Fresh Graduate Masih Ramai Yang Menganggur?

Tadi bukak laman web google.

Lepas tu buat carian tentang keyword “Fresh graduate menganggur“.

Hasilnya…

Wow! Ada satu website yang melaporkan kononnya terdapat 32,000 graduan masih lagi menganggur, dan apa yang paling kita bimbangkan ialah, jumlah ini kian meningkat saban tahun.

Setiap tahun kan mesti ada graduan akan konvo. Yang tahun lepas pun masih ramai yang tak dapat kerja lagi, lagi mau tambah yang tahun ni punya?

Teringin nak tiru gaya utusan tanya soalan.

Apa lagi Fresh Graduate mahu?

Nak apa lagi. Mesti la nak kerja! Dah selama ni penat-penat belajar, ambil student loan bagai, dah tentu la lepas habis belajar nak terus mula bekerja.

Ok fine, maybe ada yang nak rehat-rehat dulu dalam sebulan dua, nak release tension, ni ada yang setahun dua masih lagi tak kerja, lama betul ko nak release tension?! Ni dah jadi makin bertambah tension nih.

Jadi apa alternatif atau opsyen yang ada untuk fresh graduate yang masih lagi belum dapat sebarang pekerjaan?

Ni antara yang relevan dan boleh korang lakukan.

Fresh Graduate Masih Ramai Yang Menganggur

1. Usahakan cari kerja dalam bidang yang sama

Kalau terpaksa berhijrah hata sampai ke Sabah, Sarawak, Brunei mahupun ke Eropah, buatlah. Hijrahlah. Asalkan dapat job yang sama dengan jurusan yang diambil sebelum ni.

Salah satu sebab kenapa  fresh grad ni susah nak dapat kerja sebab dia ni degil. Nak jugak kerja dalam jurusan atau bidang yang sama masa belajar dulu.

Agak-agak kat tempat sendiri, peluang pekerjaan tu tak ada, maka buatlah apa yang perlu.

Bangla yang hijrah kat Malaysia sebab nak kerja punya pasal, tak mati pun. Pengajarannya ialah, jangan takut nak berhijrah.

2. Buatlah apa-apa kerja yang ada 

Kalau dapat job sebagai cashier, ambik je. Daripada tak ada langsung, lebih baik terima je dulu job yang dah ada depan mata.

3. Tolong family buat apa yang patut

Benda ni biasa orang buat.

Tolong jadi driver. Jemput anak kakak, jemput adik dari sekolah, hantar mak pergi pasar, hantar abah buat medical check up dan sebagainya.

Make yourself useful. Jangan nak duduk diam buat bodoh je kat rumah.

4. Jadi Freelancer

Buat kerja-kerja freelance.

Contohnya, buat report, buat assignment untuk junior, designer, penulis sambilan, jurutaip… alah banyak lagilah. Lagi-lagi fresh graduate, mesti masih ingat lagi apa yang dipelajari sebelum grad.

Jumpa balik junior kat U and offer la nak buatkan thesis ke. Macam-macam benda boleh buat.

Ok ok saya faham.

Ada yang segan nak buat macam ni.

Jadi saya ada peluang yang baik untuk anda jadi freelance, special untuk mereka yang segan nak jumpa orang.

Klik sini >> Panduan kerjaya SWASTA TERBAIK

5. Buat bisnes sendiri

Logik ke fresh grad nak buat bisnes sendiri? —-> Lihat Sini

Of course la logik.

Mana nak dapat modal?

Saya ada kawan yang masa dia study dulu, duit PTPTN yang dia dapat dia pakai sikit je. Sebabnya dia dah plan siap-siap, habis belajar nanti dia nak pakai duit PTPTN tu untuk buat modal bisnes.

Hutang PTPTN ni kan special sikit.

Kita tak bayar pun tak ada siapa kacau. Cuba kalau buat hutang dengan bank, lambat bayar sikit, siap. Hari-hari bank call.

Siapa yang dah habiskan duit PTPTN tu, padan muka, sebab tak boleh nak guna duit PTPTN untuk buat modal bisnes.

6. Jadi Free Agent

Free agent dengan freelancer ni sama ke?

Jawapannya ialah lain.

Freelancer buat kerja berdasarkan job. Kalau ada klien bagi job dia akan buat kerja, kalau tak ada job, tak ada la kerja. Dia kena sentiasa cari kerja.

Berbeza dengan konsep free agent.

Free agent dia terlibat secara langsung dengan aktiviti jualan. Peranan utama free agent adalah untuk membuat promosi hingga menghasilkan jualan. Sebabnya, pendapatan mereka adalah commission basis.

Ada sales, maka adalah incomenya. Berbeza dengan freelancer, yang dibayar mengikut tugasan.

Sebab apa orang nak jadi free agent?

Ada banyak sebab, ringkasnya

1. Bebas nak bekerja pada bila-bila masa dan menggunakan apa jua cara. Asalkan ada sales.

2. Tak ada kontrak.

3. Tak perlukan komitmen

4. Bayaran lumayan

5. Upah berdasarkan komisen dan tiada had upah

6. Boleh jadi agen untuk pelbagai syarikat dalam satu masa

Free agent ini pulak ada dua jenis, sama ada agent online mahupun agent offiline.

Ok la.

Kita bincang lagi tentang free agent ni di entri yang akan datang. Panjang pulak cerita dia.

Pasni kita cerita topik yang lebih mendalam, dan In Shaa Allah benda-benda yang lagi best. Selalu-selalulah masuk ke blog ni ya lepas ni.

Panduan kerjaya SWASTA TERBAIK

********************************************************************

Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Sabree Hussin. Merupakan seorang penulis blog sepenuh masa dan kini sedang membangunkan sebuah blog yang diberi nama Sistem Jualan PRO Review.

Anda boleh ikuti lain-lain penulisan beliau mengenai Sistem Jualan PRO dengan melayari laman blog beliau iaitu http://jualanproreview.com

********************************************************************

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

28 Comments

  1. Bahrain November 16, 2013
  2. muja
    Twitter:
    November 16, 2013
  3. mizi November 16, 2013
  4. Khairul Zamri
    Twitter:
    November 16, 2013
  5. papa mifz November 16, 2013
  6. Hafizul
    Twitter:
    November 16, 2013
  7. titan
    Twitter:
    November 16, 2013
  8. pahan November 16, 2013
  9. MK Kimi
    Twitter:
    November 17, 2013
  10. hanifftj November 17, 2013
  11. blogger lelaki
    Twitter:
    November 17, 2013
  12. Hairul Hissam November 19, 2013
  13. cik tom November 20, 2013
  14. akubiomed January 21, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: