Idea Bisnes Canopy yang menguntungkan, Jom kira kos permulaanya.

Tahukan anda semua ,salah satu budaya masyarakat kita yang berbilang kaum adalah ,engadakan majlis keramaian.

Tidak kira lah majlis kahwin, majlis kesyukuran atau sekadar hanya membuat jamuan rumah terbuka bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Jadinya untuk menjayakan majlis tersebut, kita perlukan ruangan yang boleh memuatkan tetamu dan memberi keselesaan mereka yang menghadiri majlis yang diadakan.

Oleh itu kita perlukan ruangan tambahan berupa canopy sebagai tempat untuk mereka berteduh . Di canopy tersebutlah kita akan meletakan meja dan kerusi untuk para tetamu duduk.

Lainlah kalau kita buet majlis hall (Maulid) , Dekat kawasan Pontian hingaa sepadan muar mereka akan membuat majlis tersebut secar bergilir. Tidak kiralah Mesjid,surau ataupun dipekarangan rumah . Ada sahaja dana lebih mereka dengan rela hati akan menjayakan majlis tersebut.

Dan canopy akan disewa untuk mereka bentang tikar , supaya mereka boleh duduk dan berkumpul serapat yang munkin bagi memeriahkan majlis tersebut.

Manakala untuk kita yang duduk dikawasan taman , pasti mahukan ruang keselesaaan untuk tetamu yang hadir, maklumlah Ruangan rumah ditaman perumahan tidaklah sebesar dari ruang tamu rumah – rumah kampong. Jadi lorong jalan dihadapan rumah kita jadikan ruang tambahan . Oleh itu canopy perlu dipasang .

Tidak cukup satu , kita pasang dua, tidak cukup dua kita pasang lah mengikut budget yang kita boleh sediakan untuk majlis yang akan dijalankan.

Jadi untuk orang yang mahu bermula perniagaan canopy , ia adalah salah satu cabang peluang yang boleh kita rebut.

Jika kita lihat, kadar sewa khemah yang biasa kita lihat adalah diantara RM350 sehingga lah RM1500 bergantung kepada pakej yang ditawarkan.

Tetapi munkin anda sendiri boleh mencipta sesuatu kelainan , dan biasanya harga kawan – kawan juga mempengaruhi kos sewa khemah tersebut.

Dibawah ini saya beri contoh pakej yang paling basic untuk sewaan Khemah.

Pakej Kanopi Arabian Standard – RM350/Unit

1 x Khemah Arabian 20’x20’

4 x Meja bulat+Alas labuh

40 x Kerusi plastik

1 x Kipas Siling & Lampu

Hiasan Scallop

Dari pakej basic inilah yang boleh anda kembangkan sehingga menjadi pakej VVIP++.

Ok setelah kita ketahui kadar sewaan khemah dan barangan basic bagi tujuan perniaagaan Khemah ini, Jom kita survey – survey harga barangan mengikut harga kasar yang ditawarkan oleh kedai – kedai online popular terkini.

1- Khemah Arabian 20 ‘ x 20 ‘

Sila rujuk gambar untuk kepastian. Tapi bab skirting tu kena buat sendiri, pasal tauke kilang khemah ni buat kerja besi dan canvas jer, Dia tak jahit kain kot.

Harga online dalam RM1899 : Boleh rujuk sini kalau nak lebih pasti : – Arabian 20 ‘ x 20 ‘

Tetapi kalau nak murah punya , yang tak de kubah punya boleh lah survey Pyramid 20 ‘ x 20 ‘

Harga online dalam RM1699 .

Survey – Khemah Biasa.

2- Meja dan Kerusi

Ada khemah takde meja dan kerusi kira tak lengkaplah , jadi jom kita lihat berapa murah yang boleh kita dapatkan untuk set kerusi meja ini.

Meja Bulat Plywood Table

Ketebalan: 12mm

Diameter : 4’feet

Kaki meja: besi bercat

Angaran harga RM125/pcs

Yang ini memang for sure kena buat dekat bengkel kejuruteraan besi ,m pasal kalau beli online atau yang memang dah siap harga munkin akan cecah sehingga RM250. Boleh semak dekat sini untuk kepastianya. – Meja Bulat.

Untuk kerusi rasanya kalau warna hitam lebih murah, tapi perasan tak ? warna hitam lah yang biasanya cepat patah. Jom semak harga Kerusi.

Kalau boleh terus direct jer dekat pemborong harga lagi lipat ganda murah.

Lampu & Kipas Siling

Biasanya lampu dan kipas siling ni saya angarkan dalam seunit mentol dan holder, saya angar dalam RM15 x 8 dan kipas angin yang berjenama saya angarkan RM180 x seunit.

Jumlah keseluruhan saya angar RM300 untuk lampu dan kipas.

Dah ada kipas dan lampu kena lah ada pendawaian , kita yang ini guna sahaja Cable yangi kita sebut dengan pangilan Twin flat cable.

Harga untuk 80mtr dalam RM100 di laman web popular. Dekat Taobao munkin lebih murah, Dengan saya RM95 tidak termasuk kos penghantaran. Sam je semua tempat pun kena kos penghantaran kecuali ada spesial offer.

Kipas Air Berdiri

Yang ini dah extra lah , kalau nak lagi lebihg nilai anda boleh tawarkan kipas air supaya tetamu lebih nyaman dan selesa.

Kipas Air Berdiri

Ini adalah antara peralatan yang kita perlukan untuk menyediakan khemah sewaan, apa yang penting adalah anda untuk berusaha mendapatkan barangan yang lebih murah dan berkualiti.

Semua yang saya kira adalah berdasarkan harga – hArga yang terdapat pada laman web popular. Anda dinasihatkan supaya menyemak dan membuat perbandingan dari atas talian mahupun melalui pembekal – pembekal alatan yang saya nyatakan.

Dan dari saya , jika anda mahu mencari idea terbaru dalam bidang perniagaan anda boleh sahaja dapatkan ebook idea perniagaan lengkap dengan kertas kerjanya dari Halam – Kertas kerja perniagaan.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

One Response

  1. Hans March 2, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge