Idea Perniagaan Mengunakan Kontena

Korang mesti dah baca tentang rumah kontena kan. Lebih – lebih lagi dekat TV juga sudah menyiarkan ada individu yang mengunakan kontena untuk dijadikan tempat tinggal. Lengkap dengan kemudahan asas nya seperti tempat tidur,Ruang tamu,Dapur dan juga tandas.

Okeh aku juga ada sedikit idea untuk menjadikan kontena sebagai kedai mini untuk menjalankan perniagaan.

Motorola Juga mengunakan Kontena Untuk Idea perniagaan

Tentang perniagaan apa, terpulanglah kepada anda ingin menjalankan perniagaan apa nak buka mini market ,kedai jahit atau kedasi makan. Yang penting anda mahu Menjadi Seorang Usahawan Berjaya.

Ya munkin anda juga pernah melihat orang menjalakan perniagaan dengan mengunakan kontena. Tetapi anda jangan silap munkin kedai itu mengunakan kabin. Perbezaan cukup ketara kerana dari segi binaan kontena lebih kukuh. Jika berlaku pelangaran kontena tidak akan mengalami kerosakan yang teruk, berbeza sekali dengan kabin.

Harga Pasaran Kontena Terpakai

Dari saya sebuah kontena terpakai boleh dimiliki dengan angaran harga RM4000. Jika bernasib baik, Anda boleh memiliki dengan harga dibawah itu. Itu pun jika anda punyai kenalan. namun perlu dingat harga memang tidak akan dibawah RM3000 dan sama sekali tidak termasuk dengan kos pengangkutan.

Tips Apabila Sampai Kedestinasi – Carf rakan atau kenalan yang memiliki JCB bagi proses menurunkan kontena daripada trailler bagi mengurangkan kos kren. Perlu dingat supaya menyediakan tali ,belt atau rantai untuk tujuan menurunkan kontena. Lagi cantik apabila penyedian tapak selari dengan masa kontena sampai, Kita akan dapat memaksimakan penyewaan JCB jika tapak yang kita pilih adalah seperti dirizab sungai seperti terpacaknya kedai kebanyakan bumiputra dikampung aku.

Ubah Suai Kontena
Untuk meminimakan kos cari rakan – rakan aliran Fabrikasi logam. kebanyakan mereka ini memang pandai melakukan kerja pemotongan dan kimpalan. Hanya tingal kita tunjuk bahagian pintu dan tingkap mana yang perlu dibuka. Oh ya jika anda tidak punyai kemudah oxigen dan acetylene bersama set mesin kimpal sebaiknya upahkan sahaja kepada usahawan bumiputra, Harga mereka pun cantik juga.

Pasang siling bersama “rock wool” sebagai penebat haba panas dan sejuk. (istilah rock wool untuk bahasa melayu saya kurang pasti tetapi anda tanya sahaja kedai binaan mereka passti tahu apa itu “Rock Wool” Untuk mudah anda google sahaja).

Pendawaian Elektrik
Jika untuk kontena yang berukuran 20kaki, saya sarankan tiga lampu kalimatang berlainan suis, point kipas,Blower fan,Aircond dan juga Socket outlet yang bergantung kepada jenis perniagaan anda . Jika saya kurang – kurang mestilah tiga soket oulet berkembar. Anda nak lebih terpulang anda. Lagipun saya belum masukan lagi punca kuasa untuk lampu perhiasan atau sign board.

Hiasan
Penting juga untuk anda menghias, paling tidak pun anda perlu cat kontena anda supaya tidak nampak hodoh. Selepas anda cat anda boleh tulis nama, lukis gambar mengikut tema perniagaan anda.Selepas itu Jika rakan anda komen cantik dan terbaik konfem anda pas dalam bab dekorasi, Jika tidak anda perlu cari idea dekorasi dari halaman Dekorasi Bajet.

Idea Perniagaan Mengunakan kontena

Idea Perniagaan
Oh ya mungkin anda sekarang ini tercari – cari bagaimana mahu memulakan perniagaan , Mahupun  idea kertas kerja yang boleh membantu melancarkan perniagaan, Jika anda mahu anda boleh lah survey laman Idea Dan Contoh Kertas kerja Perniagaan . Manalah tahu dengan idea tersebut ia akan membantu anda meningkatkan lagi perniagaan anda.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

21 Comments

  1. Malaysia Tercinta December 8, 2014
  2. Denaihati December 8, 2014
  3. ikhwan
    Twitter:
    December 8, 2014
  4. kak yatiadam
    Twitter:
    December 8, 2014
  5. blogger lelaki
    Twitter:
    December 8, 2014
  6. titan
    Twitter:
    December 10, 2014
  7. ewan December 29, 2014
  8. nikkhazami
    Twitter:
    January 4, 2015
  9. shn maju jaya August 7, 2015
  10. dhil December 21, 2015
  11. ikhwan May 26, 2016
  12. Container & Cabin Supplier December 21, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Daftar emel dan langgani newsletter dari blog Onlajer.com secara percuma untuk informasi terkini.

You have Successfully Subscribed!