IJM Land half marathon 2017-Run Together, Bond Stronger

0
146

Untuk anda yang aktif, IJM Land menjemput anda untuk menyertai program tahunan mereka iaitu IJM Land half marathon 2017.

Acara tahunan ini telah memasuki tahun ke 6 penganjurannya. Dan Tahun ini ia bakal mengegarkan Dataran Centrio Seremban 2 . Dan program ini akan diadakan pada hari Ahad 13 Ogos 2017.

Sejak diadakan dari tahun 2012 .Tag line untuk tahun ini ‘Run Together, Bond Stronger’

Program Marathon ini akan dapat menggalakkan orang ramai terutamanya komuniti pelari sekitar Seremban 2 mengeratkan hubungan sesama sendiri dan berkongsi minat yang sama. Lebih-lebih lagi bila ianya telah menjadi acara tahunan bagi komuniti di situ.

Ujar Dato’ Hoo Kim See – IJM Land Berhad, Senior General Manager – Central Region,

Acara yang akan dipertandingkan pada IJM Land Marathon tahun ini ialah kategori larian 21KM (Half Marathon), 10KM untuk lelaki dan wanita (18 tahun ke atas) dan 10KM lelaki dan perempuan (12 tahun ke atas – kategori junior).

Pelari terpantas akan menerima ‘Grand IJM Land Half Marathon Trophy’, manakala pelari antara terpantas dalam kategori masing-masing untuk 3 tahun berturut-turut akan dianugerahkan ‘Challange Trophy’. Tahun 2017 merupakan tahun yang ke-2.

Untuk para pengunjung karnival marathon ini juga akan dimeriahkan dengan acara – acara pemeriksaan kesehatan secara percuma seperti tekanan darah, Glucose Test, Cholesterol Test dan rawatan Physio oleh Columbia Asia Hospital Seremban bersama Befrienders Seremban, platform sokongan insan tertekan dari aspek emosi, keseorangan dan memerlukan bantuan.

Sebahagian yuran penyertaan akan disalurkan kepada dua badan kebajikan iaitu : –

Pertubuhan Rumah Kebajikan Negeri Sembilan
Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA)

Makanan ringan seperti popcorn dan aiskrim dan photo boot serta berpeluang bergambar dengan duta Yakult , Jack Lim.

Acara ini disokong oleh TDK, BMW Millennim Welt Seremban, 100 Plus, Ice Mountain, Ultron, Sin Chew Daily, The China Press, Colombia Asia Hospital Seremban, Alpro Pharmacy, EC Pixels, McDonald’s, Spoon Health, 2XU, BioTech USA, Rock Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Mydin Seremban 2.

Untuk anda yang ingin menyertai program ini boleh lah terus ke halaman – www.ijmlandrun.com.

Pendaftaran dibuka sekarang hingga 31 Mei 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here