Kempen Boikot Kurma Iran Diangap Berjaya

Aku baru sahaja mengetahui yang sekarang ini Rakyat Malaysia Islam sedang mengembling usaha untuk memboikot produk kurma dari Iran. Dan aku rasa usaha ini akan lebih berjaya dari usaha kita semua untuk memboikot produk Mcdonald sewaktu ketika dahulu.

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Tidak perlu aku kaji dikawasan lain di tempat kerja aku sendiri pun berapa ramai pengemar mcdonald hampir 90% daripada rakan sekerja aku memang suka kecuali 10% yang idak akan memakan benda yang berdarah.

Bagaimana pula dengan kurma , dengan hanya 50% yang akan membeli kurma dengan 30% akan mengharapkan sumbangan jiran – jiran dan dan selebihnya memang tidak reti memakan manisan ini kecuali ada rakan yang baru balik dari tanah suci meletakannya di ofis memang terbuktilah produk yang berciri – ciri islam memang mudah sangat untuk di boikot.

Maaf bukannya niat untuk menyokong keganasan yang dilakukan oleh rejim Syria dan sokongan padu daripada Iran tetapi cara kita untuk memboikot sesuatu produk atau keluaran itu seperti dipengaruhi sesuatu musim , dengan berberapa hari lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Ramadhan pastinya ramai pengimport kurma mahukan laba yang paling maksimum mungkin juga ada antara pengeksport yang sengaja menaikan isu ini bagi tujuaan keuntungan semata – mata.

Rasanya jika kita ingin melakukan sesuatu kempen haruslah dimulai dari peringkat pemimpin yang kita pilih apa kata kita pilih boikot pembelian senjata dari Iran barulah kira munasabah kita boikot sesuatu keluaran yang merujuk ke kempen keganasan atau kemusnahan. Kita tak suka Amerika kita boikot senjata keluaranya tapi mana mungkin kita boleh boikot keluran ayam gorengnya.

Dan sekarang aku rasa takde pun pemimpin yang menyuruh kita memboikot kurma keluaran Iran, mungkin mereka juga sedar kurma itu adalah hasil titik peluh rakyat iran yang sama sekali mungkin tidak juga suka dengan keputusan kerajaan mereka untuk membantu rejim syria. last – last kita juga yang membantu musuh – musuh Islam untuk melemahkan ekonomi umat Islam sendiri.

Onlajer – Melayu Boleh import produk keluaran uganda dengan melekatkan Barangan Buatan Malaysia di gerai – gerai pasar malam.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

31 Comments

  1. titan
    Twitter:
    June 25, 2013
  2. Amirez June 25, 2013
  3. Carlos Santiago June 25, 2013
  4. PerenLee June 25, 2013
  5. Juan
    Twitter:
    June 25, 2013
  6. Denaihati June 25, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      June 26, 2013
  7. cikgu mat June 25, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      June 26, 2013
  8. Khairul Zamri
    Twitter:
    June 25, 2013
  9. adarain June 26, 2013
  10. hafizrahim
    Twitter:
    June 26, 2013
  11. wazy
    Twitter:
    June 26, 2013
  12. reezluv June 26, 2013
  13. Rina June 26, 2013
  14. kakiblog June 26, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      June 26, 2013
  15. MK Kimi
    Twitter:
    June 26, 2013
    • romi June 27, 2013
  16. Hafizul
    Twitter:
    June 28, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge