IRON MAN

Google Image

Kalau tak silap aku penghujung 80an atau awal 90an animasi Iron man telah disiarkan pada RTM aku tak berapa ingat lah 1 atau 2 tapi yang penting masa dulu – dulu kalau time tengok kartun pastinya dah set dalam kepala jadualnya.


Sejak kebelakangan ini para pengeluar filem telah banyak menngadaptasikan cerita – cerita kartun kepada filem yang sebenar seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Jika dahulu Superman dan Batman menjadi pilihan pengeluar sekarang dari Transformer hingga ke Iron Man dijadikan mesin mesin mendapatkan wang. Buktinya ramai pastinya ingin melihat kartun – kartun zaman kanak – kanak difilemkan dengan aksi yang sebenar. Termasuk aku! cuma masalahnya untuk berkesempatan pergi tengok dekat pangung memang agak susah bagi aku untuk mencuri-curi masa sesuai, jadi jawabnya kena tunggulah ada stesyen tv menyiarkan nya untuk membolehkan aku melihatnya. (muka nak free jer hehe)

Lagu ini sekadar penyedap telinga.

Jujurnya kedua – dua filem ironman ini telah aku tontoni dan untuk filem yang pertama perasaan kecewa ada pada dada dengan plot yang menujukan militan – militan afghanistan menjadi musuh atau seteru dalam filem ini. sama sekali berbeza dengan siri kartun yang pernah disiarkan pada tv. adakah ini salah satu iklan penjenamaan US keseluruh negara bahawasanya paksi keganasan di asia barat, memang tengah hot lah time tu selepas tahun – tahun meraka berjaya menakluki Afghan dan Iraq.


Filem yang kedua nampaknya meraka cool down sedikit dari memaparkan keganasan datang dari asia barat dengan memaparkan Tony Stark bergelut dengan masalah kesihatan disebabkan side efect daripada arc reactor , dan disini tony cuba mengatasinya dengan membina arc reactor yang tidak mempunyai kesan sampingan. Dalam filem ini Marvel Studios menghadiahkan watak jahat kepada Mickey Rourke  sebagai  Ivan Vanko . tak kisah sangatlah aku pasal takde kait mengait dengan Orang islam cuma watak yang ini tak dapat aku ingati dalam cerita kartun Iron Man.Back to Mandarin yang ini barulah betul – betul watak jahat sebenar dalam siri ini yang tak sabar aku nak cari acsess torrent filem ini.

 Mungkin filem yang ketiga ini lebih menarik daripada siri yang pertama atau sekadar gah pada trailer sahaja.Nak ulas – ulas pun bukanya filem ini aku dah tengok , Tahu nak keluarpun pasal iklan says suruh promote link yang dekat bawah ini.
Iron Man 3 Trailer UK – Official Marvel | HD

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

7 Comments

  1. Encik Anif February 14, 2013
    • onn Lajer February 14, 2013
  2. suri February 14, 2013
  3. Hanif Idrus February 14, 2013
  4. tehr February 15, 2013
  5. Denaihati February 15, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge