASD
Objektif
Untuk memberi peluang pelaburan yang dapat menjana pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit.Pelabur Sasaran
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mengharapkan pertumbuhan modal bagi jangka masa panjang dari pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada), sebagai persediaan keperluan kewangan bagi tujuan perbelanjaan pendidikan pelabur dan ahli keluarga pada masa hadapan.Kelayakan
Bumiputera.
– Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
– Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah). Penjaga dan kanak-kanak mestilah bumiputera.

AMANAH SAHAM 1MALAYSIA

AS1M
Objektif
Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.Pelabur Sasaran
– Pelabur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
– Pelabur yang memahami pulangan dan risiko.
– Pelabur yang ingin mendapatkan pulangan dari pengagihan pendapatan, sekiranya ada.Kelayakan
Warganegara.
– Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
– Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah). Penjaga dan kanak-kanak mestilah warganegara.

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2

ASB2Objektif
Menjana pulangan jangka panjang yang konsisten di samping memastikan pengekalan modal pemegang unit dengan menyertai pelaburan di dalam portfolio aset campuran.Pelabur Sasaran
Dana ini sesuai untuk pelabur yang mempunyai profil yang berikut:
– Memahami risiko dan pulangan pelaburan.
– Mencari instrumen pelaburan jangka panjang yang berpotensi untuk menjana pulangan tahunan yang lebih baik daripada kadar pulangan purata Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysia Government Securities, MGS) 5-Tahun.

Kelayakan
Bumiputera.
– Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
– Akaun Bijak (ibubapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18tahun ke bawah).

Maklumat Asal Dari Laman ASNB.  Anda juga digalak membaca Panduan Hebat Rahsia Emas Azizi Ali membongkar Rahsia Kejayaan Pelaburan Emas sebenar untuk melipat gandakan wang anda.
NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

Leave a Reply

CommentLuv badge