Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja

Assalamualikum,

Berakhirnya Syawal bermulanya musim Haji. Alhamdulilah dan taniah kepada sesiapa yang telah dijemput menunaikan ibadah Haji Rukun Islam yang kelima.

Untuk yang berada ditanah air pasti juga mahu merasakan kemeriahan dan melakukan amal ibdah diwaktu musim Haji ini. Salah satunya adalah Ibadah Qurban.

Ibadah Qurban biasanya dilakukan dengan sendiri, seperti seekor Kambing atau seekor lembu yang boleh  dibahagi kepada tujuh bahagian.

Dibawah ini saya ada meletakan FAQ soal jawab pihak E- Qurban tentang hukum dan cara perlaksanaan Ibadah Korban yang dilakukan diKemboja, Dimana disana perlaksanaan Ibadah korban dapat membantu menaik taraf hidup dan membantu golongan yang memerlukan daripada ibadah yang anda lakukan.

www.equrban.com

Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja

Soalan 1 :

Apakah yang dimaksudkan dengan Korban?

Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Soalan 2 :

Apakah hukum melaksanakan ibadah korban?

Hukum korban ialah Sunat Muakkad (ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan. Namun begitu ia dihukumkan wajib apabila seseorang itu bernazar.

Soalan 3 :

Apakah binatang yang disyariatkan untuk korban?

Binatang yang hendak dikorbankan mestilah mempunyai ciri-ciri tidak cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak kurus. Binatang yang sah untuk dikorbankan adalah seperti berikut :

  1. Kambing biri-biri – berusia satu tahun dan ke atas.
  2. Kambing biasa –  berusia dua tahun dan ke atas.
  3. Unta – berusia lima tahun dan ke atas.
  4. Lembu atau kerbau – berusia dua tahun dan ke atas.

Soalan 4 :

Berapakah bilangan minimum haiwan yang digalakkan untuk ibadah korban?

Bagi haiwan seperti lembu, kerbau atau untuk bilangan minimum untuk ibadah korban adalah 1 bahagian. Manakala kambing bilangan minimum adalah satu ekor.

Soalan 5 :

Saya telah melaksanakan ibadah korban sebelum ini, bolehkah saya melaksanakannya lagi?

Boleh, ibadah korban boleh dilaksanakan seberapa banyak sekiranya berkemampuan.

Soalan 6 :

Jika saya menyertai program ibadah korban ini dengan pihak eQurban, apakah bukti yang menunjukkan ibadah korban tersebut telah dilaksanakan.

Pihak eQurban akan mengeluarkan sijil aku janji sebagai wakil melaksanakan ibadah korban tersebut kepada semua peserta dan menghantar gambar-gambar berkaitan yang menunjukkan ibadah tersebut telah dilaksanakan.

 Soalan 7 :

Apakah kelebihan menyertai ibadah korban dengan pihak eQurban?

Kami menternak sendiri lembu-lembu untuk Korban ini di ladang kami di Stungstreng, Kemboja dengan usahasama Koperasi Muslim Kemboja. Bekalan lembu ini cukup untuk bekalan Qurban dan Aqiqah sepanjag tahun

Soalan 8 :

Bagaimana cara untuk melaksanakan ibadah korban dengan pihak eQurban?

Anda boleh menggunakan salah satu saluran berikut :

Hubungi kami di alamat :

EQURBAN RESOURCES SDN. BHD.
87A, Jalan 8/1, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

Tel : 03-8926 3575

H/P : 014-3283504 (Yusdi)
H/P : 019-762 3960 (Farizal)

Atau

Terus sahaja ke Website :

http://www.equrban.com

 

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

4 Comments

  1. Hafizul
    Twitter:
    September 3, 2014
  2. sabree hussin September 3, 2014
  3. titan
    Twitter:
    September 4, 2014
  4. rokiah September 19, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge