Esok Rejab

Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara’
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.


Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam”

Dan Dari Aku:
Maghrib malam ni dah dikira 1 Rejab,jadi secara auto/manualnya esok bermulah puasa 3bulan sebelum syawal,biasanya mak dan bapak aku telah menwar-warkan supaya berpuasa.aku diam tak ada kata-kata yang terkeluar takut-takut dikalahkan dunia.

Bermakna aku ada 3 bulan untuk buat persedian untuk mengemas atau mengindahkan rumah,langkah pertama jual kertas katalog dan surat khabar lama supaya proses pembiakan lipas tidak berlaku dengan begitu produktif.Timbang-timbang dapatlah 50kg lebih sikit banyak tu kertasnya duitnya RM9.10 nak beli cat 1tin kecik pun tak cukup.hampeh betul tapi orait juga ler dengan duit tu aku beli 1 tipuware aiskrimn dapat makan anak beranak dapat juga lah menyejukan perasaan aku yang dah agak terbakar dek kerana macam aku nih dah kena tipu dengan apek surat khabar lama.

(sumber gambar dari workshop sebelah ofis aku) 

Ingat lain kali aku tak nak kumpul lagi suratkhabar, aku nak kumpul benda ini pulak,mahal sikit.Dengan hasil dari benda ini bukan setakat boleh beli cat dengan upah orang mengecat pun aku boleh bayar.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

19 Comments

  1. suri May 21, 2012
  2. suri May 21, 2012
    • onlajer May 21, 2012
  3. jebengotai May 21, 2012
    • onlajer May 21, 2012
  4. Iza Teratak Usang May 21, 2012
    • onlajer May 21, 2012
    • Denaihati May 21, 2012
  5. Norizwan May 21, 2012
  6. shahjiehan May 21, 2012
  7. Myra Jay May 22, 2012
  8. Izzuddin Fauzi May 22, 2012
  9. Sharidawati Shahrudin May 22, 2012
  10. Kesuma Angsana May 23, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge