Idea gila saya apabila mula bisnes homestay.

2
631

Fuh penat juga fikir macam mana nak mulakan bisnes homestay dekat kawasan ramai orang tapi sejuk. Tak hot!

Biasanya taman ni walaupun ramai, sesak dan padat ni berlokasi dekat kawasan perindustrian ataupun kawasan dekat kolej.

Dekat kawasan seperti ini orang cari rumah sewa. Homestay jarang – jarang. Kecuali ada kenduri kahwin ataupun tempat pengajian Ada konvo.

Jadi macam mana nak kasi homestay kita ni hot , sentiasa ada orang. Sampai kita yang perlu reject mereka ini.

Nak tahu!

Salah satunya pergi halaman bisnes homestay.

Pertama!

Pasang aircond dekat ruang tamu, bilik no.1, no.2 dan seterusnya. Sila lihat budget ya.

Kalau nak senang boleh lihat dua panduan yang pernah saya tulis..

Jimat Kos dengan Panduan pendawaian ringkas penyaman udara

Panduan penjimatan beli aircond dengan ansuran mudah

Pilih sahaja ikut kesesuaian anda.

Kalau ada budget lebih terus sahaja upah orang pasang, setakat ini harga back to back, sekitar RM250 tanpa kos pendawaian.

Kedua.

Pasang TV besar jenama apa tak kesah janji terang. Yang murah pun takpe. Kuncinya besar dan terang.

Pasang astro njoi ok kot. Pasal boleh topup untuk saluran agak best.

Jika Di wilayah selatan Tanah air atau utara, usahakan dapat siaran TV negara jiran. Boleh cari pemasang aerial TV mereka teror bab yang ini.

Kalau teror macam saya beli decoder sendiri dekat lazada dan google cara pemasangan.

Survey decoder Nimedia untuk salauran Indon.

Kalau ada budget lebih, jangan tak langan jalur lebar. Cari lah pakej yang bersesuaian Nanti customer boleh layan niflix. Ataupun buat kerja . Tapi biasanya layan media sosial.

Pasang Audio yang best untuk kesan bunyi paling maksima.

Dan yang terpenting untuk daya penarik. Sony Playstation 4 harus Ada.

Sediakan juga ruang meja pejabat untuk mereka berhibur sambil berkerja. Dah ada internet mesti nak buat kerja juga Kan.

Ketiga.

Sediakan cukoo ataupun Conway atau yang lebih murah, supaya mereka mudah buat air 3 in 1 dan masak meggi cup, Yang anda sediakan.

Ratio yang dicadangkan bernilai RM50. Ambil deposit ini awal -awal . Selepas mereka keluar baru kira sama perlu refund atau memang dia orang melantak sampai habis apa yang kita sediakan.

No Telefon pesanan makanan dari restoran terkenal boleh juga ditampal Di dinding. Seperti Mcd, Pizza Hut, Kfc , warung mak jan. atau apa sahaja yang anda fikir sesuai.

Nak tambah income letak jer no telefon sendiri, Anda sendiri masakan atau anda sendiri hantar boleh dapat side income lain tu.

Keempat.

Dapur yang lengkap dengan pingan mangkuk dan Alatan Elektrik lain seperti peti sejuk mesin basuh dan sebagainya.

Sediakan juga tong sampah yang agak besar dan bertutup. nak best yang boleh buka dengan hanya sekali pijak di bahagian dapur.

Bakul sampah untuk disetiap bilik. Jangan lupa sedikan penyapu, mop dan kain buruk. mereka pun nak sapu – sapu sikit.

Bukan nya semua penyewa ni malas mereka semua suka keadaan yang bersih dan selesa.

Untuk bilik air sila letak sabun yang siap ada dispensar, jangan letak sabun buku atau sabun dalam botol. Rahsianya kalau anda bubuh sabun RM2 sekali pun, mereka tak akan complaint. hihi..

Pastikan tekanan air paip homestay kuat ya, kalau tak sila baca artikel ini… Dua cara mengatasi tekanan air paip rendah

bisnes homestay

Jangan lupa perabot. Suka hati anda nak murah atau mahal. Atau nak baru atau second hand. Yang penting cantik dan sesuai.

Iklhas dari saya jangan beli almari pakaian pintu sliding, pintu cepat rosak. Kalau nak juga kena custom made. Kalau beli biar pintu daun.

Cat dan hias cantik – cantik.

Atas semua ni tak akan berguna jika anda tak sedikan sticker direction kiblat. Sejadah dan kalau boleh buat ruangan khas untuk ibadah.

Jangan lupa baik pulih setiap kerosakan kecil supaya anda tidak pening kepala , apabila keroskan kecil menjadi kerosakan lebih besar.

Kelima.

Jemput blogger duduk free sehari dua. Lagi baik bagi duit minyak Dan saguhati.

Confirm mereka tulis puji dan memuji hahaha.

Semasa penyerahan kunci dan pengambilan duit sewa sila senyum sehabis manis. supaya mereka tahu tuan rumah ini walaupun nampak tegas tapi macam baik hati.

Ialah kalau kitanya homestay kita letak harga mahal sikit tapi tersenarai kemudahan yang banyak pasti mereka akan ulang lain kali.

Ini adalah antara panduan mula bisnes HOMESTAY yang munkin anda boleh cuba dimasa hadapan.

Untuk maklumat lain anda boleh cuba rujuk pada halaman panduan bisnes homestay Sekarang!

2 COMMENTS

  1. Wahh3… Setujuu… Tempat cantik Dan bersih.. Baru org sebut Serta puji puji… Kan..
    Part jemput blogger punn saya Setujuu…

  2. Tuan Haji kalau serius nak buat biz homestay bagitau, Saya rekemen kawan saya yang memang buat biz ni, serata Johor ada dia punya homestay..PM tepi kalau nak..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here