Idea Bisnes Dari Rumah

Jujurnya aku rasa semua orang ingin berniaga.  Tak kira lah secara kecil – kecilan atau terus buat secara besar – besaran.

Tapi sebelum kita mula berniaga pasti ada sahaja halangan yang besar untuk memulakanya,Seperti –

  1. Apa yang nak diniagakan
  2. Modal pendahuluan
  3. Target Pasaran

Tiga inilah antara faktor yang akan mengagalkan impian anda apabila anda mula mencari – cari idea untuk memulakan perniagaan.

 Idea Bisnes - 5 Cara Untuk Berfikir Sebagai Seorang Usahawan

-Tak perlulah terus Berniaga Seperti ini –

Belum lagi tentangan daripada orang tua yang akan mengatakan  kebiasaan orang kita mula je cantik tapi baru nak up je dah itu,ini bergitu bergini joli sana sini terus bungkus habuk pun takde balik jadi kuli lagi. Oh kejam betul statement mereka ini tapi benda bergini memang selalu terjadi.

Tapi takpe itu kata mereka , sebenarnya kita tak payah lah hendak terus membuat perniagaan yang besar . Mulakanlah  berniaga daripada rumah seperti-

  • Mengambil tempahan membuat kueh/Aiskrim malaysia/nasi lemak/kek/pizza
  • Ambil tempahan memasak untuk keluarga yang malas masak (tawarkan dengan harga yang paling munasabah).
  • Mengambil upah menjahit banyak – banyak pastu subkan dekat orang ambil untung atas angin.
  • Dan macam – macam lagilah yang boleh difikirkan

Apa jua bentuk servis yang kau tawarkan pun itu sudah dikira perniagaan . Sebagai contoh kamu memang berbakat dalam bidang mekanik motor . ramai rakan – rakan memang sudah tahu kebolehan dan keupayaan kamu  melakukan modifikasi dan yang paling best  tak payah pergi kekedai yang  pastinya harganya lebih berlipat kali ganda daripada harga upah anda . jadi kaulah pastinya pilihan mereka .

Sebenarnya idea bisnes daripada rumah memang sangat banyak untuk kita cuba , lebih – lebih lagi sekarang ini ada PANDUAN YANG PERCUMA dan zaman dimana segala maklumat dihujung jari dengan Facebooknya lagi .Kenapa pula kita tidak mahu mencuba mengambil peluang memulakan perniagaan daripada rumah yang tidak memerlukan modal yang tinggi.

5 Cara Untuk Berfikir Sebagai Seorang Usahawan

Menjadi seorang ahli perniagaan atau usahawan bukanlah untuk semua orang tetapi tanpa mengira samada anda usahawan atau bukan, dalam karier anda sentiasa wujud “semangat keusahawan” tanpa disedari.

Oleh yang demikian, disini saya ingin kongsikan lima (5) cara bagaimana anda melatih minda anda untuk berfikir seperti ahli korporat atau usahawan yang memiliki perniagaan sendiri.

1. Minat yang dalam

Usahawan yang berjaya biasanya mempunyai minat yang sangat dalam terhadap perniagaan atau projek yang mereka laksanakan. Tanpa mengira siang dan malam mereka mendapat kepuasan dalam usaha dan kerja keras mereka. Ini disebabkan sikap mereka yang menghayati setiap proses dan setiap langkah dalam menguruskan perniagaan tersebut. Jika anda stuck dengan pekerjaan yang anda tak berapa nak minat nak lakukan maka anda berada di dalam bidang yang tidak sesuai. Fikirkan minat anda dan nikmati setiap saat anda melaksanakan tugasan dalam apa jua lapangan pekerjaaan yang anda lakukan.

2. Tidak suka proses yang tidak efisien

Adakah anda lebih suka duduk menunggu menerima arahan sebelum melaksanakan sesuatu tugasan atau anda lebih proaktif dalam bidang anda? Usahawan yang berjaya sangat efisien. Masa adalah emas. Mereka juga sering memikirkan cara yang lebih efektif dalam menyelesaikan pekerjaan mereka. Jika 10 steps diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugasan mereka akan cuba fikir bagaimana nak kurangkan step tersebut ke 5 steps sebagai contoh. Mereka sering fikir bagaimana nak simplify proses.

3. Ambil risiko

Apa yang membezakan usahawan yang berjaya dengan mereka yang kurang berjaya adalah sikap suka mengambil risiko. Biasanya risiko yang lebih tinggi menjanjikan pulangan yang lebih lumayan. Jika risiko tinggi dalam satu- satu projek yang anda ingin ceburi anda perlu fikirkan no 1. dan no.2 di atas. Pastikan anda mempunyai minat yang mendalam dalam projek tersebut dan anda sentiasa memikirkan cara bagaimana anda melaksanakan projek tersebut dengan lebih efisien.

4. Brainstorm atau hasilkan lebih banyak idea dan inovasi

Anda perlu konsisten dalam membuat brainstorm. Tuliskan setiap idea ke atas kertas yang terlintas dalam fikiran anda tanpa perlu terlalu memikirkan logik.Walaupun idea- idea tersebut tak masuk akal mungkin ia akan mencetuskan inspirasi untuk idea yang lebih baik. Brainstorm boleh dilakukan secara perseorangan dan juga dalam kumpulan. Jika dilakukan dalam kumpulan pastikan ahli- ahli dalam group tersebut mengelakkan daripada membantah atau membuat kritikan terhadap idea orang lain ketika dalam proses menjana 1001 satu idea.

5. Jangan hadkan impian anda

Ramai orang terlalu takut untuk meletakkan impian yang besar. Ada banyak sebab kenapa anda tak hiraukan sangat impian anda salah satunya adalah takut kecewa. Anda takut jika impian terlalu besar maka kekecewaan juga pasti lebih besar jika anda gagal. Aim for the star you may end up on the moon. Sebagai contoh, seorang pelajar sekolah yang berusaha mendapatkan A+ dalam peperiksaan belum tentu akan mendapat A+ dalam keputusan sebenar tetapi kemungkinan lebih tinggi mendapat A, A- atau B+. Jika pelajar yang menghadkan matlamat untuk sekadar lulus biasanya berakhir dengan keputusan C, D+ atau F. Oleh itu, jangan takut untuk tetapkan impian yang lebih besar.

Semoga menjadi perkongsian yang bermanfaat.

Jika belum dapatkan 33 jenis kertas kerja perniagaan, sila klik sini untuk dapatkan.
Penghantaran secara percuma dan anda juga akan menerima bonus- bonus istimewa.

 

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

13 Comments

  1. seri.selaseh November 13, 2013
  2. hafiz
    Twitter:
    November 13, 2013
  3. Hairul Hissam November 13, 2013
  4. Mak Lagenda November 13, 2013
  5. TehR
    Twitter:
    November 13, 2013
  6. Sya Isya
    Twitter:
    November 14, 2013
  7. Khairul Zamri
    Twitter:
    November 14, 2013
  8. papa mifz November 14, 2013
  9. titan
    Twitter:
    November 14, 2013
  10. blogger lelaki
    Twitter:
    November 14, 2013
  11. sabree hussin November 15, 2013
  12. Hafizul
    Twitter:
    November 16, 2013
  13. cik tom November 20, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge