Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi

Assalamualaikum.

Alhamdulilah pada penghujung bulan syaban yang lepas saya bersama 11 orang ahli keluarga saya berpeluang mengerjakan umrah dengan sebuah sayrikat yang berpusat di kota tinggi ,Johor.

Ia sebenarnya bukanlah dalam perancangan kami untuk mengikut mana – mana syarikat travel yang ada. Kita ikut je mana yang ok pak Ustaz.

Dan Ustaz ini telah mengsyorkan kami mengikuti syarikat Travel Massnizam Group. Harga yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah bermula daripada RM6900.

Tidak termasuk pasport dan suntikan Vaksin meningokokus .

Vaksin ini berguna untuk mencegah serangan penyakit meningitis. Dan ia diwajibkan jika anda ingin mengerjakan Umrah atau Haji.

Harga bergantung kepada klinik ,biasanya dalam sekitar RM150 , Perbezaan harga murah atau mahal dalam RM15 je.

Kebiasaanya urusan ini kita harus selesaikan, Dalam sebulan atau dua bulan bagi tujuan urusan Visa.

Waktu inil jugalah peluang untuk para jemaah pergi ke kursus – kursus umrah dan haji . Kebanyakan mesjid , surau atau syarikat travel mengadakanya secara percuma.

Untuk perjalanan umrah syaban ini kami bertolak dari Pasir Gudang seawal jam 6pagi selepas solat subuh terus menuju ke KLIA.

Alhamdulilah bukan sahaja kami diberi pengangkutan yang selesa , malah kami juga disediakan sarapan untuk perjalanan KLIA.

Penerbangan kami  adalah dari KLIA terus ke lapangan  Jeddah (Nenek) tanpa ada transit. dan lebih menyeronokan lagi banyak seat bahagian tengah yang kosong. Pergi dan balik. peluang ini kami ambil untuk terus berbaring bagi melepaskan penat dan lelah. Saya hanya lakukan perkara ini sewaktu perjalanan pulang.

Jom Umrah Biar Baraqah

Tiba di lapangan terbang Jeddah kami ada diberi perkhidmtan sky liff percuma, ia khas untuk jemaah berkerusi roda. Saya difahamkan perkhidmatan ini adalah percuma , Hanya operator skyliff ini mahukan sumbangan peribadi dari kita. Saya syorkan anda sediakan wang kecil atau cuba mengunakan mata wang RM untuk tujuan sumbangan baqsis.

Perjalanan dari lapangan terbang ke Mekkah mengambil masa lebih kurang 2jam, Makan malam kami diberi diatas bas.

Setibanya di Mekah kami terus di bawa ke Hotel LouLou Al-Khalil. Lebih kurang 150 meter dari dataran Mesjidil haram. Dan para petugas syarikat menasihati kami supaya berehat dahulu sebelum  kami melakukan tawaf dan saie umrah yang pertama.

Namun bergitui ada juga jemaah yang tidak sabar, dan terus sahaja menyelesaikan ibadah umrah pada malam itu juga.

Pada waktu Syabaan ini cuaca disana agak panas. Dan ia akan terus meningkat di masa ramadan nanti.

Foto kenangan kami di Hadapan Hotel LouLou Al-Khalil (Mekah).

Aktiviti kami selama 5 hari di Mekah adalah pergi ketempat – tempat yang bersejarah. Dan juga lokasi dimana ibadah haji harus dilakukan seperti di Padang Arafah, Mudzalifah dan juga mina.

Tempat – tempat lain yang mereka bawa seperti Mesjid Jaranah,Ladang Unta dan Pasar Buah. Waktu ini kami tidak dibenarkan melawati Muzium disebabkan arahan kerajaan Arab Saudi.

Jabal Rahmah

Pasar Buah – buahan

Ladang unta

Walau bagai mana pun , Saya dan keluarga amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan , semasa kami berada di mekah. Dan paling utama tunjuk ajar para ustaz dalam perlaksanaan ibadah umrah dan cara untuk kita mendapatkan ruanganterbaik untuk melakukan solat .Antaranya bagaimana kita mahu solat didalam hijir ismail, solat di belakang imam dan juga cara untuk membolehkan kita mengucup hajar aswad.

Setelah lima hari berada di Mekah tiba gilaran untuk kita bertolak ke Madinah untuk kita ziarahi makam Nabi (SAW) dan juga mengambil peluang untuk solat di karpet hijau (Raudah) di mesjid Nabawi.

Dan untuk anda yang mahu menyemak bacaan dan tajwid anda boleh melakukanya dengan guru -guru yang telah ditugasaskan oleh pihak masjid nabawai.

Biasanya mereka akan menunggu ditiang -tiang masjid.

Di Madinah kami berpeluang mengerjakan solat dhuha sebanyak tiga kali di mesjid Quba. Saya difahamkan didalam atau ditengah mesjid Quba dikawasan yang tidak berbumbung adalah ruangan asal binaan mesjid tersebut.

Antara tempat yang kami lawati adalah seperti Pasar Kurma, Gunung Uhud , Muzium turki yang menempatkan Busar kepunyaan Saad al waqas, Pemanah terhebat pada zaman Rasullallah (SAW)

Hotel di Madinah, Ia berhampiran dengan pintu masuk mengikut pintu sebelah makam nabi (SAW)

Bukit Terbakar

Gunung Uhud

Makan kaki kambing , hati unta, daging kambing bakar degan roti di Syarik Qurban ( Qurban Road )

Secara totalnya saya dan keluarga sangat berpuas hati dengan perjalanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat Travel Massnizam Group. Disamping dengan urusan ibadah yang kita laksanakan disana.

Dengan penuh keinsafan dan banyak air mata kita akan tertumpah disana jika kita mengenangkan tentang sikap kita dan juga segala tingkah laku kita semasa ditanah air.

Dan serius saya mahu kesana lagi jika diizinkan olehnya.

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar atau maklumat anda boleh sahaja melayari page Massnizam group.

Jom Umrah!

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

7 Comments

  1. kisahsidairy June 7, 2017
  2. mrhanafi June 7, 2017
  3. titan
    Twitter:
    June 8, 2017
  4. RAIHANAH AHMAD June 11, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: