Gerai Bisnes Cendol Pilihan Rakyat Satu Malaysia

Gerai Bisnes Cendol Pilihan Rakyat Satu Malaysia

 

Hang nampak tak senarai harga cendol yang tertulis pada papan tanda harga?

Murah ke mahal ?

Pada saya biasa – biasa sahaja. Tak mahal dan juga tidak murah. Okey sahaja, mana ada harga sepuluh sen semangkuk. Awal tahun 90an ada la. Itupun Kalau tak salah 20sen. Sama harga dengan nasi lemak ikan bilis dengan potongan telur dadar .

Sekarang harga dia naik sehingga 10 Kali ganda pun orang tetap beli,semua orang ingin menikmati rasa lemak cendol bersama santan , dicampur dengan kacang merah yang lembut, bersama kemanisan gula melaka dengan parutan air batu memang menyegarkan.

Saya yakin rakyat satu Malaysia yang bebilang kaum  dan usia pasti menyukainya.

Suami isteri yang suka berjimat oder satu kongsi berdua pasti akan memesan semangkuk lagi. untuk dinikmati bersama .

Terkenang zaman dulu – dulu,Menikmati semangkuk cendol bersama orang tua. “Pergh rasa nostalgic”.

Dan sekarang giliran saya membawa isteri dan anak – anak. Proses pelangan membawa pelangan berulang. Memang Kalau betul jalan peniaga gerai cendol ini memang boleh kaya.

Apa hang nak berniaga cendol?

Boleh sahaja tapi pastikan anda berilmu, mesra pelangan , muka manis macam gula. Dan yang paling penting ada Resepi cendol power.

Kalau nak tambah ilmu boleh rujuk Chef Hairul, beliau memang ada kepakaran dalam bidang ini . Website beliau Panduan Bisnes Air Dessert. Insha Allah beliau boleh membantu.

Kredit gambar percutian saya ke Pulau Pinang tempoh hari. “BM BEST CENDOL”.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

6 Comments

  1. Hero Borneo December 1, 2015
  2. azimah mohd zainuddin December 1, 2015
  3. reezluv December 2, 2015
  4. Raihanah Ahmad December 2, 2015
  5. Suhimi Nain
    Twitter:
    December 2, 2015
  6. cik tom December 6, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: